Friday, July 22, 2016

Sabar

- bismillah -

Hidup ini kena banyak sabar, farhana. Sabar dengan apa yang berlaku, apa yang tak berlaku.
Semoga dengan sabar, akan terpadam percikan api marah, tersiram bara cemburu, tertimbus putus asa dan terungkai rasa tidak percaya.

Sabarlah, kesudahan yang baik hanya bagi orang bertaqwa. Percaya itu. Jaga taqwa. Jaga amalan dan detikan hati.

Biarlah cucuran air mata datang dan pergi, biarlah hati sesak sendiri, pasti pertolongan datang mengiringi saat perlunya nanti.

Sabar, dan jangan larikan diri, hadapilah. Kesusahan lalu jugalah yang membina dirimu hari ini. Atas keyakinan bahawa semua yang berlaku bukanlah kerana Tuhan menganiayamu, maka ketahuilah perkara itu menjadi pasak kedudukanmu hari ini.

Yakinlah, dan terus percaya. Kesudahannya pasti baik bagi orang yang bertaqwa.

Sabarlah dalam memupuk taqwa.
Bertaqwalah untuk membina sabar.

No comments:

Post a Comment

Catatan ramadan 1438H #4

- bismillah - So, right there in front of the kaabah i was standing as a poor girl. No phone, no money, nothing. I only had a bottle of zam...