Tuesday, May 31, 2016

Dia yang diuji hari-hari

- bismillah -

Ternampak seorang lelaki, berjalan senang lenang, tapi langkahnya langkah seorang yang berpenyakit ricket.
Dia berjalan di tengah2 jalan.
Perlahan. Aku nampak situasi itu sungguh sukar.

Dan tiba2 ada kereta membunyikan hon dari belakangnya.

Ketika itu, aku sedang melarikan diri dari realiti.
Bancuh teh panas untuk mengubat hati.
Dari tingkap dapur, lama aku terpaku hingga dia hilang dari pandangan.

Melihatkan dia, air mata yang cuba ditahan gugur juga.

Aku patut bersyukur, kerana ujianku tak seberat ujiannya.

Apalah sangat masalah aku, emosi saja lebih, tapi si lelaki ini diuji fizikal dan emosinya, bukan sehari dua tapi hari-hari!

Allah. Yang maha dekat. You knew it all. You heard me after all.
Forgive me.

Dekat syurga dah tak ada cacat kan?
Dah takda sakit...

Moga Allah beri ketenangan hati buat hamba-hamba-Nya yang sabar dengan sakit mereka.

Dunia bukan tempat kita. Segalanya perlu ditinggalkan. Tidak banyak kisah dunia yang patut kita bawa ke alam sana, melainkan kisah2 kebaikan.

It is okay. Hidup ini, jalan ceritanya ada dalam pengetahuan Tuhanku.

No comments:

Post a Comment

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...