Skip to main content

Ubat penenang

- bismillah -

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas segalanya.

Hari ni, 3 kali saya breakdown, atau bahasa mudahnya, menangis.

Pastilah ada sebab. Tapi sebab yang tak sepadan dengan tangisan.

Dalam bas, pergi dan balik hospital, dan malam lepas solat.

Inilah pms, simptom tak stabil yang melanda perempuan.

Malu juga, sampai kolek bas (tukang collect duit) tengok.

Tapi saya tahu, semua ini mengajar saya sesuatu.

Dalam sunyi dan di kalangan ramai orang, Allah sentiasa ada.

To live in a low mood, a sad face, is to trigger us to keep repeating astaghfirullah, asking for Allah's forgiveness, and to say prayers such as 'Allahumma inna nauzubika min alhammi wa alhazan' which means, oh Allah, i seek protection with You from sadness and worriness.

Keep saying and asking Allah to stop your tears...

In shaa Allah, after seconds, it will go away.

Your mind, your mood, will be okay. Relieved. Destressed.

Sebab Allah dah janji, jika sabar dan redha dengan ujian, Allah akan buka jalan dan kelapangan hati.

Jika keep asking why me, how could this happened to me?, maka dada akan makin sesak dan sempit, kesedihan akan berpanjangan...

Hari ni, belajar dalam seminar, berasa perubahan emosi menjelang period adalah normal. Yang TAK NORMAL adalah apabila hidup terjejas teruk, tak leh fokus kerja, nak marah orang ja tau, irritability sampai menjejaskan tugas dan fungsi seharian....

Itulah yang kena kawal.

Jika tak leh kawal emosi, makanlah ubat penenang. antidepressant namanya.

Semoga penenang kita bukanlah ubat...

Biar hati berbicara dengan istighfar, zikir, doa dan quran.

TAPI jika tahu tak mampu atau tak cukup dengan langkah conservative, mengambil ubat adalah wajib, kerana tanggungjawab seharian yang terabai akan disoal.
Apa yang melengkapkan kepada perkara wajib, adalah wajib itself. Macam wuduk, wajib jika nak solat.

So berubat dan berikhtiar cari kesembuhan adalah wajib jika sakit itu menghalang kerja, amanah2 dan tanggungjawab.

Marilah mengharmonikan
ubat dan amal.
Usaha dan tawakal.
Motivasi diri dan sokongan sekeliling.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …