Skip to main content

Elektif!

- bismillah -

Alhamdulillah. Berkesempatan mengerjakan elektif di sebuah pusat perubatan berjarak 6 kilometer dari rumah. Kerana tempat belajar jaraknya 8000km. Huhu.

Dlm tulisan ini, semuanya adalah bawah syarat 'in my setting', dalam situasi saya, jadi mungkin berbeza dengan situasi/setting kalian.

So, what to expect, and what not to expect during elective? 😂

1. Smile, meet & greet
- di dalam ward, ada doctors, medical assistant, nurses, ada students, ppk, attendan. Ada pharmacist dtg skali sekala. Doctors ada boss, mo, ho, specialist, doktor dari ward lain yg datang tengok case. Nurses ada matron, sister, jm, nurses. Students ada nursing students, med assistants, medical. MA ada yg baju hijau, putih. Kesimpulannya: ada raaamaiiii umat manusia dlm sesuatu ward walaupun jumlah sikit. Hehs.
- semua orang akan tertanya2, siapa kita ni, dari mana, buat apa, selama mana di sini? And why are you here...etc
Jadi, every single new face (baca: semua orang yg bekerja di ward/department itu) yang kita jumpa dan berdiri jarak radius sedepa, pergi meet and greet.
Hello, good morning/afternoon doctor... / bagi salam if muslim, i am new medical student here, doing elective.
- some doctors will ask us directly - they talk to us, to identify ourselves. Some will give non verbal expression, answer their glance with the above script. and silap haribulan some will directly 'scold' - ni siapa kenapa tak bagitau saya awak siapa? - in this case, smile, minta maaf, and identify yourself. Hehe. Hati sado. Remember, whoever in charge yang ada within sedepa radius kena meet and greet.
- benefitnya kenapa kena identify ourselves??? Sebab bila dah tahu kita ni student, some doctors sangat passionate nak mengajar. Adik, mai dengar ronchi. Ok, ni bladder dalam ultrasound. and some of the doctors yg tahu kita ni student akan sembang2 pasal our background. Perkenalkan diri juga kepada staf selain doctors, sebab MA pun akan rajin mengajar ambik darah dan suture pada medical student yang tahu greet orang. And above all, greeting others is a sign of respect. :) Nobody gets hurt.

2. Learn, and ask
- study di rumah, then baru kita tahu apa yang kita tak tahu. Bila tahu apa yang kita tak tahu, barulah terhasil soalan. Kadang, we said that we dont have any question padahal we dont know what to ask.
- ada buku nota, buat review day to day basis. Kalau malas, buat weekly review. Tulis apa yg kita buat, penyakit yang kita jumpa/discuss, any new discoveries/ clinical findings, semua yang dipelajari. Warning: jangan tulis perkara personal like curhat etc sebab nanti some doctors rajin nak menjenguknya...kantoi la.
- buat table atau checklist, segala basic skills yang patut ada pada seorang doktor. Tulis di tempat yang hari2 nampak, kulit buku pun boleh. Hehehe. Kebaikannya, 1) untuk kita tahu arah hala tuju apa nak capai, 2) untuk motivasi diri, tick yang dah observe, bintang besar-besar yang dah buat, dan 3) untuk jawab soalan doctors/nurses/others yang tanya why are you here?? Hehe. Simply jawab, i made some list, here they are. And the rest is history.
- in emergency, tgk balik ATOM-FC, CABCDE, ECG, ECG, ECG, ECG...etc

3. Law of attraction
- apa yang ada pada kita, yang tu lah datang. Kita bukan angel yang turun dari langit dan melawat ward, tapi at least, try to be one yang positive. Jgn fikir takut jumpa doktor garang, takut itu takut ini, jangan fikir langsung 'oh today gonna be a hard day'. Sebab nanti tak memasal jadi betul2. Segalanya rasa tak best hari tu. So pepagi, pasang your guard (baca: pertahanan diri, mathurat, ayat2 quran), and tawakal. Minta doa dapat hari yang baik, pesakit2 yang baik, minta jumpa penyakit yang kita boleh learn and tak bawa mudarat, minta ilmu yang baik, and minta diri kita ni yang baik. Moga tak salah cucuk orang huhu.
So, law of attraction is simply doa yang baik2, in shaa Allah akan datang benda2 yg baik juga.

4. Work out dan rehat
- semua pesakit, doctors and staf ada tempat duduk. Ada yang duduk lama, ada yang duduk sekejap. Kecuali this elective student yang tak ada tempat duduk. So untuk 2-3 hari pertama, i stand 95% of the time. Berdiri, berjalan, dan berdiri lagi. Lepas2 tu, dah boleh luaskan jaringan pergi sembang dengan staf time rehat sambil duduk2, take time waktu patient tak ada untuk duduk di sofa empuk tempat pesakit selalu duduk, and guna masa tak ada orang tu utk tulis review dlm buku nota. (selalu pukul 1 orang rehat). Sebab balik rumah nanti dah boleh rehat.
- so prolong standing, berdiri lama, perlukan daya tahan otot. Stamina. Saya sempat la kayuh basikal 10 minit 2-3 hari sebelum mula elektif, selang2 hari ikut kelapangan. Bila masuk minggu ke dua elektif, kaki dah kurang lenguh dan sengsara sebagaimana hari2 di minggu pertama.
- cukup work out, cukup rest, in shaa Allah takkan lenguh2 bila berdiri 8am-5pm di ward.
- other exercise utk daya tahan otot: berdiri iron baju banyak2, something yang low energy tapi takes longer time to finish

5. Make new friends, and sambung ikatan lama
- boleh jadi, ada kawan2 dulu2 yang ada di situ, sebagai staf, sebagai pesakit, sebagai waris pesakit. Tegur, dan sambung ikatan yg terputus itu. Jgn dok buat do-no, jgn buat tak tau.
- make as many eye contacts as you can. (Dont kill me because of this advice.)

6. Ikhtilated tu, i dont have many tips. Jampi la doa banyak2. Mak pesan, jadi sopan santun. Marah ka, seronok ka, nak gelak ke, benci ke, do it in sopan santun way. Jangan sampai org kata kita sombong. Jangan plak lebih2 gegediks. Paling selamat, treat semua orang in formal way, guna kata panggilan yang sesuai, bangun bila bercakap dengan orang yang sedang berdiri, dan jika ada orang yang biasa dalam hidup dia sentuh2, pandai-pandailah berdiri di tempat yang selamat. Just do everything yang akan buatkan you happy nak datang lagi tempat tu sampai habis elektif. Benda yg tak best, ingatlah, habis elektif dah takkan jumpa dah hehe.

Ada kata2 anda ialah apa yg anda makan, tukar, anda ialah apa yg anda DOA.
Sesungguhnya, Allah bagi more than what we can imagine. So, jangan pernah rasa doa itu bukan elemen utama utk berdepan hari2 mendatang.

Semoga Allah ampunkan saya.
Semoga beroleh ramadan terbaik.
Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …