Monday, March 7, 2016

Epic ENT

- bismillah -

Tahun 5 pengajian bakal tamat 2 bulan lebih lagi. In shaa Allah. Tapi. I am suffering from a serious lack of motivation to study.

Pagi tadi pergi klinik, macam biasa, tak ada perasaan. Ikut flow ja, bas berhenti, naik dan duduk.

Bad sampai depan klinik. Turun bas. Jalan ke pagar klinik.

Tiba2,

Ada orang jalan dekat dari belakang.

Saya fikir, dia memang nak rush, mungkin pelajar juga. So malas nak biar dia jalan depan sbb me myself pun nak cepat.

Jalan sesak dan sempit sebab kena berselisih dengan kereta. So langkah macam terbehenti. Sedar2 that guy dah berdiri di sebelah, sama2 berhenti. Dah lepas kereta lalu, teruskan langkah. Dia pun sama. Sampai di berada di sebelah, seiring. Bukan sifat sayalah nak jalan sama2 sebelah2 dengan lelaki. So slowkan langkah, biar dia jalan dulu.

Eh, dia pun slow tiba2. I stopped. He stopped!

Tengok muka dia, muka pelik.

I ran and jerit "ah, pervert!!!" Lari ke arah kereta yang simpang siur sebab jalan sempit.

Dia masih pandang dan berjalan ke depan. Alamak, kereta banyak so memang kena tukar arah nak lari.

Dengan lajunya lari lintas depan dia semula, lariiiiii terkedek2 masuk dlm klinik! Zig zag kau aku lari.

Kerling dekat pagar, alaaa tak nampak pak guard la plak!

So lari panjat 3 anak tangga kecik depan pintu besar klinik, tangan pegang begpack sebelah sebab terangkat2 masa lari. Masuk dalam bangunan pun masih lari - cover sikit sebab ramai orang - sampai jumpa department klinik ENT.

What an epic entrance!

Masuk duduk dalam bilik seminar baru boleh tarik nafas.

Tiba2 rasa nak gelak. Ya Allah malunya. Tapi sumpah orang tu pelik!

Adrenaline rush. Senyum dan gelak2 dengan kawan yg join lari. Apa kita buat tadi wei....

Itulah kisah orang yang tak bersemangat di pagi hari. Terus panas enjin. Masuk klinik pun positif.

Doktor buat lawak sket terus dah teringat, ah pervert! Padahal doktor tak salah pun nak buat lawak (haha).

P/s awak arabia ke almenia? Luls. Muka jerman kah saya? Bukan arab, Malaysia, saya jawab. Ooo almenia...doktor cakap sambil sengih. Me? Terus hilang sengih. Doktor pun terkejut with my response. Hehe minta maaf la doktor, phobia dengan lelaki zzz luar tadi habis semua orang kena tempias.

No comments:

Post a Comment

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...