Sunday, April 3, 2016

Pasangan yang setia dihari gelap

- bismillah -

Pentingnya memilih pasangan hidup yang soleh dan solehah.

Hari ni, di klinik psikiatri. Seorang wanita, datang bersama suaminya. Kami menemu ramah si suami yang sakit, lalu ditambah dan dilengkapkan history dengan cerita isterinya. Suami itu schizo, bahasa orang kampung ialah gila. (Tapi sebenarnya gila ni istilah umum...kaki shopping pun sejenis gila, huhu)

Berdasarkan cerita mereka, pengajaran yang saya boleh teringat ialah, peranan pasangan ketika salah seorang memerlukan... Itulah intipati perkahwinan. Staying by each other's side at times of difficulties. :')

Saya sebagai orang luar, hanya nampak green light untuk isteri minta fasakh. (Adehh). Tapi, mungkin kesetiaan pasangan itulah yang dikatakan, RAHMAH, perasaan sayang berbentuk belas kasihan yang tercipta dalam pasangan yang bernikah. SubhanAllah...

Banyak kisah hari ni. Anak dah ramai, kerja dah stable, tapi diuji dengan pasangan yang tiba-tiba berubah.

Ada pesakit yang hilang ingatan selepas bercerai dan anaknya 3 orang dibawa lari ke luar negara oleh bekas pasangan. Habis hilang ingatannya, sudah tidak ingat akan anak-anaknya. Kerja masih ingat, tapi tak tahu bagaimana nak melakukan tugasnya...
Kata doktor kepada kami, "kenapa pasangannya kejam sangat? Apa salah tinggalkan isteri dengan baik, beri rumah untuk dia tinggal bersama dengan anak2 (sebab si lelaki berkahwin lagi dan hidup bahagia di luar negara)..."
(win-win jika kedua2 pihak boleh bahagia)

Entahlah. Sebagai orang luar, dan sebagai doktor, hanya boleh mendengar, dan nasihat apa yang patut.

Di klinik surgeri dulu, seorang suami bawa isterinya yang sudah dibedah sebab kanser payudara.

Di klinik kulit, satu pasangan tua datang berpimpin tangan dan bertongkat...si suami yang risaukan keadaan kulit isterinya...walaupun sudah sangat berumur.

Dan sudah tentu di klinik sakit jiwa, terlalu banyak rahmat dan kasih sayang insani yang terzahir....

Tak salah pun jika pasangan berpisah jika bersebab kesihatan. Tapi itulah, Allah yang masih ikat pertalian mereka2 yang dapat bersabar.

Hanya orang yang ikhlas dan hati besar saja dapat mengharungi ujian sakit mental, sama ada pada diri sendiri, keluarga atau rakan.

Ada juga yang datang ditemani sahabat, ditemani abang... Malah ada ayah yang datang mengambil ubat untuk anaknya yang gila (ketagihan cannabis).

Kisah anak ini kasihan, kerana terlalu dimanjakan ibu! Ibu yang beri anaknya duit untuk beli dadah. Walau berkali-kali ayahnya larang, malah tanpa pengetahuannya. Malah hingga sekarang. Sudah terlambat untuk nak tuding jari siapa yang salah, kerana anak itu sudah bagaikan mayat hidup jika tak diberi dadah.

Si ayah jelas mukanya sayu. Doktor memujuknya, "saya faham, awak ayah, awak ketua keluarga...tak apa, biar saya yang cakap dengan isteri awak. Bawa dia ke klinik ini."

Benar, isterinya juga perlu di'rawat' kerana terlalu menyayangi si anak hinggakan tak nampak bahawa dia sedang memusnahkan anaknya.

Saya faham, si ibu pasti tak sanggup melihat anaknya ketar2, mabuk, mcm org gila apabila tidak mendapat dadah...tapi akibat daripada perbuatan memberi duit utk bekalan dadah, anaknya makin meningkat ketagihan! Setiap masa bagai orang gila kerana setiap masa perlukan dadah!

Doktor kata, seorang yang bawah pengaruh dadah boleh men'trigger' (memulakan) simptom ketagihan...dia buat gila sebelum betul2 gila sebab ketagih..kenapa? Utk dapat simpati...

So, banyaklah pengajaran dari kisah2 mereka yang diuji.

Banyak lagi nak cerita...

2 comments:

  1. dari dulu...
    saya suka baca entry2 kat blog sis.
    saya suka cara sis. sorang student medic, n bakal jadi doktor yg suka share kisah hidup yg jadi around sis.
    sbbnya, sis jadikan kisah2 hidup tu sbg ibrah.

    n x sangka...until now, sis masih setia menulis kat blog. sis patot publish buku. mesti akan jadi best seller ;)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.. :) doakan sentiasa bermanfaat

    ReplyDelete

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...