Skip to main content

Pertolongan yang dibalas syurga

- bismillah -

Alhamdulillah. 

Hari ni belajar, pentingnya memasang niat.

Niat nak buat kebaikan, akan ada peluangnya. Niat lah nak bersedekah, Allah bukakan jalan. Niat nak beri pertolongan, Allah hadirkan orang yang akan memerlukan pertolongan. 

Dalam keadaan yang kita tak sangka. 

Saya terbaca hadis,
Ahli neraka pergi jumpa ahli syurga...dia pernah menolong ahli syurga itu sewaktu di dunia, maka dengan izin Allah ahli syurga itu menolongnya pula di akhirat dengan izin Tuhan melalui syafaat. 

So, bayangkan kita keluar jumpa manusia hari2, kita tak tahu siapa masuk syurga siapa pula masuk neraka. Diri sendiri pun tiada jaminan. Maka buat baiklah dengan semua. Be 'rich' and help others. Rich: kaya budi, kaya bahasa, kaya ilmu, kaya senyuman... 

Ikhlas ialah tidak meminta apa2 balasan daripada sesiapa. 

Kerana kita dididik oleh islam bahawa balasan hanyalah daripada Allah. Ada yang dapat sejak di dunia, tapi yang pasti, hari akhirat ialah hari mendapat balasan baik dan jahat atas apa saja yang kita buat. 

Hari perhitungan
Hari pembalasan
Hari orang mukmin bergembira! Hanya mukmin. Dan hanya gembira. Tiada duka. Tiada dengki. 

Kata pujangga, orang yang tidak mempunyai apa2 tidak akan mampu memberi. 

Jadilah kita orang yang memberi,
Bermula dengan mencari. 
Dan menjadi.

Semoga Allah merahmati hari-hari kita. 
Melangkah, menapak, di alam yang pasti ada penghujung. 
Semoga kehidupan dan kematian kita baik-baik saja dan dalam rahmat Allah. 

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …