Tuesday, January 12, 2016

anak keluar tinggal luar dari rumah

- bismillah -

Kepercayaan.

"Ada di mana tu? Kelas ke?" Tanya ayah.
Mak segera jawab, "Eh, tak pakai tudung tu takkan ada di luar rumah..."

Anak yang mendengar, sejuk dengan kepercayaan ibu ayah. Terima kasih atas didikan. Dan kepercayaan.

Suatu hari, adik junior bertanya,
"Kak, tak apa ke kita datang sini belajar jauh2? Sedangkan keluar musafir tak ada muhrim tu kan tak boleh."

Saya teringat jawapan dari Dr Uqlah Ibrahim ketika ditanya soalan seperti ini suatu masa dulu.
Saya buat kesimpulan setelah mendengar jawapannya, bahawa dengan niat musafir yang baik, persekitaran yang terjamin keselamatannya, yakin tiada mudharat yg diketahui, maka dibenarkan.

Jika, melepaskan anak/tanggungan ke tempat yang terang2 membahayakan, maka dosa la kot, sbb tak jaga amanah dengan baik.

Bahaya perlu di ambil kira bukan dari segi keselamatan (nyawa) saja, malah perlu merangkumi semua aspek maqasid syariah. Agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, perlu dipastikan terjamin.

Jika, anak/tanggungan kita tak diyakini pegangan agamanya, di rumah pun tak diterapkan puasa dan solat, tutup aurat ikut majlis, dan kita melepaskan pula tanggungan kita itu ke tempat yang bebas, bukan negeri islam yang mampu memberi pengaruh yang kuat, negara barat yang banyak cabaran untuk melaksanakan islam, maka ibu bapa itu kena fikir banyak kali.

Berada di luar pantauan ibu ayah, solatkah anak itu?
Makan minum mudah didapati?
Keselamatan sosialnya?
Hartanya terjagakah di tempat baru di luar rumah nanti?

Tak pergi oversea pun, nak biar anak masuk universiti/kolej di bandar besar pun, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anaknya selamat...(maqasid2 tadi).

Wallahua3lam.

Barulah tak timbul isu pergi makkah kena ada keluarga teman, pergi travel boleh pulak dengan kawan2?

Kerana perkara benar dan batil itu sering dipukul rata bagai putihnya gula dan garam.

Jadi anak2, nak bebaskan mak ayah daripada bebanan 'dituduh' tak jaga anak dengan baik, maka jagalah maqasid syariah tadi. Bila terjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, in shaa Allah tiada hujah ke atas ibu ayah kita kenapa membiarkan anak2 meninggalkan rumah.
Trust. Believe. And faith.

Semoga Allah sentiasa memelihara dan menjaga para penuntut ilmu dalam rahmat-Nya, meredakan kerisauan ibu ayah dan mengizinkan anak2 berbakti kepada ibu ayah tanpa keberatan. Amiin.

***
Kerana menjadi ibu ayah itu,
adalah menjadi 'guru' kehidupan,
supaya ilmu kehidupan itu dapat diamalkan,
bukan selamanya ibu ayah menjadi pengurus minum makan,
Kita hanya memberi bekal,
Sepanjang separuh usia perjalanan.

Ibu ayah, hanya kurang 2 dekad untuk mendidik anak2 dan memberi bekal supaya mereka bertahan untuk memacu kehidupan hingga dekad ke enam.

Berat kan tanggungjawab menjadi ibu ayah?

Jadi jangan ambik ringan.

Selamat mendirikan rumah tangga buat yang sudah 2 dekad kehidupan.

Bekal yang diberi oleh keluargamu, ialah bahan asas memasak bekal buat anakmu kelak.

Dalam quran,
Sebaik2 bekal ialah taqwa.

:)
Banyak kaitannya,
Bekal, taqwa, asuhan ibu ayah, pendidikan menjadi ibu ayah, apa yang ibu ayah perlu fokus, apa matlamat ibu ayah membesarkan anak2, apa hikmah Allah suruh bina keluarga, apa yg boleh relate dengan islam,

Semua tu kena fikir: the purpose of life, the purpose of marriage, the purpose of raising children, for islam and akhirat.

Jika tak serius begini,
Maka kahwin hanyalah episod hidup.
Menyusu hanyalah tanggungjawab ibu dan hak anak.
Hantar sekolah ialah servis untuk melahirkan anak bijak.
Tangis untuk didiamkan.
Luka untuk dirawat.
Hingga terlupa, ibu bapa perlu menunjukkan pelajaran di sebalik tangis dan luka si anak.
Pengajaran kehidupan.

Jangan fikir hanya mahu melahirkan jasad tanpa pernah fikir mahu menghidupkan jiwa.

Kita sedang membina karektor, bukan kareer anak.

Zzz.
Summary:
Biarlah anak duduk atas lantai, beratur panjang bersesak beli makanan, berpanas, bersusah, they are learning how life is!

No comments:

Post a Comment

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...