Skip to main content

End of 11 rotations. End of family medicine osce miniosce

- bismillah -

Alhamdulillah ala kulli hal. Dengan izin Tuhan hari ni end of segala rotations in various clinics, hospitals, different cities, from autopsy room to labour room to mental wards. Witnessing from crying babies to crying adults. Hitam putih radiology dan warna-warni signs and symptoms. Memberontak tak nak doktor check tekak hingga memberontak tak nak makan ubat diabetes. Tua muda, sihat sakit, semua ada kisah masing2 yang memberi pelajaran.

I start to wonder, what's the point of being doctors if your patients refuse treatment?
Well, dekat situasi2 ni baru sedar, doctor bukan sekadar nasihat, bagi ubat, larang itu ini, suruh itu ini. Being the one who hears the complaints, that is what doctors first do. Listen. And seek ways to ease them. Giving solution. If they wont accept, it is beyond our control. Because we treat, but He cures.

Hari ni exam dapat antara banyak2 soalan pasal preconception counseling. Kalau follow previous posts, ada 2 posts saya tulis pasal tajuk tu. Before getting married, apa patut kita buat, nak cek kesihatan apa. Alhamdulillah Allah izin boleh jawab. Doktor F tepuk bahu, bravo! sebelum keluar. Ya Allah. Baru ingat, selama ni nak sangat doktor2 cakap bravo sebab dalam klinik session tak pernah dapat. Haha. Rupanya He saves it for the last day, the exam day.

Pray. Mintak dari Allah. Law of attraction.
Dan ilmu yang diamalkan ialah buah yang manis!

Saya tak kata saya boleh master semua perkara. Ada juga station yang saya kelu. Tapi, at least, kalau ada satu yg happy pun, kita semua kena bersyukur yg tu. Itu ikatan yang mengikat hamba dengan Tuhan. Syukur pun ibadah. Aknowledge goodness dalam timbunan problem yang kita ada. Dan semoga kesalahan dan kekurangan, Allah gantikan dengan yg lebih baik.

Kalau tak bersyukur, apa lagi boleh buat?

Musim sejuk, musim bunga, musim panas,
bermusim juga kah tawakkal kita pada yang Atas?

Semoga Allah menetapkan takdir2 yang terbaik.
Kesudahan terbaik hanya bagi orang yang bertaqwa.
Semoga Allah golongkan kita sebagai orang yang bertaqwa.

Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …