Skip to main content

I am happy for you!

- bismillah -

Suatu hari, Ahmad bawa seguni emas. Dia terlalu gembira hingga seguni emas itu rasa ringan bagai kapas. 

Dia singgah ke rumah Dolah. Dolah ialah tokay emas. Dia ada 40x ganda lebih banyak guni daripada Ahmad. 
Teka reaksi Dolah kepada Ahmad?

Kemudian, Ahmad singgah rumah Tipah. Tipah ini mami jarum, iaitu orang yang suka pakai barang kemas dan apa saja yang emas. Teka apa reaksi Tipah?

Balik dari rumah Tipah, Ahmad terserempak dengan Ali. Ali baru kalah judi. Teka apa reaksi Ali?

Dan akhirnya Ahmad pulang ke rumah. Dia bertemu ahli keluarganya. Dia ceritakan semua reaksi orang yang dia pergi jumpa dan terjumpa tadi.

Dolah senyum. 
Tipah mula buat baik. 
Ali tanpa lengah memeras ugut. 

***
Apa yang kita ada, tak semua orang boleh kongsi perasaan kita. 
Orang yang ada lebih, dia mungkin pandang rendah. 
Orang yang kurang daripada kita, mungkin dia rasa nak juga, dengki. 

Itu harta benda. 
Samalah juga dengan bahagia. 

Gantikan emas dengan 'bahagia'. Siapakah Ali dan Tipah dalam kehidupan ini? Ajaibnya dengan 'bahagia', Dolah akan berubah menjadi orang yang tak akan pernah memperlekehkan orang lain. 

Kerana,
Bila kita dah ada bahagia dalam hati, kita akan bahagia dengan kebahagiaan orang lain. Tiada apa yang perlu dicemburui. 

Itulah kisah hari ini. Seorang rakan groupmate lama datang dan dekati saya. 
"Awak! Ingat tak dulu saya selalu dapat markah rendah?"
"Ya...kenapa?" Saya membalas tercengang. Muka dia nampak berseri. 
"Tahun ni saya dah dapat markah tinggi!" Dia sebutkan nilai markah exam yang dia dapat. 
"Wow! Ma shaa Allah!" Tak tahu nak puji apa dah. Kalau perempuan boleh peluk. Hehs. 
"I have done better this year. Bittaufiq. Good luck to you." And he parted good bye. 

Terfikir. 

Saya tak pernah tahu muka saya ni boleh jadi tempat dia share happiness. 

Kita tak pernah tahu apa nilai kewujudan diri ini. Senyum. Jadi, hargailah diri sendiri. :)

Dan saya rasa, bila saya rasa happy untuk dia tadi, perasaan itu lebih happy daripada waktu dapat markah sendiri. 

Tak rugi pun untuk bahagia. 

Cuba bayang kalau saya bersikap Tipah dan Ali? 
Pasti kawan tadi kecewa.....

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …