Tuesday, June 7, 2016

Catatan Ramadan 1437H #2 Quran

- bismillah -

Alhamdulillah. Menjejak siang yang ke 3 esok in shaa Allah.

Apabila membaca catatan2 doktor pelatih dan tips2 mereka, tiba2 rasa gementar kerana saya membaca istilah2 yang 'pernah dengar' tapi tak dapat memproses dengan baik maklumat itu. Tadi baca berkaitan CTG, reactive, deceleration dan adik beradiknya. Rasa baru sangat ulang baca ketika final exam hari tu, kenapa sekarang rasa blur2 untuk keluarkan output memory?

Dan kemudian saya mula memeriksa, apakah waktu study dulu tak jaga niat dengan baik? Apakah yang menjadi lompong2 yang  menyebabkan ketirisan keberkatan?

Saya rasa, segalanya kembali kepada Quran. Jika quran yang sacred, suci, paling tinggi darjat ilmunya tidak dijaga, tidak diulang, dilupakan, maka pasti lebih mudah ilmu2 lain juga utk hilang keluar dari ingatan.

Kerana menjaga quran dan ilmunya, ialah kunci menjaga keberkatan hidup dan ilmu2 lain selepasnya.

Jadi, di mana harus dibaiki jika ada kelompongan dalam amal? Baikilah urusanmu yang melibatkan al-Quran.

Contoh. Jika tidak berupaya menguasai sesuatu ilmu walau sudah bersusah payah hingga tak tahu apa tak kena tapi masih tak dapat catch up ilmu itu, maka cek lah, ilmu apa berkaitan quran yang tak pernah rasa nak belajar pun sebelum ni. Mungkin, selepas meluangkan masa mempelajari tajwid, tiba2 sesi pembelajaran berikutnya menjadi mudah faham dan dpt menguasai ilmu tadi.

Kerana mempelajari ilmu tajwid itu wajib, maka prioritinya lebih atas. Ibaratnya apabila kunci paling utama sudah dibuka, kunci peti2 berikutnya in shaa Allah akan mudah pula. Apabila diutamakan perkara yang utama, perkara sampingan akan menjadi lebih lancar.

Semoga, dengan keberkatan hafazan, maka ilmu2 lain yg dipelajari juga tidak mudah hilang dari ingatan.

Ramadan, adalah bulan bonus untuk para penghafaz quran mengulang bacaan. Peluang kepada yang tiada asas untuk belajar membaca quran. Peluang kepada semua, untuk menambah baik apa yang ada sebelumnya.

Semoga diberkati detik masa ramadan kita.

Selamat menjaga iman dan amal! Pesan kepada diri.

(قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَىٰ)
[Surat Ta-Ha 126]

via @QuranAndroid

Ini ayat yang sentiasa meruntun jiwa. Semoga Allah syafaatkan kita dengan Quran.

No comments:

Post a Comment

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...