Skip to main content

Kesejahteraan itu

- bismillah -

Alhamdulillah. Allah selamatkan saya.

Hari ini, saya cuba mengatur kehidupan agar lebih cemerlang daripada semalam. Saya makan tengah hari di cafe hospital, pergi juga walaupun berseorangan, dan sambung study di surau hospital. Hari2 lain, saya skip makan sebab saya tak nak makan sorang2. Haha. Maka, jadilah hari ni hari ke-4 yang saya baru jumpa nasi @ eat proper meal. 4 hari sebelum ni, hanya makan biskut dan roti. Minum susu.

Dan saya pulang hanya selepas azan asar. Semalam punya cerita, saya pulang tengah hari pukul 1, perut lapar dan sakit kepala. Sampai rumah, panas badan dan demam tinggi. Ketiduran sampai pukul 2 pagi. Jadi hari ini, saya pulang ke rumah hanya selepas matahari redup. (Rupa2nya selepas asar itu pun belum redup lagi.)

Saya turun bas di stesen bas, supaya dapat ke kedai buku membeli set pakej tahun 6. Pada hari lain, saya akan turun bas di tepi jalan yg lebih dekat dengan rumah. Dengan tenaga hari ini, saya mampu berjalan agak jauh dari biasa.

Saya masuk ke kedai buku. Tiada pelanggan. Jadi saya bebas berlama-lama dalam kedai itu. Tuan kedai hanya diam di tempatnya.

"Assalamualaikum. Ana biddi pakej atfal, sadisah"
(Saya beri salam kepadanya. Saya cakap saya mahukan pakej lecture notes untuk peadiatrics, tahun 6)

Kesemuanya berjumlah hanya 8jd (40 ringgit). Termasuk 2 buku tulis, selotep comel dan highlighter. Murah sangat ni 😓

Sewaktu keluar dari kedai saya ucapkan "Allah yu3tikal 3afiah" (mcm terima kasih kpd pekedai, maksud perkataan itu ialah semoga Allah memberikan kepadamu kebaikan)

Saya melintas ke seberang jalan. Kereta tak banyak. Segalanya adalah positif.

Di sinilah bermula adegan negatif.

Ada lelaki mencurigakan sedang mengekori saya!

Saya bukan takut. Tiba2 saya jadi marah. Isk, aku dah la penat, nak kacau orang pulak. Saya membebel dalam hati. Muka berkerut seribu.

Saya berhentikan langkah. Pura2 betulkan kain dan kasut. Dia sudah melangkah ke depan. Saya tunggu seminit dua sebelum melangkah semula.

Tiba2 seorang perempuan berniqab memberi salam kepada saya.

Saya terkedu. Saya terharu. Di saat genting berdepan manusia tak berguna, entah bagaimana nak loloskan diri daripada di follow, muka tengah masam tak puas hati, marah campur geram, tiba2 kalam indah itu singgah di telinga saya.

"Assalamualaikum"
Kesejahteraan ke atas kamu

As if, Allah kirim seseorang cakap to me, jangan takut...you will be fine...ada jalan keluar.

Jarang untuk orang nak bagi salam pada orang lalu lalang, lebih2 lagi yg xda eye contact, yg x nampak pun kehadiran dari jauh, yang tgh jalan laju2.

Saya pun jawab salam. Tapi nada marah. Sambil melangkah kan..
Dan saya teruskan perjalanan dengan harapan dan doa, moga kesejahteraan ke atas aku, sebagai mana doa si pemberi salam itu tadi.

Lelaki tiada berguna itu masih jalan perlahan2 di hadapan saya. Taktik manusia itu ialah jalan toleh2 belakang, pandang setiap refleksi cermin kedai mencari2 kelibat saya. Ada masa saya sembunyi di sebalik tiang. Berhenti di hadapan satu kedai tanpa sebab. Semata2 nak jauhkan jarak daripadanya.

Hinggalah dia tiba2 berhenti dan bertanyakan sesuatu kepada pekedai. Waktu itu, jarak saya dengannya menjadi dekat.

Dan waktu itu, saya pula mengikut di belakangnya. Jika tadi saya bersembunyi di sebalik tiang, kali ini saya betul2 berdiri di belakangnya. Saya pandang mukanya. Tanpa senyum. Tanpa kata. Dia berlalu. Saya masih berdiri di tempat yang sama. Memerhatikan langkahnya. Dia masih menoleh ke belakang. Masih melihat saya yang memerhatikannya. Hinggalah saya keluarkan sesuatu dari beg galas saya. Kunci segugus di tangan.

Dengan izin Allah, dia melintas ke seberang, kembali ke arah sebelumnya. Nampak sangat kantoi. Takdak arah tuju. Saya memerhatikan hingga hilang dari pandangan.

Lalu saya teruskan pulang ke rumah. Kepenatan. Tapi alhamdulillah penuh kesyukuran.

Ini bukan kali pertama. Tapi gementar itu sentiasa ada. Hanya Allah pembuka jalan keluar. I dont know what to do kalau that guy serang atau tak lari. Pakcik kedai dulu pernah nasihat, kalau ada orang follow awak boleh call police terus.

Semoga Allah ampunkan saya.

Alhamdulillah. Berkat doa mathurat dan doa orang2 sekeliling saya, Allah selamatkan saya.

Sabarlah, dunia ini bawah aturan Tuhan juga.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …