Thursday, December 3, 2015

Bus chat

- bismillah -

Kalau tgk senarai archive, tahun 2015 inilah paling banyak saya post di blog. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi saya akan terus menulis, kenangan, walaupun saya tak reveal 100%, supaya indahnya hidup ini dan naik turunnya dapat dikongsi. Saya tahu, isi tulisan saya takkan boleh angkut masuk kubur, tapi moga segala kebaikan, inspirasi, doa yang kalian lakukan, ada sahamnya dari apa yang dibaca. 

So hari ni, naik bas pergi hospital luar bandar. Bas lompat2. Intergrate masuk dengan masyarakat arab. :)

Saya dah cerita bab gentlemen dan qowwamun ala nisa dlm post di facebook. 

Hari ni punya kisah pula. 

"Shukran." Saya ucapkan kepada yang duduk sebelah saya sebab share tempat duduk. Bas sesak dan padat. 
"Dia cakap apa?" Tanya seorang perempuan di tepi tingkap kepada rakannya yang di sebelah saya. 
"Dia kata terima kasih."
"Oh, kau tahu cakap arab?" Dia tanya dengan muka terkejut. 
"Haruslah...hehe" sengih. 
Dia angguk. 
Diam sepanjang perjalanan. Dia sembang dengan kawan lain. 

Lepas tu saya pindah duduk seat lain bila penumpang2 lain dah turun. 

"Bas ni berhenti depan hospital eh nanti?" penumpang sebelah tanya. Lebih kurang la soalan dia. Tak ingat. 
"Haah." Saya balas. Seronok pula bila dia tak judge pun saya non-arab ke tak tapi dia relax saja ajak converse. Feeling diterima. Tak macam tadi. 
Lalu saya beranikan diri, senyum, tanya, "kau nak pergi mana?" 
"Aku nak pergi hospital."
"Oh...memang bas ni last sekali dia akan berhenti depan hospital pun." Aku ketawa. Sbb muka dia risau bas tak berhenti depan hospital. 
Bila dah sampai depan hospital, dia tanya lagi bas ni nak lalu depan bangunan klinik (belakang hospital) tak? Aku jawab tak lah kalau dah terang2 bas dah uturn untuk berhenti tanda dah habis route ni. Haha.
"Aku tak nak turunlah kalau bas ni tak lalu depan klinik." Dia buat lawak. Kami ketawa lagi. 
"Oklah jom turun..." aku tamatkan sengih. 
"Jom2."

Mudah sangat dia mesra dengan non-arab macam aku. Terima kasih sebab ceriakan hari ni. Pagi2 sebelum masuk hospital lagi. Alhamdulillah. 

Benda simple, tapi it made my day. 

Dan aku baru discover, aku suka bersembang dengan orang. Hehs. 

"Jangan pandang rendah pada kebaikan walaupun kau bermanis muka dengan orang lain." Hadis. 
Apatah lagi buatkan orang gembira. 

Balik rumah dah nak masuk maghrib. Too tired. Call mak. Mak pun tanya, penat ke? Saya mengaku. Saya penat mak...

Tapi Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya. Moga Allah terus make my day with His blessing. Amiin. 

1 comment:

  1. teruskan menulis kerana saya pembaca setia blog ini . Banyak manfaat tambah2 lagi bila penulis sentiasa mengajak untuk pandang lebih jauh iaitu vision akhirat . :)

    ReplyDelete

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...