Friday, June 24, 2016

Hari ini dalam sejarah

- bismillah -

Alhamdulillah. Allah izin saya suture luka hari ini. Rezeki. Moga MA yang baik hati itu dipermudahkan urusan kebaikannya.

Sebelum tu dekat 5 strips saya error bila buat glucocheck. Padahal di jordan rasa mcm dah pakar sebab selalu join miniclinic sesama budak melayu. Sejak tahun 1 lagi. Haha. Hari ni, rupanya error sbb longgar. Luls. Cuba lagi farhana.

About the suture, saya dengan curiosity tahap kucing mintak la permission dekat MA tu nak observe. Lepas tu dia ringan hati nak buat saham akhirat, dia ajar la ilmu yang bermanfaat itu. Hihi. Terkial-kial. Pertama kali buat time program dengan student arab dua tahun lalu, kali ni pertama kali buat atas real skin.

Moga Allah beri kesembuhan kpd adik tu.

Doa. Gantung pada Allah. Segala sesuatu. Sungguh kita tak pernah berdaya, melainkan segalanya bawah kuasa Allah.

Semoga hari2 mendatang lebih baik.
Dan semoga hari bertemu Tuhanku adalah hari yang terbaik.

Thank you.

Alhamdulillah.

ربّ إنّي لما أنزلت إليّ من خير فقير
ربّ أوزعني ان اشكر نعمتك الّتي انعمت عليّ وعلى والديّ وان اعمل صالحا ترضاه
وادخلني برحمتك في عبادك الصالحين

😃😃😃
Khamis 23/6/16

No comments:

Post a Comment

Bila kita akan kembali

Hanya pada Allah tempat kita bergantung. Jika ditakdirkan kita hilang segalanya dalam dunia ini, atau kita yang menghilang, maka harta duni...