Friday, January 22, 2016

Terima.Kasih

- bismillah -

Terima kasih, kerana terlalu baik.
Menghiris walau tumpul.
Membina walau musnah.

Aku telah tersalah langkah,
Saat aku buka hati,
Saat aku berharap lagi,
Walau kecewa itu pasti.
Walau sebelum itu kemas terkunci.
Walau mereka yang baik aku ragui.

Air mata ini sia2.
Jodoh bukan milik kita.

Aku akan terus menyokong kamu,
Walau manusia mencemuh kamu.
Baik yang dari kamu, moga tidak mendatangkan kejahatan dari ku.

Allah sangat menyayangiku.
Jatuh cinta dengan orang yang benar.
Andai ditakdirkan dengan orang yang salah,
Pasti cinta ini disambut dengan nafsu.

Terima kasih,
Aku terima, dan aku kasih,
Terima kasih kepada Tuhanku,
kerana nafsu tidak menyambut cintaku!

Cinta yang disusuli tanggungjawab, bukan sekadar perkahwinan.
Tanggungjawab yang disusuli cinta,
Hanyalah perasaan semata.

Persamaan tak menjanjikan cinta.

P/s jangan judge saya. Saja2 tulis. Bila belajar medik, crush tu tanda kau normal libido. Haha. Kalau tak ada perasaan pada lain jantina, ada ketidakseimbangan hormon lah tu. Aiyo. Lagipun tu fitrah.
Perasaan, jangan disusuli fitnah (ujian). Saya berterima kasih kepada Tuhan, bersyukur dikurniakan perasaan. Senyum, kerana dunia saya makin menuju pengakhiran.

No comments:

Post a Comment

Perempuan berkalung serban

- bismillah - Because i believe marriage is about growing each other's potential, Creating independence over dependence, Tolerance, p...