Thursday, July 7, 2016

Aidilfitri

- bismillah -

Alhamdulillah.

Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.

CUTI NAIK TAHUN AKHIR

Berpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.

ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT

3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit dada, kemalangan, malah lebih daripada itu. Cerita kasih sayang menantu menjaga mertua yg uzur di zon kuning, cerita ayah yang sayu menziarahi anak yang tenat tidak sedarkan diri di zon merah, malah cerita berkaitan kesan poligami di zon hijau. Kisah2 ni terlalu umum dan berulang, sebati dengan masyarakat kita kerana hubungan kekeluargaan merupakan elemen utama dan fitrah yang wujud dalam semua diri manusia, tanpa mengira bangsa dan agama.

Fitrah hidup bermasyarakat semangnya tidak dapat disangkal, kerana kita tak mampu untuk hidup berseorangan. Bersyukur, dipertemukan dengan rakan2 doktor, nurse dan staf yang ringan hati menunjuk ajar. Bertanya khabar. Mengusik nakal. Sabar saja lah. Dulu, saya bersetuju apabila orang ramai tidak suka doktor2 dan staf bergurau bergelak ketawa, tapi setelah melaluinya, ternyata jika pada hari itu tiada seseorang yg boleh buat lawak menceriakan suasana, pasti suasana sangat tegang dan rawatan diberikan dalam keadaan stress. Kerana seharian tidak dapat bersosial, yang ada hanyalah empati mendengar cerita pesakit. Sekali sekala, pendapat saya, tak salah mereka yg berkerja di wad/hospital bergurau seadanya sesama mereka. Waris/pesakit perlu memberi ruang mereka mencari udara selain berinteraksi dengan ubat dan penyakit saja.

AIDILFITRI

Jika pada tahun lepas saya beraya bersama2 ibu ayah saja tanpa adik beradik lain dan keluarga mereka, tahun ini suasananya berlainan pula. Kali ini, suasana meriah dengan telatah 3 anak saudara saya. Malah, kami sempat masak buat makan2, berbanding tahun lepas kami bertiga hanya minum air panas dengan kuih raya tradisional sewaktu jiran sekampung yg beumur datang menziarah. Kali ini, ramai tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

ALHAMDULILLAH

Maka, nikmat yang mana lagi yg kamu mahu dustakan?

No comments:

Post a Comment

Overnight changes

- bismillah - When i left malaysia for my study in jordan 6 years ago, i have nothing in my mind to worry for, except that it maybe the las...