Skip to main content

Getting married: Tempoh bertunang > New perspective

- bismillah -

Post ni bukan pasal saya nak buat pengumuman atau apa2.

Sekarang dalam rotation saraf (neurology). Ada satu tajuk, penyakit2 saraf sejak lahir (congenital neuro defects).

Dalam rotation2 yang lalu, sakit puan (O&G), kanak2 (paediatrics), juga ditekankan penyakit2 saraf yang terjadi sejak lahir.

Otak dan saraf tunjang kita, tercipta sejak awal kehamilan. Berbeza dengan perpisahan jari jemari dan fungsi paru2, di akhir2 kehamilan barulah terjadi.

Neural tube ialah laluan saraf yang utama menempatkan saraf otak dan saraf tunjang. Terbuka pada awalnya, lalu dibalut lapisan-lapisan tisu dan kulit, pendek kata ialah tercipta dengan cara tertutup dari tengah. Analogi sebuah zip, dari tengah menghala ke dua penghujung atas dan bawah. (Neural tube closure)

Paling tengah, ketika usia janin ialah 25 hari. Kemudian barulah bahagian bawah tertutup. Jika berlaku apa2 kekurangan dalam tempoh ini, maka akan berlaku 'kecacatan' pada bayi. Contoh, jika bahagian atas - otak kecik/ kepala kecik, bahagian bawah - spina bifida, meningocele/ myelomeningocele (saraf tunjang tidak berada di tempatnya dekat tulang belakang dan dapat dilihat di bahagian pinggang bayi)

Tempoh masa 25-28 hari, selepas itu sudah tiada apa2 dapat dilakukan kerana tempoh menutup neural tube telah tamat. Jika seseorang ibu kekurangan Folic Acid, maka proses penutupan laluan saraf ini akan terjejas - tak tertutup dengan sempurna. Ada kes, tiada apa2 ketumbuhan/ perkara yang jelas di belakang badan bayi sewaktu lahir, tapi apabila dewasa akan menunjukkan simptom saraf apabila sarafnya 'cekang' (tethered cord syndrome) (spina bifida oculta).

Lazimnya, seorang ibu yang pertama kali mengandung (dan tidak tahu status dirinya apa yang kurang) hanya akan pergi berjumpa doktor selepas sebulan tidak datang haid dan mengesyaki mengandung. Lebih serius ialah ibu2 yang tidak mempunyai haid teratur setiap bulan dan lewat mengetahui dirinya mengandung. Kerana, apabila berjumpa doktor selepas sebulan, vitamin dan supplement yang diberi sudah tidak dapat membantu mereversekan kejadian kecacatan yang telah terjadi. (Tapi dapat membantu perkembangan seterusnya).
Sementara ibu2 yang sudah mempunyai anak2, sudah boleh agak bila mereka mengandung dan tahu status kesihatan diri, jadi mereka mungkin akan berjumpa doktor selepas 3 bulan.

Doktor menerangkan, kejadian kecacatan saraf ini dapat dielakkan dengan cara ibu diberi kesedaran untuk menjaga kesihatan dirinya. Pastikan tahap Hb berada 10 ke atas, B12 dan FA juga perlu diperiksa. Dalam kajian epidemiology, insiden kecacatan saraf ini dikaitkan dengan tahap sosioekonomi yang rendah, iaitu berkait dengan zat makanan dan diet ibu, serta tahap celik ilmu dan kesedaran. Doktor menceritakan bahawa ibu bapa yang berpendidikan dan berkemampuan akan tahu untuk berjumpa doktor sebelum mengandung lagi, untuk membincangkan dan mendapatkan konsultasi pra-kehamilan.

Saya tak pasti bagaimana dan di mana untuk berjumpa dengan doktor untuk konsultasi pra-hamil, tapi saya percaya, klinik2 desa, klinik2 kesihatan awam, apatah lagi klinik doktor pakar sakit puan dan keluarga, pasti ada ruang untuk kita pergi berjumpa dan meminta konsultasi. Ambil darah dan cek kesihatan secara menyeluruh. Dalam masa 3 bulan terapi zat2 yang kurang, anda sudah ready untuk mengandungkan zuriat yang in shaa Allah dapat dielakkan komplikasi.

-Hb atas 10
-Fa dan B12 normal
-Jantung okay (congenital heart defect paling banyak dikesan waktu hamil huhu sebab jantung kena kerja lebih barulah tahu dia ada lubang etc)
-Tekanan darah terkawal
-Gula dalam darah terkawal
-Thyroid
-Dan lain2 yg berkaitan (tak ada penyakit warisan, penyakit berjangkit)

Buang stigma hanya orang mandul perlukan peperiksaan sebelum mengandung!

So. Waktu bertunang, sudah perlu fikir untuk tahu status kesihatan diri. Selain prepare fizikal hari nikah, fizikal kesihatan diri juga perlu dipersediakan. Apatah lagi persiapan ilmu dan mental. Pengalaman akan menyusul.

*Jika anemia, waktu bersalin akan rasa kesannya jika berlaku bleeding...nauzubillah.

Ini sekadar usaha2 mengurangkan penyakit yang boleh dielakkan. Tahu dan baiki status kesihatan ibu dari awal sebelum hamil. Banyak komplikasi boleh terjadi pada bayi jika ibu tidak menjaga kesihatan. Jika ibu terlebih gula (diabetes yang tidak dikawal), maka bayi juga akan merasa kesannya. Bayi akan bersaiz besar (boleh cedera ibu dan bayi ketika bersalin), mintak simpang terencat akal. Dan banyak lagi kesan lain.

Penafian: tulisan ini tidak boleh dijadikan hujah rasmi untuk rujukan dan sandaran. kerana ini hanya kumpulan ilmu yang saya dapat dan diringkaskan tanpa penerangan yang paling detail, mungkin berlaku salah faham atau tidak sampai maksud.

Apa saya nak cakap ialah, do pre-conception consultation. Jika anda suami, bawa isteri cek darah. Jika nak anak awal, huhu cek la awal2 sebelum kahwin. 3 bulan terapi, dah boleh get ready dan bertawakal.

Kerana nabi berbangga dengan generasi umat beliau yang ramai, dan anak2 yang sihat akan membantu menjadi orang yang memberi manfaat pada masyarakat dan mempertahankan agama. Ibu mana nak tengok anak hidup susah/ dibuli/ tidak terurus dan perlu bergantung pada orang sekeliling.

Apa2pun, jika takdir telah tertulis, anak2 yang 'kekurangan' ialah anugerah syurga buat ibu bapa yang sabar. Asalkan tidak cuai menjaga kesihatan diri sbelum mengandung lagi, kalau tak itu balasan. Lagipun, jika sudah berusaha melahirkan anak2 yang sihat, usaha itu in shaa Allah mendapat pahala walaupun anak2 lahir 'kurang sihat'.

Allah tahu.
Dan apabila diberi ilmu pengetahuan untuk mengelakkan masalah masa depan, bukankah perlu bersyukur dan ambil peluang amalkan?

So. Jika ada mentaliti dan kesedaran tanggungjawab melahirkan zuriat sihat dan berkemampuan untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi, jangan berhubungan seks sebelum masanya... (Nauzubillah daripada zina sebelum kahwin)

Moga Allah lindungi kita daripada ujian tak tertanggung.

Renung2kan dan selamat beramal ^^

So, kalau nak bertunang, minta tempoh bukan saja sebab nak prepare duit haha..'si fulanah minta tempoh 3 bulan supaya dapat habiskan ubat tambah darah/ vitamin sekian2..' Lol nganga bakal mak mertua dengar menantu bersemangat waja.

P.s Ajaibnya, 'mereka' dan 'bayi mereka' sihat. Kuasa Tuhan yang memberi peluang dan ruang memohon keampunan kepada setiap hamba-Nya.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …