Tuesday, May 10, 2016

Refresh

- bismillah -

Dan tiba2, saya rasa dunia terhenti.

Kenapa aku buat semua ni? Kenapa pergi jauh2 belajar, jauh dari ibu ayah, adik beradik, jauh dari kawan2, jauh dari budaya dan tanah air sendiri, semua ini untuk apa?

Sekarang dah masuk musim study untuk exam.

Entahlah. I love exam. Tapi kadang tu, rasa nak tutup buku, lampu dan pergi tidur. Perasaan nak letak tepi semuanya, baca buku selain medik, sentiasa ada. Distractions sentiasa menari-nari di minda.

Jika semuanya adalah supaya boleh balik kerja jadi doktor dan hidup bahagia dengan keluarga, maka cita2 itu sangat rapuh. Brittle. Boleh pecah bila2 masa.

Studylah farhana, supaya masa mudamu ini menjadi pemberat timbang mizan, bahawa kau menuntut ilmu, bukan buat benda lain in most of your youth!

Segala puji bagi Allah. Yang menganugerahkan perjalanan medik, yang sudah 5/6 progress perjalanannya. Semoga detik yang berbaki dalam hayat dan dalam perjalanan medik menambah iman dan amal soleh.

"Jika grad itu tarikh yg kita boleh selaraskan jadi penamat, sepanjang nak capai garis penamat itu tak semua orang capai perkara yang sama. Tapi sayang, garis penamat kita bukan grad, tapi ajal. Sementara nak capai ajal, perkara apa kita dah capai dalam hidup ini untuk dibawa bekal ke alam sana?"

Semangat!
Lillah.

Semoga lancar semuanya hingga ke garisan penamat.

Oh Allah, thank you for this journey.

Pray for me. Sampai ke tua ada exam (pray that i want to proceed further within the career). Sampai ke tua kena ingat, this is not for the sake of untung duniawi semata2, or else akan rasa terbeban.

Irbid's summer night. 2220. 10/5/16

No comments:

Post a Comment

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...