Friday, February 12, 2016

Senyum

- bismillah -

I - Majlis Grad

Saya dah biasa pergi majlis grad senior. Semua yang pakai jubah akan disalami dan diucap tahniah, dan mereka berterima kasih kerana datang meraikan, walaupun mereka tak kenal, malah adik2 datang sebab lain.

Lagipun, adabnya, bila ucapkan tahniah pada A, tak rugi ucap tahniah juga pada B yang di sebelah.

Ajaibnya bila kita salam kakak2 grad sebab hormat, mereka appreciate macam bukan sekadar sbb menghormati.

Kadang, akhlak kita dengan orang tak kenal ialah akhlak kita yang sebenarnya.

Dan semalam saya pergi majlis grad adik junior.

Rasa nak salam semua yang pakai jubah grad! Tapi, ya, segalanya berbeza.

Bila orang meraikan kita, beradablah sebaiknya.

Feeling kecik masuk dalam tanah.

Mungkin situasi ini untuk saya reflect, ikhlas ke aku pergi raikan grad orang kalau nak dibalas senyum?

Then i walked home perplexed.

Senyum kepada manusia tu sedekah dan pahala untuk diri, orang nak balas senyum atau tak, itu urusan pahala untuk diri mereka.

Kakak2 abang2 senior, santunilah adik2. Kalau mereka pelik kita senyum dengan mereka, mungkin itu kali pertama senior menyedari kewujudan mereka, mungkin senior lain yg tak kenal menghiraukan kehadiran mereka.

II - musim grad, mak ayah dan family akan datang ke sini dari malaysia. Menjadi kebiasaan, bila berselisih akan bertegur sapa, senyum, dan bila ada peluang akan bersalaman.

Dan saya melawat mesir cuti hari tu.

Kebetulan ramai yang grad, jadi banyak ahli keluarga yang datang. Pergi tempat2 pelancongan, kerap jumpa rombongan melayu.

Tak seharmoni ketika bertemu melayu di irbid dan di transit lapangan terbang.

Kami berselisih bagai tak kenal.

III - malaysia

Bagai berada di malaysia.
Tak mudah kita nak lemparkan senyum pada random people.

Itulah senario bila dah ramai. Kita create our own comfort zone. Tak rasa keterikatan sebangsa seagama.

Sungguh, nilai menjadi minoriti dan golongan yang sedikiti itu tidak sama value nya dengan tergolong dalam kalangan yang ramai.

IV
Alah bisa, tegal biasa.
Jika janggal untuk bermula, at least belajar untuk balas sapaan.

Rujukan untuk saya supaya menyantuni orang yang santun.

2 comments:

  1. yes masa saya kat jepun dulu, bila jumpa je orang malaysia rasa macam nak melompat excited..lain benar keaadan bila kat malaysia walaupun terkepung dlm bilik yg sama tapi tak bertegur sapa

    ReplyDelete

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...