Saturday, April 30, 2016

Sebab itu perlukan semua orang..

- bismillah -

Di utara, rakyat syria bergelut dengan serangan bom, tertimbus bawah runtuhan. Doktor2 juga meninggal apabila hospital diserang.

Di barat, pelarian bergelut dengan survival hidup. Dijentik agama mereka. Ditutup nafas mereka daripada kehidupan sejahtera.

Di timur, di negaraku, nampak macam tiada pergelutan, tapi rakyat bergelut dengan keangkuhan, kesombongan, kejahilan, akibat terlalu luas medan ilmu, hingga ramai yg sesat, sesat dlm menentukan siapa benar siapa salah, semua orang hanya nak menang kerana tekaknya, tiada pihak yang benar, melainkan diri sendiri.

Tak perlu menuding jari, cukuplah kau luangkan masa menganalisis sample size dari ribuan pengguna fb dlm komen2 post sensasi.

Pukul rata. Aku juga orang malaysia.
Aku juga hilang fokus, seperti mereka.

Apa kau nak buat dalam hidup ini supaya bermakna di mata Tuhan?
Menegakkan kepercayaan?, adakah perlu bertelagah?
Menyanjung ideologi?, adakah perlu merendah orang lain?
Mengembung poket sendiri, cukup makan anak bini, sebab itu kau tak kenal jiran sendiri?

Segi tiga maslow.
Apabila kita bergelut dengan prioriti paling bawah, kita tak akan pernah sempat fikir untuk memenuhi keperluan hidup di tingkat atas segitiga.

Itulah asasnya kenapa sebuah negara diserang.

So, apa nak buat sekarang?

Friday, April 29, 2016

Dream

- bismillah -

There is a post about searching for volunteers to cook for refugees in france.

Whoever interested will just have to pay the transportation cost only, the rest will be provided.

It will be during ramadan, during my semester break.

Peluang depan mata...nak join!

But then, timbang2 balik, seorang perempuan pergi ke tempat yg tak tahu status selamat ke tidak adalah haram bermusafir tanpa yg boleh melindungi.

Datang belajar ni pun kena banyak kali perbetul niat kenapa datang dan pilih jalan terbaik utk lepaskan diri drpd haram bermusafir tanpa mahram.

Who knows one day my honeymoon would be a medical charity visit to refugee camps, spending time together but for the benefits of many, plus dealing with hardship will usually reveals everybody's true color.

Who knows. Just dream.

Kepada anti vaksin yang mencari kebenaran

- bismillah -

Kecewa. Jika tak tahu, belajar lah untuk percaya orang lain. Jangan paranoid.

Bagi anak pakai helmet, seatbelt, car seat, tapi tak nak vaccinate.

Anda boleh nampak risiko kereta laju, terhantuk dashboard, terpelanting keluar, tapi anda tak boleh nampak kuman penyakit2 bawa kematian yang boleh dielak.

Cucuklah. Tawakkal. Bukan kena bayar pun (yg wajib).

Allah tak pernah aniaya dan zalimi sesiapa. Ibu bapa yang buat pilihan.

Come on, bukan selamanya kita nak anak bawah ketiak dalam rumah.
Suatu hari dia akan ke pedalaman, ke india, ke london, ke mekah, ke cape town, ke toronto, ke abu dhabi, ke vietnam, ke jeju island, anda nak tengok dia pergi tanpa imuniti? Dia akan bertemu orang yang bawa antigen macam2. Masuk tentera, pergi kem sekolah, bercampur orang ramai, semua tu mendedahkan risiko mendapat jangkitan. Hari2 badan kita dijangkiti dengan macam2 antigen bacteria, tapi kita tak jatuh sakit sebab badan boleh lawan. Some of penyakit yg dicipta vaksin, badan tak boleh lawan jika kena jangkit, sebab itu vaksin dicipta utk lawan separuh (kurang) daripada kekuatan full penyakit tu, supaya badan boleh bina imuniti.

Susah nak faham bab sistem imunisasi. Kami diajar kelas immunisasi semasa tahun 2 perubatan, selama 1 semester musim panas, 3 jam kredit kalau saya tak salah. Sebelum tu 2 tahun kami diajar pasal ilmu asas sains dlm medik. Jadi sebab itu, mudah untuk salah faham artikel2 di internet walaupun anda baca, kaji, highlight, search dan tulis sendiri...sbb pembelajaran perlu berguru dengan yang berkelayakan.

Masa takkan dapat diundur.
Jangan abaikan tanggungjawab memberi vaksin pada anak. Dia tak boleh pergi klinik sendiri, jadi dia mengharapkan ehsan dan kefahaman ibu ayahnya.

Wahai Tuhan kami, rahmati ibu bapa kami sebagaimana mereka menjaga kami sejak kecil.

Anak akan balas jagaan ibu ayah. Tuhan akan menerima doa anak walaupun sudah meninggal ibu bapanya. Hargailah peluang membela dan menjaga mereka ketika masih kecik, kerana 20 tahun kemudian anak kita akan rangkumkan semua dan present pada Allah apa yg kita dah buat, dalam doanya.

Vaksin anak sekarang yg masih bayi, in shaa Allah dia membesar sihat, berjaya, terdidik, sampai masa nanti dia pula membalas jasa kita dengan meminta Tuhan menyayangi kita, lebih dari kemampuan dia.

Sudah sampaikah masanya rakyat malaysia pergi klinik bukan sebab sakit tapi sebab nak consult (minta pendapat) dengan doktor?

Wallahua3lam.
Vaksin adalah perkara yang baik ditolak, atas dasar kejahilan.
Allah tak marah kalau tak tahu, tapi Allah marah kalau orang beritahu tapi tak nak percaya.

Semua itu hidayah masing2.
I did my role, to remind people who happened to read this.

Moga Allah permudah urusan generasi anak2 saya.

Thursday, April 28, 2016

IBS

- bismillah -

List makanan saya tak leh makan:
- pedas ie sambal, kuah kari
- masam ie tomyam kaw
- sardin/bilis/budu
- telur
- seafood
- berminyak/greasy ie keropok, cekodok

Huhuhu. Kalau xda choice, makan sikit ja. Or else, u'll suffer farhana.

Tuesday, April 26, 2016

Jaga diri

- bismillah -

Tak keterlaluan untuk saya pasakkan niat mahu terus belajar hingga ke peringkat seterusnya.

Supaya mereka yang bilionaire bisnes dan melancong sekeliling dunia tidak tergolong dalam list.

Sungguh tak compatible jika hanya satu pihak yang ada goal 'survive the hardship' dengan satu pihak yang 'skip the hardship'.

Saya hairan. Mereka yang terjebak dalam pergaulan bebas, berzina dan minum arak, tidak dihinggapi STD kah? Atau liver hepatitis mahupun cirrhosis?

Ah saya lupa. Sedang yang merokok juga masih tersenyum bangga.

Walhal paru2 nya menderita.

Disangkakan batuk berkahak pagi itu biasa.

Padahal, sudah berlubang salur paru2 (bronchiectasis), menunggu masa copd.

Ah, lebih malang, cell tumor dipuja kebangkitannya setiap hari. Suatu hari nanti, dia muncul, sebagaimana diseru, 3-4x sehari.

Begitu juga HIV, AIDS. Akan muncul di hari lemahmu, sesudah antibodi kau melemah. Saat itu, semuanya sudah terlambat.

Mungkin tanda rahmat Tuhan untuk ringankan azab di akhirat nanti, dengan beratnya menanggung derita HIV di dunia. Mungkin.

Moga Allah menjaga hamba2Nya daripada terjebak dengan kesenangan hidup bebas di dunia.

Mari, mencari hidayah Tuhan.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Buangkan kemahuan buruk.
Tanamkan keinginan mendekat dengan Tuhan.

Monday, April 25, 2016

Allahuakbar! Beri aku nafas!

For the first time i witnessed a patient facing life-threathening situation, in the ER.

It was hard to describe.

I last saw him when he was transfered to the hospital from the clinic ER. He was studying with his friends when he had  tachycardia, shortness of breath and cyanosed upon reaching the clinic ER.

And about hours later, after finishing my on-call and was resting on the bed at 12 midnight, i discovered about his death posted on fb.

May Allah bless him. Amiin.

***
Mari bersyukur.
Tarik nafas dalam2, dan rasai kenikmatan udara, masuk meresapi darah yang menyalut ruang2 peparu tanpa payah. Hidungmu, telingamu, malah kakimu serta segala anggota tubuhmu sampai udara dan darahnya. tak putih kecut, tak biru, tak sakit. Dan paling penting, kau tak perlu menjerit meminta diberi nafas tika ini...

Mari, bersyukur. Atas segala sesuatu.

Friday, April 22, 2016

orang alim yang OCD

- bismillah -

this entry pasal psychiatry, is about OCD, obsessive-compulsive disorder.

to simplify, penyakit ni macam bila seseorang tu obses dengan sesuatu perkara, tapi perkara tu salah, dia tahu dia tak boleh lakukan, jadi dia akan peluh2/resah gelisah sebab asyik terfikir2.
perkara yang tak boleh buat contohnya,
- ingatan / pemikiran (thoughts)
- urge (desakan, tekanan)
- images (gambaran),
tapi morally wrong.
contoh, seorang ibu, ada urge rasa nak bunuh anak dia, tapi dia tahu benda tu salah, dan dia sayang anak dia jadi dia tak sanggup nak bunuh, jadi dia akan resah gelisah. perasaan resah gelisah tu hanya akan hilang bila dia buat apa yang dia terfikir tu.

itu contoh extreme.

contoh biasa2 orang ocd, pasal kebersihan. dia terfikir, semua benda kotor / ada kuman, jadi dia akan buat sesuatu untuk hilangkan resah fikir pasal tu, jadi sebab tu lah dia pergi basuh tangan kerap-kerap, ada yang sampai basuh ayam dengan sabun.

tindakan yang dibuat utk menghilangkan resah gelisah akibat obsesi pemikiran itu, dipanggil compulsive. lazimnya berulang, dan memenatkan. tapi kalau tak buat, obsesi tu tak hilang malah akan menghantui pemikiran dia!

ada yang obses pada symetry, semua benda kena sama dan selari.

(OCD dan OCPD adalah perkara berbeza)

so, itu pendahuluan untuk ocd.

suatu hari, doktor A cerita pasal orang yang berzikir dengan penuh gerak dan kelihatan khusyuk.

dalam medik, kita tak boleh judge orang. orang bau arak, orang pakai serban, mereka tu datang sebagai pesakit dan memerlukan rawatan. background mereka, kita tak akan nilai, dan takkan bias.

so apa cerita dengan orang yg OCD pasal agama?

orang macam ni, dia akan ada thoughts (obsessive) yang berlawanan dengan kepercayaan dia.
kalau agama yang dia anuti tu kata Tuhan ada, dia akan ada thought, eh betulke tuhan ada?
macam2 thoughts lagi yang dia tahu salah, tak boleh dengar, tapi dia tak boleh nak dismiss the thought. fikiran dan soalan2 tu akan menghantui dia, sampailah dia buat sesuatu. (compulsive)
jadi orang macam ni, dia akan lebih mentaati agama, buat semua suruhan dan tinggal larangan, sangat2 taat, sebab untuk menghilangkan persoalan2 pelik dalam kepala dia pasal agama.

kalau zikir, zikir dia over.
so konsep lawak2 cakap, jangan kamu ingat orang yang zikir kiri kanan tunggang terbalik tu paling alim martabat tinggi, huhuu mana tahu dia OCD?

saya tak pandai nak hurai panjang. tapi konsep orang OCD ni, ada was-was, ada rasa tak senang duduk selagi dia tak buat sesuatu untuk hilangkan fikiran dia tu.

bahaya kan OCD ni? boleh gugat iman dan akidah, malah boleh trigger jalankan jenayah.
soooo. apa Nabi buat setiap hari?? :)
nabi pesan, kita kena baca 3 Qul. nabi baca pada banyak occasion. pagi, petang, nak tidur, lepas solat...kerap sangat diulang walaupun ringkas ja ayat2.

tapi yang saya perasan, semua itu minta perlindungan dengan Allah.
dalam surah al-ikhlas, kita tauhid kan Allah.
surah al-falaq, kita minta lindung daripada setiap jenis kejahatan.
dan dalam surah an-nas, kita minta lindung daripada was-was.

signifikan kan apa yang Nabi suruh ulang banyak kali? untuk menjaga dari daripada segala bentuk ujian dan cabaran hidup...termasuklah ujian psychiatry...

wallahua3lam.
jom perbanyak baca surah 3 Qul. :)

Tuesday, April 19, 2016

Jalan malam

- bismillah -

I looked up above, the sky here, cloudless as it always is,
There was a half moon, and a star by its side.
Shining brightly.

Am walking on the path, below them.
under the moonlight,
brightened. Enlightened,
But not because of the moon.
It is the sun that endlessly shining,
Day and night.

The sun gives her beauty to the moon,
The moon, beautify others who look at it,
The star, together, makes the surrounding sky astonishingly beautiful.

It doesnt matter who you choose to be:
The sun, the moon, or the star,
the sky and the earth need us all.
Shine, and beautify others! :)

Irbid, Jo.
After maghrib, spring season.
***

Jalan sorang2 balik rumah daripada jumpa adik2 usrah.
Dongak atas, ada bulan. Ada bintang. Dan sepanjang jalan, melalui lorong2 tepi rumah orang, jalan diterangi cahaya bulan. Tak terang sangat sebab bulan separuh.

Segala puji bagi Allah yang memberikan ketenangan alam apabila diselimuti malam, sesudah siang yang panas dan penat.

Alhamdulillah.

Di malaysia, saya takkan berani jalan sorang2 di neighborhood area...

Semoga Allah memberkati tanah syams dan penduduknya, semoga Islam terus menjadi nizom dan penghayatan di bumi ini.

اللهم احفظ بلاد المسلمين

سِيرُوا فِيهَا لَيَالِيَ وَأَيَّامًا آمِنِينَ
Ayat favourite peneman jalan :)

Sunday, April 17, 2016

Jawatan

- bismillah -

Selalu sangat kita nampak orang yang pegang jawatan tertentu, sebelum itu telah berusaha keras untuk mencapai tempat itu. Kita saksi dia bermula dari bawah, saksi kesungguhan dia etc.
Tapi, somehow,
Some people tak pernah kejar jawatan, tapi orang sentiasa nak bagi jawatan (baca: kerja) kepada mereka. These people pun bukan jenis orang yang tolak jawatan. So, most of the time, they are doing some social works apart their primary career.

And suddenly, i want to relate to this verse:

(وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ)
[Surat An-Nur 55]

via @QuranAndroid

Orang yang beriman dan beramal soleh, always Allah akan bagi tanggungjawab memimpin di bumi. Be it jawatan kecil or besar, ikut kemampuan orang tu.

I tak pandai nak tafsir lebih2. Hanya melalui makna perkataan. Maksud dan tafsir sebenar ayat, Allahua'lam.

I used to say to my friends yang nak bertanding pilihan raya, take note of this ayat, because menang atau tak sesuatu jawatan, you will always have to do the job menjadi khalifah, as long as ada iman dan amal. And somehow one of them dapat jawatan B tapi in the end sepanjang sesi dia kena buat kerja jawatan A, jawatan yang dia tak dapat sebelum tu.

What is chosen for you, wouldnt go to others.

Wednesday, April 13, 2016

Psychopath husband who abuses his wife

- bismillah -

Personality disorder, antisocial or psychopath. The people who belong to this group can be very charming, at the first time they meet new people. These people, are who people would easily fell for, from their good character.

But the good vibes we see are just superficial. They dont turn to be bad, but instead they become evil when their prey has fell to the trap.

As what i can relate when i read articles about marriage abuse. The husband is on trial at the court, smiling and standing firm on his feet that the wife is the one who has problem, or created the problem, his actions of kicking and hurting her are just - what he called as - reactions. So in his point of view, if the wife was good in the first place, there will be no such acts.

This is exactly how antisocial personality think, believe, and act! They do violate rules, cheating, dont care about right of others, have no pity on others, lack of empathy, and no sense of REMORSE over things they did.

Huh. Sociopaths are living with us, giving services, smiling, as charming as ever...to people who knows nothing about their true face. He/she may be married, single, our colleagues, the boss, the exec, the doctor, the patient...they can be anybody.

"It is all depend on your luck!" said Dr Ali.

Pray.

May our already-written spouse are among those who are blessed with good characters AND good mental health, inside and out, the faith servants of Allah with no OCD, and the list goes on...

P/s
Psychiatry is making me crazy-kan orang haha.
Nak tahu cerita orang alim yang OCD?
Sumpah lebih kurang sama scary dengan sociopath yg bermuka2...
Next post after exam. In shaa Allah.

Saturday, April 9, 2016

Exam Quran

- bismillah -

I
A goal worth struggling
is when you redefine winning
isnt the only thing.

Doakan me and my friends exam sabtu... What ever happen, may segalanya ada balasan kebaikan, tiada yang sia2.

(18:103,104,110)

II
"Saya ingat awak! Masa tamhidi..." Kata sheikhah penguji.

4 tahun yang lalu, hanya bertemu sekali.

Semoga di akhirat, ada kalangan ahli syurga yang Allah izin menyapa aku, i knew you before! Dan dengan izin Allah, moga aku juga boleh bertegur sapa dengan ahli syurga...yang saling merindukan di dunia, terzahir rindu yang terpendam di akhirat...

Amiin.

III
Ayah pesan, tawakal pada Allah.
Sheikhah juga pesan yang sama.

Inni tawakkaltu ala Allah.

Friday, April 8, 2016

Jumaat 8/4

- bismillah -

Tadi masa video call dengan mak, ada abang datang di belakang. Tiba-tiba rasa nak lari pakai tudung.

Adeh.

Patutlah. Dah setengah tahun tinggalkan rumah. Cepat sungguh masa berlalu...rasa baru saja cuti 2 bulan haritu.

Moga Allah memberkati masaku. Amiin.
Moga makin bertambah cemerlang.
Mak pesan, adik kena rajin sebab nak kerja dah!. Hehe

Esok exam quran. In shaa Allah. Moga Allah permudah.
Miss reem pesan, kita tak tahu ilmu mana yang akan jadi pemberat timbangan kita ke syurga, maka make the most of it, belajar selain daripada satu ilmu saja.

Semoga Allah mengkayakan hidup saya dengan penghayatan quran. Amiin.

Thursday, April 7, 2016

- bismillah -

Life is a struggle, a challenge to seek, not as obstacle to be avoided.

I challenged my self to fulfill my goals.

Spiritual goal
Academic/career goal
Family/relationship goal
Personal development/skill goal

Lai!

Motivating is like smiling, it soothes me and those around me.

I have to maintain writing. Because people who have mental illness will lose the ability to write...oh which i never thought of that before as a blessing.
#psychiatricrotation

Mari bersyukur with every single thing.

😁

Exam mutaqaddimah hari sabtu. Doakan Allah permudah dan diberkati semuanya.
May Allah bless my quran teacher, miss reem and miss abidah, an engineer... Alhamdulillah, learning quran from engineer...how cool is that to inspire me and you?

Kerja apa pun, tak ada label kau pandai quran ke tak.

Learn for the sake of Allah.
Learn for the sake of Jannah.

Moga Allah jagakan niat selalu. Amiin.

Wednesday, April 6, 2016

Ubat penenang

- bismillah -

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas segalanya.

Hari ni, 3 kali saya breakdown, atau bahasa mudahnya, menangis.

Pastilah ada sebab. Tapi sebab yang tak sepadan dengan tangisan.

Dalam bas, pergi dan balik hospital, dan malam lepas solat.

Inilah pms, simptom tak stabil yang melanda perempuan.

Malu juga, sampai kolek bas (tukang collect duit) tengok.

Tapi saya tahu, semua ini mengajar saya sesuatu.

Dalam sunyi dan di kalangan ramai orang, Allah sentiasa ada.

To live in a low mood, a sad face, is to trigger us to keep repeating astaghfirullah, asking for Allah's forgiveness, and to say prayers such as 'Allahumma inna nauzubika min alhammi wa alhazan' which means, oh Allah, i seek protection with You from sadness and worriness.

Keep saying and asking Allah to stop your tears...

In shaa Allah, after seconds, it will go away.

Your mind, your mood, will be okay. Relieved. Destressed.

Sebab Allah dah janji, jika sabar dan redha dengan ujian, Allah akan buka jalan dan kelapangan hati.

Jika keep asking why me, how could this happened to me?, maka dada akan makin sesak dan sempit, kesedihan akan berpanjangan...

Hari ni, belajar dalam seminar, berasa perubahan emosi menjelang period adalah normal. Yang TAK NORMAL adalah apabila hidup terjejas teruk, tak leh fokus kerja, nak marah orang ja tau, irritability sampai menjejaskan tugas dan fungsi seharian....

Itulah yang kena kawal.

Jika tak leh kawal emosi, makanlah ubat penenang. antidepressant namanya.

Semoga penenang kita bukanlah ubat...

Biar hati berbicara dengan istighfar, zikir, doa dan quran.

TAPI jika tahu tak mampu atau tak cukup dengan langkah conservative, mengambil ubat adalah wajib, kerana tanggungjawab seharian yang terabai akan disoal.
Apa yang melengkapkan kepada perkara wajib, adalah wajib itself. Macam wuduk, wajib jika nak solat.

So berubat dan berikhtiar cari kesembuhan adalah wajib jika sakit itu menghalang kerja, amanah2 dan tanggungjawab.

Marilah mengharmonikan
ubat dan amal.
Usaha dan tawakal.
Motivasi diri dan sokongan sekeliling.

Sunday, April 3, 2016

Pasangan yang setia dihari gelap

- bismillah -

Pentingnya memilih pasangan hidup yang soleh dan solehah.

Hari ni, di klinik psikiatri. Seorang wanita, datang bersama suaminya. Kami menemu ramah si suami yang sakit, lalu ditambah dan dilengkapkan history dengan cerita isterinya. Suami itu schizo, bahasa orang kampung ialah gila. (Tapi sebenarnya gila ni istilah umum...kaki shopping pun sejenis gila, huhu)

Berdasarkan cerita mereka, pengajaran yang saya boleh teringat ialah, peranan pasangan ketika salah seorang memerlukan... Itulah intipati perkahwinan. Staying by each other's side at times of difficulties. :')

Saya sebagai orang luar, hanya nampak green light untuk isteri minta fasakh. (Adehh). Tapi, mungkin kesetiaan pasangan itulah yang dikatakan, RAHMAH, perasaan sayang berbentuk belas kasihan yang tercipta dalam pasangan yang bernikah. SubhanAllah...

Banyak kisah hari ni. Anak dah ramai, kerja dah stable, tapi diuji dengan pasangan yang tiba-tiba berubah.

Ada pesakit yang hilang ingatan selepas bercerai dan anaknya 3 orang dibawa lari ke luar negara oleh bekas pasangan. Habis hilang ingatannya, sudah tidak ingat akan anak-anaknya. Kerja masih ingat, tapi tak tahu bagaimana nak melakukan tugasnya...
Kata doktor kepada kami, "kenapa pasangannya kejam sangat? Apa salah tinggalkan isteri dengan baik, beri rumah untuk dia tinggal bersama dengan anak2 (sebab si lelaki berkahwin lagi dan hidup bahagia di luar negara)..."
(win-win jika kedua2 pihak boleh bahagia)

Entahlah. Sebagai orang luar, dan sebagai doktor, hanya boleh mendengar, dan nasihat apa yang patut.

Di klinik surgeri dulu, seorang suami bawa isterinya yang sudah dibedah sebab kanser payudara.

Di klinik kulit, satu pasangan tua datang berpimpin tangan dan bertongkat...si suami yang risaukan keadaan kulit isterinya...walaupun sudah sangat berumur.

Dan sudah tentu di klinik sakit jiwa, terlalu banyak rahmat dan kasih sayang insani yang terzahir....

Tak salah pun jika pasangan berpisah jika bersebab kesihatan. Tapi itulah, Allah yang masih ikat pertalian mereka2 yang dapat bersabar.

Hanya orang yang ikhlas dan hati besar saja dapat mengharungi ujian sakit mental, sama ada pada diri sendiri, keluarga atau rakan.

Ada juga yang datang ditemani sahabat, ditemani abang... Malah ada ayah yang datang mengambil ubat untuk anaknya yang gila (ketagihan cannabis).

Kisah anak ini kasihan, kerana terlalu dimanjakan ibu! Ibu yang beri anaknya duit untuk beli dadah. Walau berkali-kali ayahnya larang, malah tanpa pengetahuannya. Malah hingga sekarang. Sudah terlambat untuk nak tuding jari siapa yang salah, kerana anak itu sudah bagaikan mayat hidup jika tak diberi dadah.

Si ayah jelas mukanya sayu. Doktor memujuknya, "saya faham, awak ayah, awak ketua keluarga...tak apa, biar saya yang cakap dengan isteri awak. Bawa dia ke klinik ini."

Benar, isterinya juga perlu di'rawat' kerana terlalu menyayangi si anak hinggakan tak nampak bahawa dia sedang memusnahkan anaknya.

Saya faham, si ibu pasti tak sanggup melihat anaknya ketar2, mabuk, mcm org gila apabila tidak mendapat dadah...tapi akibat daripada perbuatan memberi duit utk bekalan dadah, anaknya makin meningkat ketagihan! Setiap masa bagai orang gila kerana setiap masa perlukan dadah!

Doktor kata, seorang yang bawah pengaruh dadah boleh men'trigger' (memulakan) simptom ketagihan...dia buat gila sebelum betul2 gila sebab ketagih..kenapa? Utk dapat simpati...

So, banyaklah pengajaran dari kisah2 mereka yang diuji.

Banyak lagi nak cerita...

Friday, April 1, 2016

Dean's award

- bismillah -

Sejak tadika, saya tak pernah missed pergi majlis anugerah kecemerlangan. Sampai la lepas SPM. Alhamdulillah.

Sejak tu, saya dah tak pernah pergi...sob sob.

Tahniah pada sahabat2 yang dapat Dean's list, President's list...award itu ini.
Doakan saya hidup dengan cemerlang.
Dunia akhirat.
Amiin.

Renungan psychiatric rotation:
Kebanyakan pesakit mental yang saya jumpa, adalah mereka yang bijak pandai, terlalu bijak, tapi diuji dengan gangguan mental/peristiwa besar/tak terjangka, hingga mereka takleh study betul2 lalu gagal, lalu bertambah teruk tekanan yang dihadapi.

Saya mengaku, saya melalui fasa perubahan dari sebagai among top students kepada biasa-biasa...malah paling rendah markah dalam group pun pernah. Sakit, sedih, kecewa, tapi alhamdulillah, Allah izin masih waras.

Terlalu banyak kekecewaan lalu dan sekarang, tapi rahmat Allah masih mengizinkan kita belajar daripada pengalaman lalu. Allah masih izin kita stabil perasaan, mampu memujuk diri sendiri, namun nikmat yang paling besar dalam setiap ujian ialah apabila kita kembali kepada Tuhan. Digerakkan hati untuk baca quran, extra fokus dalam solat, dan doa2 yang kita nak sangat dimakbulkan. Itulah nikmat di sebalik ujian, apabila kita rasa memerlukan Tuhan.

Jika kamu bersyukur, Allah akan tambah lagi. Alhamdulillah, walaupun belum dapat dean list, masih banyak kurniaan Allah, malah tak akan pernah terhitung, hingga saya mampu menempuh rotation ke 10 untuk tahun 5 ini. Segalanya dengan izin Allah.

الحكيمُ

شرعه حكيم
أمره حكيم
قدره حكيم
فعله حكيم

كلُّ ما احصل في الارض اليوم
لحكمةٍ ارادها الحكيمُ جلّ وعلا

اسمٌ من اسماء الله عزّ وجلّ
ما اعظمَ هٰذا الاسم! لو ءامنّا به
وما اجملَ أثره لو استعرناه الحكيمُ

https://youtu.be/tQH1NkfLkmM

Tambahan update:
[CATATAN DHUHA]

Selalu kita susah hati apabila ditimpa musibah. Tetapi apabila kita fikir  hikmah disebalik musibah tersebut maka ia boleh memberi ketenangan. Berapa ramai di kalangan manusia yang kembali ke jalan Allah apabila musibah menimpa terhadap dirinya.  Waktu itu baru ia terfikir jika musibah tidak menimpa beliau, maka ia masih hanyut dengan dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Ustaz Hj Idris Hj  Ahmad 23 Jamadil Akhir 1437/ 1/April 2016 Jumaat.

Overnight changes

- bismillah - When i left malaysia for my study in jordan 6 years ago, i have nothing in my mind to worry for, except that it maybe the las...