Thursday, July 14, 2016

jemaah pekerja kedai sayur

- bismillah -

Petang itu, perkarangan depan pasaraya zam-zam sibuk seperti biasa dengan kenderaan lalu lalang. Pasaraya zam2 ialah tempat beli belah segala barang makanan dan toileteries, especially bebudak melayu yang beli ala kadar (kalau beli borong pergi tempat lain ie carrefour, atau pasar di hujung bandar nama kawasannya balad.) Kiri kanan pasaraya ada bermacam2 kedai lain, kedai baju, kedai telefon, kedai ayam beku, kedai daging fresh, kedai sayur dan buah. Pada hari raya aidiladha, ruang depan kedai daging akan jadi kandang sementara untuk kambing dan biri2 comel sebelum jadi binatang korban. Baunya 3 depa radius. Lepas tu, jalan dibersihkan daripada ada apa2 sisa, kembali bersih seperti sedia kala. Itulah specialnya butcher shops di negara ini.

Sekali sekala saya intro kawasan tempat tinggal di sini.

Saya melangkah masuk ke kedai sayur. Kelihatan ramai pekerja petang itu, 3 orang atau lebih kerana selalunya hanya ada seorang pada satu2 masa. Si A sedang menyusun tomato. Si B sedang mengemop lantai kedai. Jarak mereka dipisahkan dengan corner. Jadi mereka berkomunikasi dengan suara kuat sebab tak nampak masing2.

A : awak dah solat ke?
B : belum. saya tengah siapkan kerja ni.
A : oh takpa. Bolehlah solat sama2.
B : itulah, asyik buat kerja dari tadi. sekarang dah pukul berapa?
A : pukul 6pm. Jom solat sama2 selepas ni.

Mula2 saya dengar saja apa merek cakap sambil pilih2 bawang holland masuk dalam beg plastik. Bagai angin lalu. Lama2 baru saya terjemahkan.... dia tanya kawan dia solat ke dak lagi?! Dia ajak kawan dia solat sama2??!

Lalu petang itu saya pun balik ke rumah dengan seplastik bawang holland di tangan dan rasa terinspirasi untuk nak ajak orang lain berjemaah. Hehe. Takdalah, sepanjang jalan balik saya terfikir...
Saya mampu ke nak ajak kawan sekerja nanti nak solat sama2?
Nak tanya kawan solat ke belum pun berani ke??
Itu soalan2 masa depan.

Alhamdulillah atas qudwah mereka.

Semoga Allah berkati mereka2 yang berdakwah bil hal dengan tanpa sedar dan sedar.
Semoga hari2 berbaki di bumi ini penuh kebaikan dari makhluknya dan kecintaan kepada Pemiliknya.
Semoga digolongkan dalam kalangan orang soleh.

Amiin.

No comments:

Post a Comment

Catatan ramadan 1438H #4

- bismillah - So, right there in front of the kaabah i was standing as a poor girl. No phone, no money, nothing. I only had a bottle of zam...