Skip to main content

Kepada anti vaksin yang mencari kebenaran

- bismillah -

Kecewa. Jika tak tahu, belajar lah untuk percaya orang lain. Jangan paranoid.

Bagi anak pakai helmet, seatbelt, car seat, tapi tak nak vaccinate.

Anda boleh nampak risiko kereta laju, terhantuk dashboard, terpelanting keluar, tapi anda tak boleh nampak kuman penyakit2 bawa kematian yang boleh dielak.

Cucuklah. Tawakkal. Bukan kena bayar pun (yg wajib).

Allah tak pernah aniaya dan zalimi sesiapa. Ibu bapa yang buat pilihan.

Come on, bukan selamanya kita nak anak bawah ketiak dalam rumah.
Suatu hari dia akan ke pedalaman, ke india, ke london, ke mekah, ke cape town, ke toronto, ke abu dhabi, ke vietnam, ke jeju island, anda nak tengok dia pergi tanpa imuniti? Dia akan bertemu orang yang bawa antigen macam2. Masuk tentera, pergi kem sekolah, bercampur orang ramai, semua tu mendedahkan risiko mendapat jangkitan. Hari2 badan kita dijangkiti dengan macam2 antigen bacteria, tapi kita tak jatuh sakit sebab badan boleh lawan. Some of penyakit yg dicipta vaksin, badan tak boleh lawan jika kena jangkit, sebab itu vaksin dicipta utk lawan separuh (kurang) daripada kekuatan full penyakit tu, supaya badan boleh bina imuniti.

Susah nak faham bab sistem imunisasi. Kami diajar kelas immunisasi semasa tahun 2 perubatan, selama 1 semester musim panas, 3 jam kredit kalau saya tak salah. Sebelum tu 2 tahun kami diajar pasal ilmu asas sains dlm medik. Jadi sebab itu, mudah untuk salah faham artikel2 di internet walaupun anda baca, kaji, highlight, search dan tulis sendiri...sbb pembelajaran perlu berguru dengan yang berkelayakan.

Masa takkan dapat diundur.
Jangan abaikan tanggungjawab memberi vaksin pada anak. Dia tak boleh pergi klinik sendiri, jadi dia mengharapkan ehsan dan kefahaman ibu ayahnya.

Wahai Tuhan kami, rahmati ibu bapa kami sebagaimana mereka menjaga kami sejak kecil.

Anak akan balas jagaan ibu ayah. Tuhan akan menerima doa anak walaupun sudah meninggal ibu bapanya. Hargailah peluang membela dan menjaga mereka ketika masih kecik, kerana 20 tahun kemudian anak kita akan rangkumkan semua dan present pada Allah apa yg kita dah buat, dalam doanya.

Vaksin anak sekarang yg masih bayi, in shaa Allah dia membesar sihat, berjaya, terdidik, sampai masa nanti dia pula membalas jasa kita dengan meminta Tuhan menyayangi kita, lebih dari kemampuan dia.

Sudah sampaikah masanya rakyat malaysia pergi klinik bukan sebab sakit tapi sebab nak consult (minta pendapat) dengan doktor?

Wallahua3lam.
Vaksin adalah perkara yang baik ditolak, atas dasar kejahilan.
Allah tak marah kalau tak tahu, tapi Allah marah kalau orang beritahu tapi tak nak percaya.

Semua itu hidayah masing2.
I did my role, to remind people who happened to read this.

Moga Allah permudah urusan generasi anak2 saya.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …