Skip to main content

Catatan Ramadan 1437H #1 Keluarga

- bismillah -

Alhamdulillah.

Pulang ke malaysia, dengan izin Allah segalanya lancar. Turbulance atas kapal terbang pun tak banyak, tak seperti pengalaman sebelum2 ini. Pulang juga sekapal dengan jemaah umrah, of which rasa bersemangat untuk usaha jaga solat atas kapal terbang sebab tengok pak cik2 ada yang dipapah untuk bersolat. Kita yg sihat kaki tangan ni, bagaimana?

Buat pertama kali, satu family jemput di KLIA. Alhamdulillah, lengkap semua. Ada mak, ayah, kakak, abang arif, abang, kak nadia, alyaa, wafa and hannah. Mak su happy sangat sebab depa greeted maksu cheerfully, maknanya depa ingat lagi maksu. Hehe.

My mom dah pakai tongkat bila berjalan. Ayah masih maintain mcm dulu. Alhamdulillah. He has healthy BMI, but mom has a bit higher index. Anyway, we pray for our health and happiness to be blessed from Allah, more than what the bmi can predict. (Kami test mesin yg ukur bmi pakai coins 40sen di mall)

My brothers and sisters, alhamdulillah they are all doing fine. Allah is the most powerful. Allah berkuasa menyembuhkan, memberi kesihatan dan kebahagiaan kepada siapa saja yg Dia kehendaki. Semoga Allah sentiasa limpahkan kesabaran kepada kami.

Kakak dgn abg arif bawak shopping. Teringat zaman intec 5 tahun lalu, alya dalam stroller macam hannah sekarang, and we went to almost every mall yg ada dekat selangor masa tu.

Abang dengan kak nadia mcm biasa, swimming dekat pool dengan wafa and alya. Sehari sebelum ramadan. Hehe.

Me? Mendoakan ramadan yang terbaik. Menyesuaikan diri dengan cuaca dan suasana di malaysia. Jika di tempat orang segalanya buat sendiri, di sini pergi toilet pun ayah turun kereta untuk teman tunggu kat luar. Terharu. Itu jagaan manusia. Rupanya ketika di luar, i can only depend on Allah. Jagaan Allah pastinya lebih membuatkan kita terharu kalau kita nampak. Allah has always been there for His servants after all.

Ramadan kali ini, banyak kali sangat menerima berita kematian. Betapa, beruntungnya kita yang masih hidup ini. Beruntung juga saya yg masih sihat dan bujang. Kehkeh. Semua orang beruntung dalam situasi masing2, yang paling mulia ialah yang paling bertaqwa, dengan kemampuan dan keupayaan masing2.

Semoga Allah sentiasa titipkan rasa bersyukur dalam diri kami.
Segala nikmat di dunia ini adalah milik Allah, semoga segalanya kembali kepada Allah dalam keadaan yg Allah redha.

Amiin.

Check in, kampung halaman. Alhamdulillah. :)
9 jam Amman - Kl
6 jam Kl - perlis.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …