Friday, May 20, 2016

Garlic toast from exp french bread

- bismillah -

A new discovery in my life... haha.
French bread, sejenis roti pelik, panjang, dan keras. Dulu saya wonder orang makan macam mana. Haha. Nak beli buat eksperimen pun, fikir dua kali sebab malu nak bawa panjang sangat sah2 terkeluar dari plastik. Hehs.

So hari tu try la beli adik kepada french bread dekat carrefour punya bakery. Pendek sikit, 6 ketul, kalau sambung sama panjang dengan french bread yg panjaaang tu.

Tapi memandangkan musim exam, roti tu saya sorang je makan kat umah ni. Ada 5 ketul baki bila dah expired! (3 hari ja tahan)

Takkan lah nak buang... fikir org susah xda makanan, fikir orang sini yg suka gantung roti kulat dekat pagar sebab ada orang akan ambik dan makan (sad), so saya pun tak nak lah buang gitu saja masuk tong sampah.

Chek roti elok lagi, tak nampak kulat dan fungi, maka jadilah projek garlic toast pagi jumaat (cuti weekend di sini)!

Resepi ambik sini
http://adishshida.blogspot.com/2012/05/jom-memasak-garlic-bread-ala-ala-pizza.html?m=1
Sambil tu saya letak atas tray bakar tu semangkuk kecik air, saiz 100ml ja kot... berjaga2 takut roti keras sangat.

Tadaa (gambar)

Hasilnya jadi kerak tu crunchy sangat, keras mcm biskut lutut, dalam lembut lagi...
Bila google, org kata tu la sifat french bread...keras tu kat luar ja. Haha.

So jimatlah duit dan resources... nothing wasted hehe. Kalau sakit perut makan roti expired pun, esok cuti lagi. Hehe.

1 comment:

Catatan ramadan 1438H #4

- bismillah - So, right there in front of the kaabah i was standing as a poor girl. No phone, no money, nothing. I only had a bottle of zam...