Thursday, January 14, 2016

End of O&G

- bismillah -

Hari ini tamat exam, end of round O&G. Ahad depan mula rotation baru pula. Ophthalmology.

Beberapa minggu yang lepas, saya 'diuji' hehe hingga setiap minit menangis.

Tapi Alhamdulillah, everything is cured now.

Begitulah. Tak semua yang saya nak saya akan dapat. Kadang, susah juga nak terima kekurangan diri, tapi bila fikir, Allah tak pernah jemu untuk terima submission kita to Him.

Jaga diri, untuk hari paling bahagia, hari bertemu Allah.

Lebih baik daripada dunia dan isinya.

Jom berdoa, moga beroleh segala kebaikan hidup di dunia dan akhirat. In His definition.

Saya suka detik2 study sebelum exam. Allah yang izin segala kefahaman. Nangis, lapar, mengantuk...alangkah ruginya seksa diri di dunia ini untuk study jika end result hanya nak result, hanya nak grad.

Think study as our ibadah too. Bekal nak bawa mati.

Banyak dugaan, malas, sejuk, nak browse internet, nak tengok video masak...

Saya terfikir, bagaimana laa nanti nak study jika dah berkeluarga sbb saya suka buat kerja lain / loss focus bila kena study... sampai rasa, only under Allah's will barulah boleh duduk di meja study. Without Him, I am nothing. Zzz.

Tapi, Allah sentiasa tolong hamba Dia yang minta tolong dengan-Nya. Keep seeking Him for help and guidance. Kerana kita manusia selalu mudah lemah dengan dunia.

Entering 23 y/o, saya rasa ramai orang fokus kahwin. Terima kasih mak dan ayah sebab tak pernah beratkan kepala saya pasal ni. Saya bersyukur, bila baca luahan adik2 yg mak ayah bagi hint suruh kahwin dan diorang risau. My parents Alhamdulillah tak pernah desak. I hope nanti2 pun jangan pernah. Sebab mereka cool, everything dalam dunia ni dalam aturan Tuhan. (May Allah bless my parents).

Cuma ayah kata, tumpu satu2. Balancekan akademik, keluarga, anak etc. Jangan yang digendong keciciran... (oh lupa peribahasa!)
Mak kata, janganlah cari yang lebih muda. Eh.

Smile. Sebelum 23, saya pernah berangan begitu begini. Sekarang Alhamdulillah kanvas saya kembali putih bersih. Tiada sesiapa untuk saya coretkan angan. It is better this way. Tak pernah tahu rupa2nya sangat bahagianya bila berjaya buang harapan dan admire-ness pada orang lain jantina. Sekarang I feel more contented..moga tak diuji dengan keserabutan fikir pasal manusia yang tak ada kaitan.

'When you think less, you meet less'. Trust me.

Macam dah lari jauh post ni.

Well, nak cerita, punya pening kepala dan mengantuk waktu stay up, saya 'nampak' makhluk putih berdiri sebelah saya. Hehe sabor je lah. Macam mimpi tapi tengah duduk atas kerusi mengadap buku. Terus rasa: Allah, I need You untuk teman study please...!

Tu je kot. Moga Allah berkati. I enjoyed my 5th year O&G round very much. Markah tak keluar lagi. Moga beroleh markah yang buatkan saya bersyukur. Amiin.

Pray for my success dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment

Bila kita akan kembali

Hanya pada Allah tempat kita bergantung. Jika ditakdirkan kita hilang segalanya dalam dunia ini, atau kita yang menghilang, maka harta duni...