Monday, August 29, 2016

great lesson from exams

- bismillah -

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ ، لَا إِلٰـهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ ، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ


(Ya Allâh, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak diibadahi dengan benar selain Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku menetapi perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau).

***

Saya masih ingat, petang itu, saya tak senang hati. Ada risau. Ada resah. Di atas kerusi biru di luar pejabat mak, saya duduk sambil berkali2 menatap ayat di atas dalam buku ma'thurat. Itu kali pertama saya rasa terlalu 'kena' dengan ayat-ayat itu. Itu kali pertama hati dan jiwa saya disapa oleh ayat istighfar ini.

Sebelum ini, jika orang sebut istighfar, maka hanya lafaz 'astaghfirullah' saja yang saya tahu. Tiada lebih.

Petang itu, adalah ketika saya baru selesai menjawab kertas 2 SPM, (tak ingat kertas berapa -,- tapi yang buat karangan tu lah). Sebab saya pilih soalan no 3, iaitu karangan bertemakan kenegaraan. Sesuatu yang rare. Yang saya pilih secara pulsatile. yang saya tahu saya sudah siap menjawab dan merasakan adalah terbaik berbanding jika memilih tema lain yang saya rasa lebih lemah dan susah. saya pilih, kerana merasakan soalan ini saya boleh skor.

hinggalah apabila selesai hantar kertas jawapan, tiba2 saya diserang rasa takut. apa jadi andai, keputusan bahasa melayu saya dalam spm merudum? apa jadi kalau bukan A+? apa jadi, kalau pemeriksa itu lebih suka tema cerita, tema yang panjang2, sedangkan karangan saya ketika itu isinya adalah kenegaraan, sebuah topik yang 'tegas' dalam penyampaiannya, fakta dan tidak menyeronokkan pun jika dibaca.

maka dengan izin Allah, saya mendapat tenang, percaya dan tawakkal dengan kalimah2 isitighfar ini.

Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, 

melalui peristiwa itu, saya belajar, untuk berbeza pandangan dengan orang lain. saya belajar, bahawa saya hanya boleh mengawal persepsi diri, tapi fikiran dan tindakan orang lain, semua itu saya hanya boleh minta tolong dengan Allah.

aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, 
maka ampunilah aku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau.

atas apa yang saya buat, saya hanya boleh minta Allah sempurnakan kesudahannya. harapan yang saya ada, hanya Allah yang akan mendengar dan menjawabnya.

Tapi dalam ayat di atas, kalimah2nya terlalu mendalam, menyentuh jiwa yang sedang memerlukan kepada keampunan Tuhan. Sebuah jiwa yang tahu, dalam ujian dan dosa itu, sebenarnya nikmat Allah dalam lebih besar, lebih banyak.

i only have Allah to depend with.

i gave my best, and the result is actually belong to Him, it is all up to Him to decide what is the best for me.

***
Maka, peristiwa 6-7 tahun lalu terjadi lagi hari ini.

hari ni exam long case pediatric. alhamdulillah, Allah permudahkan.
soalan sudah mudah, doktor2 sangat baik, patients baik, saya sudah usahakan yang saya mampu (semua ini adalah dengan izin Allah.)

Thank you Allah, for everything i have and i want, and for everything You bestowed upon me. 

semoga Allah redha segala pemberiannya dan semoga diampuni segala kekuranganku,

***
(Nabi bersabda) “Barangsiapa mengucapkannya di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu sore, maka ia termasuk penghuni surga. Barangsiapa membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka ia termasuk penghuni surga.

Sumber: https://almanhaj.or.id/3926-keutamaan-sayyidul-istighfar.html

Tuesday, August 23, 2016

buah tin

- bismillah -

Hari ni, di wad kanak2 di sebuah hospital di luar bandar. hospital khas kanak2.

Situasi biasa, pagi2, nurse akan ketuk2 pintu bilik wad, jerit suruh semua mak2 get ready sebab doktor nak masuk. yg tidur pun zupp bangun, yang tak pakai tudung terus zupppp siap bertelekung. haha. shawl pun belit in 3 seconds. arab-style. haha.

waktu ward round dengan doktor in my group pun, doktor akan suruh pelajar perempuan pergi cek tengok makcik2 tu ready ke tak ready utk doktor dan student laki masuk. kadang, riuh juga mereka makcik2 jerit, doktor senyum je gelak2. mak cik...mak cik...hehe

hari ni, ada sorang mak cik, masuk je dalam bilik tu nampak muka dia awal2. senyum. very radiant. bukan muka ja tapi macam satu jasad mak cik tu bercahaya. huhu. dia senyum pada semua orang. nak ambil history dari dia, tapi dah ada sorang student/post graduate yang tengah interview. tak pa lah, saya ambik patient katil sebelah.

habis student postgrad tu, datang kawan saya ambik history dengan mak cik tu. boleh dengar, mak cik respon sangat lembut, welcoming, siap doa2 lagi bila kawan saya dah nak habis. lepas tu datang pula group lain 2-3 orang, still mak cik tu layannnn orang interview dia. padahal sepuluh kali kot jawab soalan sama. kali ni siap si ayah budak tu datang dan jawab2 soalan students lelaki tu.

ikutkan situasi yg saya pernah jumpa, boleh je mereka nak menolak. tak larat kot jawab soalan sama 2-3 kali.

but they, remain welcoming and supportive as ever...

sesi petang, after habis ward round, saya masuk lagi ke bilik tu untuk buat physical exam pada anak2 bertuah haha. jadi mangsa la jugak. then, something MAGIC happened.....

anak mak cik tadi (patient la), datang from bed to bed bawa sebekas buah tin yang bersinar2 (baca:sudah dibasuh).
- mendoakan semoga Allah sembuhkan penyakitnya (pancytopenia for investigation) dan diberi kebahagiaan dalam keluarga mereka amiin -

he offered me buah tin! of which saya tak pernah makan sebab takut tak sedap kalau beli. tengok je. tunggu orang belikan. haha.

ambik la sebijik. makan dalam bas on the way balik.

SEDAP. i never know fresh figs are delicious! lemak, manis. macam kumboi nyok! hikhik

sambil dalam bas, senyum2 sorang2....
dah tahun akhir, baru merasa...
dah 'rugi' 5 musim buah tin pada 5 tahun lepas hehe

dan, saya mengaku,
buah tin ni, special..
sebab tu ada tempat dalam quran
ada la signifikannya
Allah yang tahu
buat i must admit, saya akui, buah ini ISTIMEWA

bye for now. doakan saya dah nak exam. minggu ni minggu terakhir di wad kanak2 in shaa Allah.
semoga kita semua berolah pengakhiran yang baik dalam urusan hidup dan mati.
amiin.

- miss jakun, 6th year medicine student, irbid :D

Friday, August 19, 2016

Alam realiti

- bismillah -

Appreciate nilai iman yang ada.
Rasa tak senang duduk apabila melihat kehidupan gemerlap di bawah neon,
Celebrations dan events yang kau takut andai akhir nyawa adalah di situ,
Pakaian yang kau tahu kau takkan pernah pakai andai kau hidup di mata rakyat afrika, syria, myanmar,

Minta lindung daripada diuji seperti mereka.
Yg memperlihatkan, yang melihat.
Yang terlalu mewah dan yang terlalu fakir.

Kita hanya manusia yg diasuh melalui ujian.
Bukanlah yg terbaik itu yg ujub bangga melepasi ujian,
Tapi Allah mencari jiwa hamba yang bersyukur diberi petunjuk berdepan ujian,
Dan yang berusaha menunjuk jalan kepada yang lain pula selepasnya berjayanya dia melepasi ujian.

Bukan yang mengaku aku adalah lebih baik daripada mereka,
Kerana itu terang-terangan sifat syaitan yang sesat dan menyesatkan.

Semoga, tidak diuji dengan dunia gemerlapan yang tak ke mana pun, dan semoga hati ini terus menerus melihat segala make up, pakaian, gaya hidup itu adalah kepalsuan sebuah kisah dunia.

Semoga, sensitiviti ini tidak hilang.

/Been to airport dubai, i feel suffocated.
/Scroll ig tgk gaya hidup orang yg popular, i never wish to be in their place!
/Takdak gaya hidup org soleh solehah nak diintai di dlm alam maya haha. Kena cari di alam realiti. Luls.
/Social media, akan menimbulkan rasa kosong dan tak perlukannya, bila iman sedang memuncak. Aduh.

Thursday, August 18, 2016

unexpected things

- bismillah -

(facebook)
In this journey of life, we will be going through a lot of circumstances. Some events are planned, while some are unexpected. But above all, they are tailored and chartered for those going through them, at the best time, in the best condition. To be hurt emotionally, or physically, when we are in our best shape is better than to be in double pain. To still be able to breath manually is better than to be in vegetative state. In every hardness, there are rewards that awaited us in akhirat. It just a matter of time. Nobody lives up to thousand years (ummat muhammad), it is worths to remain positive with preseverence for a couple of years for all those gloomy days to pass.

Monday, August 15, 2016

Paediatrics: emosi dan tugas rasmi

- bismillah -

Hari ini, pagi pergi masuk wad kanak2 di hospital princess rahmah, masuk satu2 bilik. Sebelum ini, suka hati saya ja nak masuk mana.

Masuk bilik satu, katil satu. Tanya mak dia, boleh ke nak ambik history? Tanya anak sakit apa, bila masuk... rupa2nya dah lama masuk, ok takpa, cari patient lain. Tapi, sebelum berpisah, kenalah cakap selamat tinggal pada mak tu dulu, ucap get well soon pada adik tu.

Pergi ke next room, cari patient yang besar sikit. Tapi nampak seorang ibu ni senyum, anak dia baby. Mak cik ni nampak baik, welcoming, nak pergi tegurlah! Hehe.

So tanya2, anak dia pun dah lama masuk. Alaa, baru mula cakap, takkan dah nak blah. So tanya macam ambik history, tapi tak tulis. Rasa lebih manusia. Dapat rasa dan tengok ekspresi muka ibunya bila cakap chief complaint, cerita apa jadi pada anaknya, semua itu lebih real. Sebab, sebelum ni, fokus ialah pada isi2 cerita ibu untuk ditulis dan di analisis, tak pernah menilai dari sudut emosi. Sebelum ini tanya apa test dan procedure yang doktor dah buat pada anaknya utk tulis dlm plan, kali ni tanya sebab nak tahu, apa keputusan test2 tu, nak tahu so anak dia ni sakit apa?

Samalah, bila follow up, assess pasal makanan, aktiviti, tidur, mood...bukan sekadar nak penuhkan requirement utk history, tapi betul2 nak tahu anak dia ada improvement tak? I was there, more to pay a visit, rather than for the sake of history.

Lepas tu, ucap selamat tinggal pada ibu itu dan doakan kesihatan anaknya. (Budaya arab. Melayu? Selamat sihat...huhu awkward)

To my own surprised, mak dia cakap terima kasih, which i interpret as terima kasih dtg ambik berat pada anak dia, sebab sebenarnya saya tak buat apa2 utk dia perlu berterima kasih. Dia juga doakan semoga berjaya. Tak semua makcik doakan begini, selalunya makcik2 yg sangat terharu ja/ or jika saya buat something yg besar like buat physical exam satu badan.

Nikmat yang Allah izin hari ini. Alhamdulillah.
Dengan asbab pergi melihat baby itu walaupun taknak ambik history, Allah izin dpt lantunan doa dari mulut ibu itu.

Semoga saya makin akrab dengan Allah.
Lebih dekat seiring dengan mendekatnya detik perpisahan dari alam sementara ini.

Friday, August 12, 2016

Heal the heart: the cures to worldly needs

- bismillah -

Life is aprroaching early adulthood.
And our mindset and thinking are changing too.

To be immersed in nikmat in childhood, to always get what i wanted,
Or to be satisfied with the replace,
And to be strong headed to achieve what i dreamt for.

As for now, sometimes i lost the strong willpower.
I got lost when i'm in pain physically, emotionally.
I surrendered early before reaching the final point.
I put negative thoughts ahead of positive doa.
Sometimes.

When we started this journey on the same point on the road,
Now upon reaching the end, we have been on different paths.
Some get married, some are making income, some are actively making dakwah.
They are progressing with their life.
They, are advancing.

I have a friend,
That i looked high on her but she puts me on higher state in her thought.
It's not that she always has what i have been wanted,
But i have always want what she has had.
That is what i realised today.

It is not that she has what i thought is my dream,
But i dream of her life.
All this while.

And this is totally wrong.

I know, to be eager to have other's life,
Is the worst thirst in this world.
Luckily i come to realise it before i reach my end point, which is death.
I should focus more in my life.

To pray for other people, to pray for kindness and blessing from Allah to them,
Is to set my life free,
To be liberated from this chain,
To be cured from this illness.
To pray for others is to clean my heart.

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ (10)

Such a beautiful doa from the quran.
Which read as to mean,

"O our Lord! Forgive us and our brothers (and sisters) in Religion who have preceded us in faith, and let not our hearts entertain any ill-feeling against any of the believers. O our Lord! You are All-Forgiving, All-Compassionate (especially toward Your believing servants)."

I was walking behind a happy couple one day,
That i decided to smile secretly and uttered the words of doa, barakallah lakuma, wa baraka alaikuma.
May Allah bless both of you, in every up and down.

And that day i realised, the doa is for me, too.
To set me free from envy nor losing hope.
My portion of rezeki is always there too.

On another day, i was inside the bus the university,
When i was worried all along the way thay i might be late.
Worrying what case would i get that day,
Who is going to be my patient...
Until i heard from the radio,
A beautiful hadith from our beloved prophet Muhammad.
A hadith that again set me free from the chain of worldly needs.

Be mindful of God, and He will take care of you.
Be mindful of Him, and you shall find Him at your side.
If you ask, ask of God.
If you need help, seek it from God.
Know that if the whole world were to gather together in order to help you, they would not be able to help you except if God had written so.
And if the whole world were to gather together in order to harm you, they would not harm you except if God had written so.
The pens have been lifted, and the pages are dry.’ ”

And suddenly all my worries fade.

What ever comes in front of me to do any harm on me, wont be able to do so when Allah is there to protect me from harm. and what ever good things that even if people gathered to give me, wont reach me when Allah says they are not for me.

Whether i was late or what so ever troubles i will be facing, it wont do md any harm. When i seek protection from Allah.

Alhamdulillah.

When life has pushed you to the lowest point,
Never hesitate to admit,
And you should have always realised that before,
That you have nothing in this world.
We are all faqir.
When we know we have nothing, why would we be sad when we cant get all thing we wanted?

We have
None but only His mercy.
That you breath, that you smile,
That you live, that you sleep.

I read about hemolytic anemia,
To even have enough counts of G6PD enzymes is even a huge mercy that you can never exchange with the universe.

Smile
And learn.

May learning medicine attached me to Allah more.
Despite in my up and down of parallel life achievement.

Alhamdulillah, for everything He gave me and for everything He takes from me, they are all belong to Allah, me too, belongs to Him.

:)

Wake up

- bismillah -

Wake up
And get rise
Should you forget
Life has always been nice

Tuesday, August 9, 2016

Smart Phones, Laptops, and Their Effect on Your Smartness

Smart Phones, Laptops, and Their Effect on Your Smartness

TQ my doc

- bismillah -

Jangan mencari dunia lebih daripada akhirat, kelak bagaikan kehausan di padang pasir yang tiada penghujung.

"Kamu semua kena berfikir seperti doktor, tak semua orang boleh belajar medik, dari awal kamu semua sudah mencapai keputusan akademik yang baik, kamu bukan sebarangan orang, segala puji hanya bagi Allah tuhan sekelian alam...(doktor sebut full alhamdulillahi-rabbil-alamin)" panjang doktor resident MH berkata2 pagi itu, bagai hanya satu nafas. Beliau, bijak dan serius orangnya. Kerjanya bukan main-main. Sepanjang dua minggu ini, tak nampak lagi beliau tersenyum apatah lagi ketawa.

Pagi tadi saya sudah keluar dari dewan kerana doktor masih belum sampai setelah 15 minit menunggu. Hari ahad lalu, kami menunggu selama 30 minit sebelum keluar kerana doktor tak muncul2. Yang lawaknya hari ini, ketika sampai di muka pintu, tiba2 ada satu figura yang sedang bergegas masuk ke dewan.

"Mari, mari masuk!" Katanya sambil memegang secawan kopi di tangan. Muka serius seperti selalu.

Eh?

Saya mengekori langkah beliau masuk ke dalam dewan semula. Sambil tersenyum. Pasti rakan2 yang masih belum keluar terkejut dengan kemunculan beliau. Sebenarnya separuh dari dewan sudah keluar lebih awal daripada saya.

Mengambil tempat di sebelah rakan saya saya berbisik kepadanya, "saya jumpa doktor di muka pintu tadi, dia ajak jom jom masuk dewan."

Kawan saya berbisik balas perlahan, "haha nak pulak dia cakap dengan kita..."

Saya tersengih mengenangkan pengalaman on call dengan doktor yg serius itu.

Alhamdulillah alaa kulli hal.
Rezeki masuk kelas walaupun dah keluar.
😃😃😃

Mari menghormati guru-guru kita dengan berusaha untuk memandang sisi baik mereka.

Saturday, August 6, 2016

Marriage advices

- bismillah -

This is a good video for both men and women, married or not-yet-married..

3 self improvements in women:
1) emotional stability 'having control over yourself, dont cry or yell w/out reason, no drama queen'
2) being secured 'dont feel intimidated with other females, be it in-laws, friends. build self-esteem'
3) grow intellectual capacity 'so that you and your spouse wont grow apart that even having a conversation becomes hard (aside from talking about children)'

3 self improvements in men:
1) having self-control 'not being abusive physically, verbally and emotionally, no matter how annoyed you are'
2) being expressive 'learn and grow on emotional level, adopt ideal islamic personality from our prophet'
3) become appealing to your spouse 'find out what your spouse likes and dislikes, what makes them feel loved, attitude-wise, stop negative behaviors that your spouse dont like, then start loving acts'

https://youtu.be/6UXWLIHFIjE

Friday, August 5, 2016

T

- bismillah -

Saat kaca berita menghebohkan satu
rahsia, wajah mulus itu tersenyum redha,
telah tertulis janji setia hingga beberapa
purnama menjelma.

Demi ganjaran yg lebih tinggi, aku
memilih syurga daripada masa depan
ciptaan anganku. Korban, tapi tak siapa di
langit di bumi yang tahu, melainkan
Tuhan yang satu.

Korban, tapi entah taqwa itu wujudkah
untuk dipersembah pada Tuhan?

Ruang angan kecil yang dulu samar, kini
merebak membesar, tapi mengikis,
menghancur, satu per satu, bagai paru
yang diserang bubuk kecil TB.
Sakit di dalam, melarat, merebak...
Oh Tuhan hilangkan resah ini!

Di simpang perjalanan ini, terlalu banyak
tinggalan duka. Walaupun pelangi
seakan tidak pernah hilang, kadang
kabus ini menyesak kerongkong hingga
aku tak mampu untuk bernafas lagi. Aku
buta di bawah pelangi. Hingga di akhir
jalan, matahari sudah malap cahayanya.
Pergi.

Wednesday, August 3, 2016

Nasi arab siyadi

- bismillah -

Hari ni Rabu, makan tengah hari di kafe (pekerja) hospital. Pergi seorang sebab kawan2 dah balik awal.

Menu hari rabu, nasi dengan ikan. (Kat sini tak ada macam di malaysia, tak ada tray nasi campur lauk beraneka jenis, tak ada order nasi goreng usa bagai2...tak ada. Ada sejenis dua set makanan saja, menu ikut hari. Tapi puas hati la makan nasi arab beraneka jenis setiap hari beza, kenyang sampai malam kalorinya)

Dah beli nasi, nampak sorang makcik duduk di meja berdekatan. Hahaha. Rajinkan mulut pergi tanya dia, nak duduk sini boleh? 😂😂😂 Selalu buat personaliti test akan ada soalan gini, akan makan sorang di meja atau akan angkat tray pergi duduk dengan orang lain...first time rasa nak buat gini. Lagipun rasa bosan dan loser la jugak makan sensorang. Er. Sebelum2 ni, makan sambil tengok phone sebab sembang dengan mak sambil makan. Betapa saya tak reti makan sorang2...haha.

So. Duk depan makcik tu, rajin la tanya dia kerja sini ke? Bahagian mana? Lepas tak faham dia kerja bahagian mana, sambung makan. Sambil main phone jugak. Hurm.

Boring2 tak ada notifications baru, sambung tanya makcik tu beberapa soalan lagi. Haha.

"Saya rasa makanan ni masin lah, memang macam ni eh?" Saya tanya dengan muka innocent.
Sebenarnya dari minggu lepas pun rasa lain macam kalau nasi dengan ikan. Masin tahap darah tinggi! Tapi minggu lepas macam bagi peluang kot kot tukang masak error. Memandangkan kali ni pun masin juga masakan ni, kenalah ambik tahu.

"Ya, makanan ni memang masin begini. Dia guna rempah2. Jemput2 sila makan.." Mak cik tu jawab sambil pelawa makan makanan kepada orang yg baru nak kenal makanan arab. Itu sikap mereka kepada tetamu. Dia ingat saya pertama kali mencoba itu nasik.

Ooo anguk2 kepala. Memang masin rupanya......
"Oh. Ada nama ka makanan ni?" Sambung tanya sebab selalu panggil nasik dengan ikan saja.

"Ada. Ruz siyadi."
ارز الصيادي

Maka balik rumah pun google la...
Inilah nasiknya.

Asyik kena nasi beryani, nasi bukhori, nasi kabsah, oozi, mansaf ja...hari ni baru tahu nasik siyadi..

#tahunakhir punya cerita
Hihi.

Monday, August 1, 2016

Baik kpd manusia, Allah yg akan balas

- bismillah -

Today did a small 'presentation' in the middle of hallway of a busy paediatric ward, about congenital lung malformations. There are 13 types of them, alhamdulillah doctor chose only 4 (bronchiogenic cyst, pulmonary hypoplasia, pulmonary AVM, congenital lobar emphysema). He (dr DY) listened attentively, alhamdulillah, which i appreciate his efforts to make sure others to give attention as well. Sebab the specialist lagi humble dan respect students daripada resident beliau... sob sob.
***
Pagi, nak tengok komputer, orang penuh. Beranikan diri, minta nak tengok kejap je, nak tgk nama new admission. Dr yg tgh guna angguk ok, bangun terus, i pull the chair tup tup eh doktor lain (dia baru dtg, muka kalut2, tangan pegang kertas byk2) mai duduk. I was ... ... ... 5 saat ... takpa, takda kebaikan pun utk org yg tak buat baik.. tak ada. So pujuk diri, takpa.. kerja dia memang la lagi penting. And fikir how to overcome this situation, boleh je, pergi tengok vitals setiap katil setiap bilik utk cari new patient... easy peasy i can do that!
tapi AKHLAK tu boleh score kasih sayang Tuhan, kerja siap tak kena marah dengan bos tapi you lose mannerism buat apa kan...nauzubillah perangai mcm ni.
***
So that guy in dr DY team resident. I make no effort to acknowledge his presence.  It was hard to even look at his face. Bai doktot..bai.
***
Semalam tidur awal. Bangun tgh malam buka nelson, takda tajuk yg kena bentang tu. Buka buku embryo before we are born (dulu masa tahun pertama rasa maklumat dlm buku tu banyak sangat), ada pulmonary hypoplasia ja. Ingatkan tu ja. Haha. Sambung tido. Bangun pagi rasa nak tgk medscape. Ada 13 malformations semuanya! So, 2 of them tulis nota dalam bas sob sob, baki tulis lepas ambik history dan siap documentation. PE tak lama sebab mak budak tu tak bagi. Apa2 ja lah makcik... i respect your choice of decision. again, i repeat mantra pujuk hati 'takda kebaikan utk orang yg tak buat baik'. Maka, hikmah nya alhamdulillah banyak la masa nak cover the rest of various lung malformations tu.
***
Lately saya banyak tak sabar. Dan alhamdulillah lately byk juga Allah bagi rasa event supaya latih diri bersabar dan tunggu janji Tuhan. Semoga Tuhan terus mengasihi saya dan memperkuat saya yg byk kelemahan ini.
Kemarin dah menangis atas tangga depan pintu rumah sebab kunci tak boleh buka, baru balik dari hospital dan terlalu penat berjalan tengah panas.
Hari ni boleh masuk rumah, tapi still menangis depan kipas no 3. Tak ada sebab, am just too tired. Lepas seminit, lega lah. Alhamdulillah. Tulis ni pun terapi untuk flashback goodness yg jadi hari ini. Alhamdulillah. Allah saves me today in various occasions.
***
Pagi tadi masuk morning report pukul 8, dr WH dah tunggu. Hihi. What a relieved! Sbb sempat masuk dan duk depan.
Balik petang pukul 3, panasnya macam pukul 12. Sambil jalan balik sorang2, fikir, apa aku dapat dari susah payah sekarang ini? Pergi awal pagi, balik berpanas, kejar masa, dan lain2. 'cari sebab paling kukuh utk terus bertahan!'

Dan yg kekal hanyalah Allah, apa yg ada di langit dan di bumi akan musnah.
Harapan dan ayunan langkah ini, tempat sandarnya hanya pada Dia, Allah tuhanku, yg maha dekat, yg tahu masa lalu dan masa depanku.

Semoga dia mengurniakan kebaikan hidup dan kebaikan alam selepasnya. Amiin.

Segala puji hanya bagi Allah.

😃
Semoga farhana taat dan rajin solat rajin baca quran.
Selamat menjadi hamba Allah yg doktor!

#finalyear #medicalstudent #paedkauh

Catatan ramadan 1438H #4

- bismillah - So, right there in front of the kaabah i was standing as a poor girl. No phone, no money, nothing. I only had a bottle of zam...