Skip to main content

Reflections on Forensic 5th year rotation

- bismillah -

Repair your relationship with Allah, He will repair everything. 

Hati dan jiwa ni perlu sentiasa alert dan peka, bahawa Allah itu Tuhan kita. Sentiasa ada, involve dlm segala aktiviti kita. 

How to achieve this constant rememberance? With zikrillah. 

Zikir dgn lafaz. 
Zikir dgn ingatan. 
He is watching, hearing, knowing. 

Dlm bahasa arab, zikr Allah itu pun bermaksud 'ingat kepada Allah'. 

Dlm bas, gantung dekat pokok, ada saja tulisan 'la tansa zikrullah' yg bermaksud, jangan lupa zikrullah, jangan lupa ingat Allah. 

Itulah suasana sini yang sentiasa mengetuk iman. Alhamdulillah. Moga farhana tak sedih2, tak ingat dunia lebih dari akhirat, tak ingat kepada manusia lebih daripada Tuhan. Amiin. 

Well, today is my first day for forensic rotation. Dua autopsi sempat tgk hari ini. Segalanya hanya aku adu pada Tuhan. 

Bila baca slide, apa yg jadi dekat badan kita bila kita mati, sayu dan sebak sbb tahu kita takkan terlepas daripada perkara fitrah itu. Physiology selepas mati. Perubahan warna kulit, apa yang berhenti berfungsi dan kesannya, kenapa sendi keras...dan banyak lagi norma seorang mayat.
Melainkan jasad2 yg Allah izinkan tidak berubah physiology nya atas kuasa-Nya. 

Huhuhu. Jadi doktor ni, bukan hanya bagi manfaat kepada yang hidup, tapi juga berbuat manfaat kepada yang telah meninggal. Moga terus tabah dan cekal untuk menuntut ilmu perubatan. 

Moga sentiasa dalam rahmat Allah. 
Moga direzekikan kecukupan hanya bergantung pada Allah. Amiin. 

#reflection utk forensic rotation, 
Jangan buka aib/perkara yang tak best pasal jenazah,
Selalu doakan utk husnul khatimah,
Dan paling penting bila baca slide dan berdiri tepi peti ais.....
Jangan takut melainkan hanya pada Allah! 

Huhuhuhuhu. 

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …