Skip to main content

Dean's award

- bismillah -

Sejak tadika, saya tak pernah missed pergi majlis anugerah kecemerlangan. Sampai la lepas SPM. Alhamdulillah.

Sejak tu, saya dah tak pernah pergi...sob sob.

Tahniah pada sahabat2 yang dapat Dean's list, President's list...award itu ini.
Doakan saya hidup dengan cemerlang.
Dunia akhirat.
Amiin.

Renungan psychiatric rotation:
Kebanyakan pesakit mental yang saya jumpa, adalah mereka yang bijak pandai, terlalu bijak, tapi diuji dengan gangguan mental/peristiwa besar/tak terjangka, hingga mereka takleh study betul2 lalu gagal, lalu bertambah teruk tekanan yang dihadapi.

Saya mengaku, saya melalui fasa perubahan dari sebagai among top students kepada biasa-biasa...malah paling rendah markah dalam group pun pernah. Sakit, sedih, kecewa, tapi alhamdulillah, Allah izin masih waras.

Terlalu banyak kekecewaan lalu dan sekarang, tapi rahmat Allah masih mengizinkan kita belajar daripada pengalaman lalu. Allah masih izin kita stabil perasaan, mampu memujuk diri sendiri, namun nikmat yang paling besar dalam setiap ujian ialah apabila kita kembali kepada Tuhan. Digerakkan hati untuk baca quran, extra fokus dalam solat, dan doa2 yang kita nak sangat dimakbulkan. Itulah nikmat di sebalik ujian, apabila kita rasa memerlukan Tuhan.

Jika kamu bersyukur, Allah akan tambah lagi. Alhamdulillah, walaupun belum dapat dean list, masih banyak kurniaan Allah, malah tak akan pernah terhitung, hingga saya mampu menempuh rotation ke 10 untuk tahun 5 ini. Segalanya dengan izin Allah.

الحكيمُ

شرعه حكيم
أمره حكيم
قدره حكيم
فعله حكيم

كلُّ ما احصل في الارض اليوم
لحكمةٍ ارادها الحكيمُ جلّ وعلا

اسمٌ من اسماء الله عزّ وجلّ
ما اعظمَ هٰذا الاسم! لو ءامنّا به
وما اجملَ أثره لو استعرناه الحكيمُ

https://youtu.be/tQH1NkfLkmM

Tambahan update:
[CATATAN DHUHA]

Selalu kita susah hati apabila ditimpa musibah. Tetapi apabila kita fikir  hikmah disebalik musibah tersebut maka ia boleh memberi ketenangan. Berapa ramai di kalangan manusia yang kembali ke jalan Allah apabila musibah menimpa terhadap dirinya.  Waktu itu baru ia terfikir jika musibah tidak menimpa beliau, maka ia masih hanyut dengan dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Ustaz Hj Idris Hj  Ahmad 23 Jamadil Akhir 1437/ 1/April 2016 Jumaat.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …