Tuesday, November 17, 2015

Jiwa besar

- bismillah -

Mak selalu pesan pada anak2nya supaya sentiasa berjiwa besar dalam hidup. 

***
Tadi ketika berdiri di tingkap dapur, nampak abu firas (jiran) tingkat bawah. Muka dia gloomy. Dia sedang bersalam dengan tetamu yang datang ke rumahnya. Tetamu tu peluk dia lama. Aku perhati lama juga dari tingkap dapur. Mungkin, ummu firas dah meninggal?

Ah, sedih. Sebab mereka belum islam. Dan aku tak tahu nak ucap apa dalam bahasa arab. 

***
Waktu dalam perjalanan, waktu duduk dalam kelas petang tu, waktu solat maghrib, aku rasa Allah sangat dekat. 

Dan bila balik rumah, aku berperang lagi dengan nafsu. 

***
Ada syabab (pelajar lelaki) di kedai runcit tu. Ramai la jugak. Dah masuk waktu qarar. Takkan aku nak cakap, teman saya beli ayam boleh?

***
Ni tulisan kak fasya. 

Dan benda yang sama yg aku pegang sejak dulu, kalau Allah sayang kita, semua makhluk di dunia ni pun sayang kita. 

Seek Allah, and dunia akhirat dtg dekat kau. 

Tapi tulah, nak kemudi hidup ni kena berjiwa besar, sebab setiap fasa hidup ada cabarannya. 

Muda, akan tua. 
Hidup, akan mati. 
Senang berselang dengan susah. 
Untung, selang dengan rugi.  
Bijak, ada masa dia kureng juga. 

Albi, jangan bolak balik. Allah is near, feel it with your heart. Get out of this darkness. 

No comments:

Post a Comment

Random dreams

- bismillah - Alhamdulillah. Allah izin masuk ke tahun baru hijrah. To cut short, here is my list of dreams yang worth dreaming...nak capa...