Saturday, November 28, 2015

Bukit, basikal dan kebebasan.

- bismillah -

Bukit, basikal dan kebebasan.
Apabila melihat bukit batu yang kontang tanpa pohon,
apabila berlaku peperangan, kecoh dengan gugusan bom udara, di bukit batu yang luas itu ke mana hendak mencari tempat sembunyi?
Apabila merasa laju menderu angin, turun melajak dari atas bukit tanpa kayuhan, aku tersedar, pernah menjadi anak kecil yang gembira menunggang basikal, melepas tangan tanda kemegahan, tidak pernah risau dan tiada takut yang menyelebungi, tapi tika dewasa ini kenapa kayuhan bermula dengan bagaimana jika terjatuh?
Dalam kelapangan, kadang tiada kebebasan.
Dalam kebebasan, kadang tetap ada bahayanya.
Dalam bahaya, kadang tiada risau.
Cuma yang mendominasi pandangan adalah hasil daripada kerisauan.
Biar sempit biarpun lapang,
Pastikan ada kebebasan, kerana kebebasan yang akan memberi ruang untuk membesarkan jiwa.
Dont worry too much. Just pray.


No comments:

Post a Comment

Selamat hari raya aidilfitri 1438H

- bismillah - Alhamdulillah. Tahun ni beraya di kampung halaman dengan mak dan ayah. Bertiga sahaja. Hehe. Ok lah kadar kemeriahannya wala...