Thursday, November 5, 2015

winter ke-5

- bismillah -

Sebenarnya saya tengah cuti, walaupun dalam round forensic. Sbb round tiga hari saja, lepas tu end of round exam, lepas tu hari yang berbaki sebelum masuk next round ialah hari cuti.

Jadi, duduk rumah sajalah. Luar hujan. Sejuk.

Jadi surirumah. Laundry, masak, vacuum. Bergh. #siscuba
Bila hidup jauh dari mak ayah, barulah tahu nak bertanggungjawab dalam hidup. Manusia ni bukan rajin sangat pun, tapi bila dah tanggungjawab, or something yang nak tak nak kena buat, maka kerja tu jadi ringan. Hehs.

So hari ni testing basuh comforter! Kita tengok apa nak jadi.

Itu summer punya comforter. Winter comforter ada bawah katil lagi. Yg tu hantar dobi sebab 8 kg. Guna waktu peak winter saja.

Tahun lepas tak guna pun winter comforter tu, atau bahasa arabnya panggil hirom. Jadi, tahun ni boleh kot testing nak jual?

Sebab tahun lepas guna layers of wool blanket dengan comforter biasa, sbb tidur bawah hirom 8 kg rasa macam patah tulang........

Itulah alkisah musim sejuk. Padahal duduk kampung dulu tak pernah  terfikir pun semua ni.nak selimut pun malas. Pakai stokin bulu2, sweater, wol blanket, keluar asap, heater bagai....yang saya tahu, saya nak study oversea lepas sekolah. Cara hidup saya tak pernah fikir. hehe. Tahu nak menonong datang ja. Tambah bila apply jordan, mana pernah tahu negara ni negara 4 musim celup. Semua musim ada tapi sikit2. Alhamdulillah. Tak extreme mcm di europe us uk.

Memandangkan tak ada kereta sendiri, student kan, jadi kena naik pengangkutan awam. Bus. Kalau naik teksi, serius cakap duit biasiswa tak cukup huhuhu. Melainkan kau jenis orang tak menabung utk tiket balik malaysia setiap tahun. Ikut lah memasing cara nak guna duit. Nak senang lenang kat sini, naik teksi panas tak payah jalan redah hujan dan jalan berlopak dan tak kena simbah kereta, boleh je, tapi duit emergency nak beli tiket tak ada...atau time semua orang balik msia kau stay kat sini....choose.

Yang nak kahwin, tunggu duit gaji baru nak himpun huhu.

Tiba2 cakap pasal duit. Tengah cerita pasal winter ni.

Lagi satu, winter boleh buat orang murung. Sbb tak ada matahari. Ma shaa Allah, cahaya matahari bukan untuk pokok dan photosynthesis saja tau! It is like a secret lover yang buat kau happy hari2. Kau saja tak tahu~

so bila dah murung ni, kerja pun lembab, study pun mengantuk, cepat stress dan rasa nak makan most of the time.

Dulu zaman saya kaya, saya 'sambut' winter dengan jaket baru. Haha. Sekarang, hurmm dah insaf. Kena cari cara lain.

Dulu dapat 500, sekarang tak sampai 400. Boleh bayang tak bagaimana gaya hidup harus berubah demi simpanan hari2 menganggur?

Mesin dah bunyi. Malam ni tidur dengan comforter wangi!

No comments:

Post a Comment

Catatan ramadan 1438H #4

- bismillah - So, right there in front of the kaabah i was standing as a poor girl. No phone, no money, nothing. I only had a bottle of zam...