Friday, January 1, 2016

1/1/16

- bismillah -

Saya ingatkan, sakitnya perasaan itu adalah segalanya, sampailah saya nampak gambar2 pelarian, saya rasa jiwa saya yang karat ini tak perlu dilayan. Moga Allah izinkan saya jadi doktor yang beriman dan bermanfaat kepada agama dan umat islam. Saya nak kerja di relief centres. Sebelum tu, fokus utama sekarang ialah ILMU, kelulusan, kemudian barulah boleh beramal dengan sah.

Mungkin, tak salah jika mengangankan hidup selamanya di rantau orang.

Saya bukan berputus asa untuk membina keluarga, tapi, kesibukan menjauhkan saya daripada angan-angan dan sedih. Kesibukan menjadikan solat saya lebih bermakna. Quran saya, qiyam saya, hadir 'rasa' nya ketika sibuk.

Suatu masa, keluarga saya ialah bukan sekadar alir darah yang sama. Semua yang beriman dan berakhlah mulia, akan saya jaga mereka semampunya. Terutama dari segi bantuan kesihatan dan sokongan moral.

Kepada muslimah yang berusaha jadi solehah, jaga niat kerana Allah. Jangan pernah jatuh hati pada sesiapa pun sebelum nikah. Apatah lagi yang bertepuk sebelah tangan. Banyak lagi masalah ummah yang kita perlu fikir.
Kerana,
Kamu akan berkali-kali sakit.
Di setiap stage kehidupannya. Hinggakan di hari kematiannya, kamu akan sakit kehilangan walaupun tak pernah memiliki. Apatah lagi di hari nikah, berbulan madu, bersalin, bercucu, bergraduasi...

Jaga dan tutup hati. Usir perasaan. Jika tidak proaktif, hentikan angan dan harapan. Jika proaktif, ambil jalan menuju nikah, tanya kesudiannya.

Kerana Allah maha mengetahui masa depan, masa lalu dan masa sekarang.

Tahun baru, bermakna makin dekat menuju kematian. Moga Allah ampunkan dosa2 saya.
Doakan.

Bismillah. Alhamdulillah. Selamat datang 2016 dengan kebaikan dan rahmat Allah. :)
Hari ni salji di Jordan. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Overnight changes

- bismillah - When i left malaysia for my study in jordan 6 years ago, i have nothing in my mind to worry for, except that it maybe the las...