Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

A weeping lady that stopped a crying girl. Esakan yang menghentikan tangis

- bismillah -
Alhamdulillah. 
Hari ni, saya berjalan membawa awan mendung yang boleh turunkan hujan bila2 masa saja. Saya berjalan pantas, kerana berjanji untuk bertemu dengan seseorang. Pertemuan itu tiada kaitan dengan kesedihan ketika itu.  
Sedih saya disebabkan tekanan apabila orang mempersoalkan kredibiliti dan keputusan saya. Marah campur sedih. 
Takdir Tuhan, saya berselisih dengan seseorang. Dia juga berjalan laju. Dari arah hadapan. Wanita arab. Dia sedang menangis. Teresak kuat. Sambil memandang telefon bimbit di tangannya. 
Oh Tuhan, hilangkan sedih dia!
Serta-merta, sedih saya hilang. Air mata surut sebelum mengalir. 
Benarlah, apa yang kita doakan untuk saudara semuslim, kebaikannya turut tertempias kepada si pendoa. 
Allah maha besar.  Kalau kita sakit, dia mengizinkan sakit yang terbaik, mampu kita tanggung.  Kalau kita sedih, Dia sentiasa aturkan jalan supaya kita terpujuk.  Kalau kita ditakdirkan untuk terluka dengan sesuatu perkara, luka itu terhiris dengan wasilah paling lemb…

Pertolongan yang dibalas syurga

- bismillah -
Alhamdulillah. 
Hari ni belajar, pentingnya memasang niat.
Niat nak buat kebaikan, akan ada peluangnya. Niat lah nak bersedekah, Allah bukakan jalan. Niat nak beri pertolongan, Allah hadirkan orang yang akan memerlukan pertolongan. 
Dalam keadaan yang kita tak sangka. 
Saya terbaca hadis, Ahli neraka pergi jumpa ahli syurga...dia pernah menolong ahli syurga itu sewaktu di dunia, maka dengan izin Allah ahli syurga itu menolongnya pula di akhirat dengan izin Tuhan melalui syafaat. 
So, bayangkan kita keluar jumpa manusia hari2, kita tak tahu siapa masuk syurga siapa pula masuk neraka. Diri sendiri pun tiada jaminan. Maka buat baiklah dengan semua. Be 'rich' and help others. Rich: kaya budi, kaya bahasa, kaya ilmu, kaya senyuman... 
Ikhlas ialah tidak meminta apa2 balasan daripada sesiapa. 
Kerana kita dididik oleh islam bahawa balasan hanyalah daripada Allah. Ada yang dapat sejak di dunia, tapi yang pasti, hari akhirat ialah hari mendapat balasan baik dan jahat atas apa saj…

Kisah

- bismillah -
Saya pernah menulis impian.  Sebuah cerita dongeng.  Siapa sangka, cerita itu menjadi realiti! Cuma watak heroinnya, lain berganti. 
Dan saya masih menulis cerita impian.  Tanpa meletakkan watak.  Tanpa setting masa.  Tanpa plot.  Saya hanya menulis pengakhiran cerita. Kerana itulah intipati kenapa cerita bermula. 
*** Untuk setiap langkah yang kita mulakan, fikirlah apa pengakhiran yang diharapkan. 
Biar pendek, biar panjang, Atau kisah itu langsung tidak berlaku, Paling kurang,  Pengakhirannya sudah ada. 
Dan pastilah, pengakhiran terbaik dan hakiki yang kita mahukan. 
Bismillah. Tawakkaltu alaa Allah.

Maulid Nabi

- bismillah -
Sebab kepada cinta: Fisik Jasa Maknawi  Fitrah 
Jika mencintai,  Maka banyak mengingat, Ingin mendekat, Mahu mengikut, Berkorban untuk mendapatkannya. 
Rugilah cinta jika tidak memberi manfaat kepada kehidupan dunia dan akhirat
Mencintai Allah,  Menghidupkan hati, Memberi sinar pada hati
Mencintai Rasulullah,  Adalah perintah Allah.  Kerana tidak beriman jika tidak mencintai Rasulullah melebihi manusia lain
Tidak ada yang paling bermanfaat kecuali mencintai Allah dan Rasul-Nya
Cinta manusia, Jika tidak diikat dengan cinta Allah dan rasul, maka itu malapetaka.  Cinta kerana dunia akan pudar dan hilang ketika dunia itu telah hilang. 
Orang yang saling berkasih sayang kerana dunia, kelak pada akhirat akan saling bermusuhan antara satu sama lain. 
Cinta yang bermanfaat
Sekuat-kuat tali iman, ialah cinta kerana Allah, benci kerana Allah. 
Cintai sesuatu itu kerana sesuatu itu dicintai oleh Allah, kerana ingin dekat dengan Allah, Maka itu cinta yang bermanfaat untuk hati kita dan itulah kehidupan kita,
Di…

Sembang bulatan maulidur rasul

- bismillah -
"Sempena maulid nabi, Nas, awak nak berazam nak hidupkan sunnah nabi yang mana satu?" Kak A tanya. 
Nas jawab,  -"saya nak puasa hari putih..." 
Dan N jelaskan kelebihan dan keistimewaan berpuasa dengan panjang lebar. Puasa hari putih ialah puasa 3 hari berturut2 pada 13,14,15 haribulan hijrah setiap bulan. 
Next, giliran orang2 di sebelah Nas yang jawab. 
-Nak usaha bangun qiyam. -Nak kurangkan bercakap benda tak perlu.  - ada yang kongsi pasal Nabi tak ketawa berdekah - dan banyak lagi..
Dan tiba2 ada sorang jawab, 
-Nikah... sunnah Nabi yang dia berazam nak buat.
Semua orang ketawa. Hehe. Salah cakap ke?
Too good to be true...

Obstetrics and Gynaecology 1

- bismillah -
:)
I am currently in my fifth year school of medicine. Alhamdulillah. 
It has been a month and a week since i entered O&G rotation. There are 3 weeks left before the end of rotation exams, which are Osce and miniOsce. 
At first, tak best pun. Lama2, jatuh cinta. 
Apa2pun, cinta lagi dalam bidang paediatrics. And i met paeds doctors in obstetrics wards everyday... :) and of course cute neonates since their 1st moment of lives. I have seen deliveries and i cant describe the relief that everybody in the labour room feel when a baby is born! And crying!
Doktor o&g sibuk bedah perut, dr paeds relax saja tunggu tepi. Hehe. Dr anaesth lagi laa tunggu lama. But kesian la one of my patient lambat sedated, and she was moving her legs when the doctor incised her abdomen...luckily they managed that situation quickly before going to far, the nurse stopped the doctor from continuing his work, nurse marah doctor hehe, and after waiting for a while, doctor bising2 to doctor anaesth, t…

Hamm hazan dan sakinah

- bismillah -
Esok pergi hospital askari. In shaa Allah. Moga tahun 5 adalah lebih baik daripada tahun2 sebelumnya, di sisi Tuhan. 
Naik turun adalah perkara biasa. Yang penting, kena tabah dan tenang. Kena syukur dan sabar. 
2T 2S
Dan hari ni saya dapat satu perspektif baru, Kalau tak kenal hamm dan hazan (kesedihan), kita takkan menghargai sakinah (kebahagiaan). 
So farhana, jangan jadi budak2!
Saya mengaku, diari saya banyak coretan yang bila saya baca semula, saya akan menangis. 
Tak apalah, hanya Allah tahu. Semoga saya berjiwa besar untuk berdepan dengan cabaran. 
Dan penting juga,  Threshold memasing tak sama. Ada orang perkara kecik pun rasa berat, ada orang perkara besar pun rasa ringan. 
Kuatkan iman dan pergantungan dengan Allah. 
Sheikh Solah kongsi,  Nak rasa cantik kena rasa Allah sedang melihat diriku. 
Bila rasa Allah tgk kita, maka automatik kita rasa nak perindah akhlak, nak jaga kebersihan, nak optimumkan segalanya menjauhi apa yang Allah tak suka. 
Macam kita awkward bila orang ten…

One day

- bismillah -
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. 
Bila fikir kenyataan ini, hidup akan tenang. Kita tak risau kesudahan hidup sebab memang akan ada penamatnya. Cuma kita tak tahu bila. Tapi penamatnya tetap ada. 
Sambungan di akhirat. 
Cuma kita perlu menjadi seadanya. Jika diberi kesempatan untuk hidup di fasa ini, maka mainkan peranan yang sepatutnya. Dari menjadi anak, bertambah peranan menjadi ibu, dan seterusnya, hingga hari bertemu Tuhan. Hari itu pasti akan tiba. Penamat segalanya. 
Pada hari bertemu Allah nanti, segalanya adalah lebih baik daripada segala yang baik di sini. Keburukan akan berganti kebaikan. Kesedihan akan terpadam. Ketakutan akan terhapus. 
Allah sentiasa ada perancangan terbaik untuk hamba-Nya.
Hari bertemu Allah itu pasti akan berlaku. Sabarlah. Sikit lagi.

Berdebar

- bismillah -
Ya Allah. Hanya Allah saja yang tahu perasaan ini. 
Tak lama lagi dah nak masuk tahun 6. In shaa Allah. Lebih kurang setengah tahun saja lagi. 😂 kesat air mata. 
Tanpa keizinan dan petunjuk dari Allah, tidak lah saya bernafas udara tahun 5 ini.  Allah.  Hidup tak senang, tapi Allah sentiasa ada memberi rezeki dan petunjuk menempuh jalan sehari-harian.  Bila masa muda ini saya rasa kuat dan tak ada masalah untuk jalan jauh dan laju, saya akan teringat, nikmat sihat dan muda ini akan kembali pada Allah juga suatu hari nanti. At least, saya harap saya dah guna sebaiknya apa yg Allah bagi pinjam ini. Nanti dah tua moga tiada sesalan. 
Muda, sebelum tua. 
So, saya sangat berdebar nak menempuh hari esok. Masa depan terletak di bawah kuasa Allah. Saya hanya mampu usaha dengan bantuan-Nya, dan bertawakal. 
Mati itu pasti.  Jadi doktor, in shaa Allah. 
Mampukah nak jadi doktor HO yang cemerlang? Doktor MO yang excellent? Doktor pakar yang faqih? Allahuakbar. 
Moga jalan ini ialah jalan yang Al…

Bus chat

- bismillah -
Kalau tgk senarai archive, tahun 2015 inilah paling banyak saya post di blog. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi saya akan terus menulis, kenangan, walaupun saya tak reveal 100%, supaya indahnya hidup ini dan naik turunnya dapat dikongsi. Saya tahu, isi tulisan saya takkan boleh angkut masuk kubur, tapi moga segala kebaikan, inspirasi, doa yang kalian lakukan, ada sahamnya dari apa yang dibaca. 
So hari ni, naik bas pergi hospital luar bandar. Bas lompat2. Intergrate masuk dengan masyarakat arab. :)
Saya dah cerita bab gentlemen dan qowwamun ala nisa dlm post di facebook. 
Hari ni punya kisah pula. 
"Shukran." Saya ucapkan kepada yang duduk sebelah saya sebab share tempat duduk. Bas sesak dan padat.  "Dia cakap apa?" Tanya seorang perempuan di tepi tingkap kepada rakannya yang di sebelah saya.  "Dia kata terima kasih." "Oh, kau tahu cakap arab?" Dia tanya dengan muka terkejut.  "Haruslah...hehe" sengih.  Dia angguk.  Diam sepanjang perj…

The spilt coffee

- bismillah -
We entered a room previously used by the 6th years students. And there was this strong familiar aroma around. It smells like, coffee! Yeah, there was a coffee stain on the table, and some on the floor. It really was a mess. I think it should be called as a puddle of thick coffee spill. 
I was mumbling slowly. Busuklah. Sapelah tumpahkan. Bla bla bla.  And so did other students, they were commenting on the after-effect of the spill. 
Somehow.........

My friends did something wonderful today. Lowering their ego.
They clean up other people's mess. 
One of them mopped the floor with 30 pairs of eyes watching! M.o.p. which i dont know from where did he get it!
He cleaned up the freshly spilt coffee - stain on the floor which has a very strong odour due to its high concentration.  And taraa - no stain, no smell. 
Kalau dia tak buat kerja tu, maknanya sepanjang discussion akan bincang dalam aroma kopi yang menusuk. 
And, i teringat my ayah sebab ayah selalu buat kerja mengemop lantai.…

I am happy for you!

- bismillah -
Suatu hari, Ahmad bawa seguni emas. Dia terlalu gembira hingga seguni emas itu rasa ringan bagai kapas. 
Dia singgah ke rumah Dolah. Dolah ialah tokay emas. Dia ada 40x ganda lebih banyak guni daripada Ahmad.  Teka reaksi Dolah kepada Ahmad?
Kemudian, Ahmad singgah rumah Tipah. Tipah ini mami jarum, iaitu orang yang suka pakai barang kemas dan apa saja yang emas. Teka apa reaksi Tipah?
Balik dari rumah Tipah, Ahmad terserempak dengan Ali. Ali baru kalah judi. Teka apa reaksi Ali?
Dan akhirnya Ahmad pulang ke rumah. Dia bertemu ahli keluarganya. Dia ceritakan semua reaksi orang yang dia pergi jumpa dan terjumpa tadi.
Dolah senyum.  Tipah mula buat baik.  Ali tanpa lengah memeras ugut. 
*** Apa yang kita ada, tak semua orang boleh kongsi perasaan kita.  Orang yang ada lebih, dia mungkin pandang rendah.  Orang yang kurang daripada kita, mungkin dia rasa nak juga, dengki. 
Itu harta benda.  Samalah juga dengan bahagia. 
Gantikan emas dengan 'bahagia'. Siapakah Ali dan Tipah dalam ke…