Wednesday, June 22, 2016

Cuti naik tahun

- bismillah -

Alhamdulillah. Hari ini cuti hari nuzul quran. So, tak ke hospital.

Minggu ini dah minggu ke-2 saya bust elektif di hospital negeri ini. Minimum 3 minggu, so berbaki 7 hari lagi oh yeahh. Sabtu ahad tak pergi sebab..urm..kan tengah cuti?

Sebenarnya sekarang cuti semester utk naik tahun. Alhamdulillah, bulan july lepas raya nanti saya mula tahun 6 pengajian perubatan. In shaa Allah. So, di kesempatan cuti 5 minggu ini, saya pun isi lah borang utk buat elektif di hospital di malaysia, lebih tepat, di kampung halaman. Saja2 ambik pengalaman.

Objektif yg saya boleh fikir,
- nak dapatkan gambaran awal bagaimana hospital kerajaan di malaysia, how is the environment, how is the people and their culture of living/working/surviving!
- nak belajar la buat beberapa procedures dan basic skills seorang doktor
- nak kenal clinical presentations. Sbb dekat universiti, saya jumpa patients yang dah admitted ke ward, doktor dah tulis diagnosis. So kali ini, start afresh. Mula dari hospital's frontline, emergency dept.
- nak tengok life-saving drama! (Bukan drama la..kisah benar)
Dan sampingan...
- nak belajar berkawan. Huhu. Serius, saya serius. So, mungkin, ini practice nak berkawan 😂😂 . Baca: improving social skill
- nak tengok macam mana doktor2 junior bawa diri
- nak spend ramadan dengan baik 😃 ziarah pesakit, tolong apa yg patut, may every deed tu ialah charity..daripada zzz/browsing internet pagi2 baik saya keluar rumah kann hehe

So far, ada hari naik turun semangat saya. memandangkan saya elektif sorang diri, so, kecekalan tu perlu diasah dan ditanam bagai kabel elektrik. Haha. Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panassss. Hati kena sado. Walaupun sakit perut gelabah setiap pagi, feeling nak nangis tanpa sebab dan banyaakk lagi drama2. Nantilah, lepas tamat elektif, boleh la saya wrap up buat konklusi. Sekarang, hehe too early to judge.

Semoga esok dan hari seterusnya lebih baik dari semalam.

Amiin.



No comments:

Post a Comment

Catatan ramadan 1438H #4

- bismillah - So, right there in front of the kaabah i was standing as a poor girl. No phone, no money, nothing. I only had a bottle of zam...