Skip to main content

Kata ayah

- bismillah -

Ayah kata dalam panggilan telefon sebentar tadi,
- supaya aku terus menjaga diri, berdikari. Bangun pagi sendiri (ayat ayah), itu kualiti dan tanda aras hidup yg mencecah dewasa (ini ayat aku).
Aku rasa aku banyak kelemahan dalam hidup, tak banyak kualiti, tapi bila ayah notice hal ini, aku terharu.
- kalau malaikat kejutkan tengah malam, kalau tak bangun buat amalan, susahla lepas2 tu nak terjaga pulak sbb kita dah tolak.
- aku mengadu banyak nak kena study. Aku ada main2. Tgk drama.
- ayah kata buat jadual, tengok apa yang dah dilalui dalam kehidupan, and dengan happynya aku cakap pada ayah aku dah siap tampal kalendar planner dekat dinding! Ayah kata sat saja hidup ni.
- 72 bulan pengajian aku. 60 bulan sudah berlalu. ayah ingatkan aku fakta ini. supaya aku bersyukur. dan yakin. Sebab perjalanan hidup aku ini semua bawah aturan Allah. Aku kata dlm tempoh kurang 12 bulan ni, aku kata aku akan usaha jaga berkat. dan jaga niat. Sebab kalau niat lari, aku hanya dpt kertas sijil. Aku nak dapat pahala dan kebaikan dan segenap kurniaan Allah utk perjalanan medik ni.
- aku kata penghujung kita syurga. ayah kata aku masih muda. Aku kata muda pun tak mustahil hidup ini dah dekat dengan penghujung. Ayah kata kawan2 dia dah banyak yang pergi. He must feel that he's more to meet Allah soon, again, theoritically, sebab aku bantah cakap kita tak tahu siapa mati dulu. Dah banyak kali ayah cerita pasal kawan2 rapat dia yg dah bertemu Allah.
Waktu ni aku dah mula menitis air mata. Ayah bagi phone dekat mak.
Dekat airport pun aku menangis sebab kata2 ayah. Tengok mak nangis, aku jadi kuat, tapi bila ayah bagi pesanan, aku jadi lemah.

- ada banyak benda lagi nak jumpa, mcm2 orang lagi akan jumpa, perkara baru nak diteroka, so aku kena bertahan sekarang dan banyak bersabar.
Terus aku menangis di airport penang haritu sebab lepas bergaduh dengan pak cik kaunter cek in sbb beg aku lebih 4 kilo.
Huhu.

Semoga Allah izin kami semua sekeluarga bertemu Allah dalam keadaan terbaik dalam syurga-Nya.

Amin.

Comments

  1. untuk farhana, bakal doktor...
    terus tulis. saya setia baca perjalanan hidup farhana. byk benda baik n benda baru saya dapat :)
    moga Allah pertemu kita satu hari nanti. berharap dpt kenal farhana dengan lebih rapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, dari jauh mohon juga doakan saya... In shaa Allah, ada rezeki, moga Allah izinkan persahabatan 😃

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …