Skip to main content

Psychiatry

- bismillah -

"Awak ada dengar tak... suara apa2 panggil awak?"
"Ada, dia kata pada saya...awak gila, (tapi) awak akan masuk syurga, (tapi) syurga tu tak pernah ada orang nampak."

Aku terkedu. Dia yang banyak cakap sejak tadi pun diam, lama. Bipolar disorder penyakitnya.

Soalan2 sebelum ni semuanya aku rasakan pesakit ini merapu jawapannya. Tapi, ada perasaan aneh bila aku dengar jawapan dari mulutnya itu tadi.

Kalau apa yang dicakapkan oleh pesakit tu benar, bagaimana?

Kasih dan rahmat Tuhan luas, tak pernah ada yang teraniaya. Pesakit tu tak minta untuk menjadi pesakit di hospital jiwa. Takdir dia begitu, pasti melimpah juga kurniaan Allah kepadanya, walaupun nampak dia seakan kekurangan 'nikmat' hidup.

Pesakit mental, adalah bukan insan mukallaf (tak tanggung dosa). Siapa kita nak judge bahawa mereka itu bukan siapa2...bahawa kita lebih baik dari mereka?

Hanya apabila kita bersyukur dan memanfaatkan nikmat akal dan kesihatan, maka situasi itu barulah lebih baik daripada situasi mereka. Waima jiwa dan diri, hanya Allah tahu siapa yang lebih baik dan terbaik dalam kalangan hamba-Nya.

Sungguh, jiwa para doktor dan jururawat yang ikhlas terjun ke bidang psikiatri dan menyantuni pesakit adalah jiwa sangat mulia! Hati perlu dijaga, jangan menghina mereka yang diuji. Kesabaran juga perlu dipupuk setinggi langit! Berdepan dengan insan ghairu mukallaf, yang jika mereka tersalah tidak berdosa, tapi kita yang sedar dan waras ini, menanggung dosa atas perbuatan yang salah dengan sengaja.

Semoga Allah merahmati mereka, para pesakit dan perawat mereka. Juga keluarga yang padu sokongannya.

Allah, jangan uji kami dengan ujian yang tak tertanggung.

Tahun 5 sekolah perubatan
Hospital Fuheis

Nota:
Seorang yang mukallaf adalah orang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya atas dasar orang tersebut sudah mencapai usia dewasa dan mempunyai akal (akil baligh) serta telah sampai seruan agama (Syariat Islam) kepadanya.

Orang yang tidak waras ataupun gila tidak tergolong dalam kumpulan orang mukallaf. Seorang kanak-kanak yang belum baligh juga bukan seorang mukallaf sehinggalah dia mencapai akil baligh. Seorang yang tinggal di suatu tempat yang tidak sampai syariat Islam juga tidak tergolong sebagai mukallaf walaupun ia yang sudah akil baligh.

Err..wiki je.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …