Skip to main content

senja irbid

- bismillah -

Alhamdulillah. 
Kelas 9 pagi hingga 12.30 tgh hari. Keluar sejam awal dan pulang sejam lewat. Lebih kurang. 

Makan tengah hari. Solat zuhur. Study. Tidur. 
4 lebih. Bangun. Solat asar. Masak untuk makan malam serumah. 
6 pm. Keluar rumah sebelum maghrib (6.15pm). 

Saya rasa saya tengah emosi tak stabil. Sambil masak pun sedih. Hampir nak menangis. Dalam kelas okay, tapi perjalanan pergi dan balik mula rasa tak happy. Stress kah saya? Oh ya, exam lagi dua hari. Huhu. 

So, menapak la saya ke masjid untuk solat maghrib. Ada urusan di tempat lain, singgah ke masjid. Jika sengaja mahu ke masjid, elok lagi solat di rumah. Terpulang pada situasi masing2.

Berjalan. Rasa hanya kuasa Tuhan yang menggerakkan langkah. Saya sungguh rasa kosong di tiup angin. 

Saya jalan hanya tunduk bawah. Bukan alim atau warak, tapi sungguh tak ada semangat. Entah kenapa hati ini rasa kosong dan memberontak untuk diisi. 

Ada dua orang akhowat jalan depan saya. Mereka juga sedang berjalan ke masjid. Saya tidak menegur mereka dan membiarkan mereka jalan ke depan. Seketika, azan pun berkumandang. Usai azan, saya mengangkat tangan membaca doa selepas azan, doa memohon maqam mahmudah kepada Nabi, moga nanti di akhirat Nabi memberikan syafaat kpd umatnya ini, dengan izin Allah. Sebak. Dalam sedih dan murung tanpa sebab ini, hati masih teringat bahawa fokusnya adalah syurga. Air mata hampir menitis, tetapi tiba2 saja kawan yang berjalan di depan tadi menegur mesra. Dia sedang menunggu di pintu masjid. Tersenyum kepadanya, membalas tanya khabar, dan air mata itu hilang tidak sempat mengalir. 

Dan dengan takdir Tuhan, dalam solat maghrib itu tadi imam membaca surah fussilat ayat 30-35. Saya tahu ayat tu walaupun tak hafal. Saya pernah baca maknanya. Serta merta, saya mengaku dan percaya bahawa Allah maha dekat kepada setiap hamba yang mencari-Nya. 
(Bacalah maknanya). 

Alhamdulillah. 

Tiada daya dan kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah. 

Semakin saya isi hidup dan hati dengan dunia, semakin hazan dan khauf (sedih dan takut) itu mendominasi pemikiran. 

Setakat sekarang, saya sedang mencari punca kepada emosi tak stabil ini. Mungkin soal jodoh. Saya belum pandai mendidik hati dan peribadi. Jika tidak tentu saya tak jadi macam ni. 

Moga Allah permudah urusan jodoh saya. Doakan yang terbaik. 
:)

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …