Friday, April 22, 2016

orang alim yang OCD

- bismillah -

this entry pasal psychiatry, is about OCD, obsessive-compulsive disorder.

to simplify, penyakit ni macam bila seseorang tu obses dengan sesuatu perkara, tapi perkara tu salah, dia tahu dia tak boleh lakukan, jadi dia akan peluh2/resah gelisah sebab asyik terfikir2.
perkara yang tak boleh buat contohnya,
- ingatan / pemikiran (thoughts)
- urge (desakan, tekanan)
- images (gambaran),
tapi morally wrong.
contoh, seorang ibu, ada urge rasa nak bunuh anak dia, tapi dia tahu benda tu salah, dan dia sayang anak dia jadi dia tak sanggup nak bunuh, jadi dia akan resah gelisah. perasaan resah gelisah tu hanya akan hilang bila dia buat apa yang dia terfikir tu.

itu contoh extreme.

contoh biasa2 orang ocd, pasal kebersihan. dia terfikir, semua benda kotor / ada kuman, jadi dia akan buat sesuatu untuk hilangkan resah fikir pasal tu, jadi sebab tu lah dia pergi basuh tangan kerap-kerap, ada yang sampai basuh ayam dengan sabun.

tindakan yang dibuat utk menghilangkan resah gelisah akibat obsesi pemikiran itu, dipanggil compulsive. lazimnya berulang, dan memenatkan. tapi kalau tak buat, obsesi tu tak hilang malah akan menghantui pemikiran dia!

ada yang obses pada symetry, semua benda kena sama dan selari.

(OCD dan OCPD adalah perkara berbeza)

so, itu pendahuluan untuk ocd.

suatu hari, doktor A cerita pasal orang yang berzikir dengan penuh gerak dan kelihatan khusyuk.

dalam medik, kita tak boleh judge orang. orang bau arak, orang pakai serban, mereka tu datang sebagai pesakit dan memerlukan rawatan. background mereka, kita tak akan nilai, dan takkan bias.

so apa cerita dengan orang yg OCD pasal agama?

orang macam ni, dia akan ada thoughts (obsessive) yang berlawanan dengan kepercayaan dia.
kalau agama yang dia anuti tu kata Tuhan ada, dia akan ada thought, eh betulke tuhan ada?
macam2 thoughts lagi yang dia tahu salah, tak boleh dengar, tapi dia tak boleh nak dismiss the thought. fikiran dan soalan2 tu akan menghantui dia, sampailah dia buat sesuatu. (compulsive)
jadi orang macam ni, dia akan lebih mentaati agama, buat semua suruhan dan tinggal larangan, sangat2 taat, sebab untuk menghilangkan persoalan2 pelik dalam kepala dia pasal agama.

kalau zikir, zikir dia over.
so konsep lawak2 cakap, jangan kamu ingat orang yang zikir kiri kanan tunggang terbalik tu paling alim martabat tinggi, huhuu mana tahu dia OCD?

saya tak pandai nak hurai panjang. tapi konsep orang OCD ni, ada was-was, ada rasa tak senang duduk selagi dia tak buat sesuatu untuk hilangkan fikiran dia tu.

bahaya kan OCD ni? boleh gugat iman dan akidah, malah boleh trigger jalankan jenayah.
soooo. apa Nabi buat setiap hari?? :)
nabi pesan, kita kena baca 3 Qul. nabi baca pada banyak occasion. pagi, petang, nak tidur, lepas solat...kerap sangat diulang walaupun ringkas ja ayat2.

tapi yang saya perasan, semua itu minta perlindungan dengan Allah.
dalam surah al-ikhlas, kita tauhid kan Allah.
surah al-falaq, kita minta lindung daripada setiap jenis kejahatan.
dan dalam surah an-nas, kita minta lindung daripada was-was.

signifikan kan apa yang Nabi suruh ulang banyak kali? untuk menjaga dari daripada segala bentuk ujian dan cabaran hidup...termasuklah ujian psychiatry...

wallahua3lam.
jom perbanyak baca surah 3 Qul. :)

No comments:

Post a Comment

Perempuan berkalung serban

- bismillah - Because i believe marriage is about growing each other's potential, Creating independence over dependence, Tolerance, p...