Skip to main content

Maulid Nabi

- bismillah -

Sebab kepada cinta:
Fisik
Jasa
Maknawi 
Fitrah 

Jika mencintai, 
Maka banyak mengingat,
Ingin mendekat,
Mahu mengikut,
Berkorban untuk mendapatkannya. 

Rugilah cinta jika tidak memberi manfaat kepada kehidupan dunia dan akhirat

Mencintai Allah, 
Menghidupkan hati,
Memberi sinar pada hati

Mencintai Rasulullah, 
Adalah perintah Allah. 
Kerana tidak beriman jika tidak mencintai Rasulullah melebihi manusia lain

Tidak ada yang paling bermanfaat kecuali mencintai Allah dan Rasul-Nya

Cinta manusia,
Jika tidak diikat dengan cinta Allah dan rasul, maka itu malapetaka. 
Cinta kerana dunia akan pudar dan hilang ketika dunia itu telah hilang. 

Orang yang saling berkasih sayang kerana dunia, kelak pada akhirat akan saling bermusuhan antara satu sama lain. 

Cinta yang bermanfaat

Sekuat-kuat tali iman, ialah cinta kerana Allah, benci kerana Allah. 

Cintai sesuatu itu
kerana sesuatu itu dicintai oleh Allah,
kerana ingin dekat dengan Allah,
Maka itu cinta yang bermanfaat untuk hati kita dan itulah kehidupan kita,

Di dunia, cinta ada batasannya. Melainkan mencintai Allah. 
Cinta kepada Allah ialah cinta yang disertai dengan pengagungan. 
Tiada kepada makhluk. 
Ambil iktibar kaum Nabi Saleh yang menjadikan orang soleh kalangan mereka sebagai sembahan. 
Juga kerana terlalu cinta. 

Kita mencintai Allah, makin taqarrub dengan Allah. Makin taat ibadahnya. 

"Bagaikan lautan yang tiada pantai"
Kita mencintai seseorang, bukan pastinya dia memiliki cinta yang sama, kerana setiap manusia adalah berbeza. 
Hanya cinta Allah yang berbalas. 

Siapa yang mencari redha Allah, tapi manusia marah kepadanya, maka Allah cukupkan dia daripada manusia. 
Siapa yang mencari cinta manusia, dengan mengorbankan keridhaan Allah, maka Allah serahkan dia kepada manusia dalam keadaan tidak ditolong oleh Allah, tidak akan diperhatikan oleh Allah...

Cinta manusia adalah "bagaikan lautan yang tiada pantai"
Tak akan pernah ada habisnya. 
Maka yang terpenting ialah adalah Allah mencintai manusia...

Sumber: youtube Ust Abu Yahya Badrusalam

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …