Skip to main content

Along, acik rindu.

- bismillah -

Along, acik rindu. 
Rindu pada masa yang kita luangkan,
Nasihat yang mengetuk iman tapi penuh sinar harapan,
Perhatian dan kesabaran waktu acik perlukan. 

Along, acik belajar untuk melihat kekuranganmu sebagai ruang untuk mendidik ukhwah ini. 
Apatah lagi segala kelebihanmu. 
Semuanya mengajarku bahawa, kasih Allah itu sangat dalam dan meluas, diterjemahkan melalui manusia. 

Along, Acik rindu lontong. 
Rindu untuk pulang ke kampung, 
Pada pagi hari raya di sini. 
Along tak kecik hati walaupun acik pakai tak labuh. Acik risau along tak boleh terima dengan pakaian itu sebenarnya. Hehe. 
Terima kasih menerima seadanya. 

Along tunjukkan jalan keluar kepada masalah acik.
Saat itu acik masih buntu. 
Saat orang lain mendesak, along memberi ruang. 
Along kata tak apa kalau tak bersedia lagi. 
Kalau betul ikhlas mahu, mereka akan menunggu. 
Kalau sekadar mengisi tempat kosong dalam hati, 
Mereka sudah ada pengganti. 

Masa itu dunia sangat lapang dan mententeramkan. 
Hingga sampai masa acik diuji dengan prinsip sendiri. 
Acik cari along lagi. 
Along masih senyum, yakin dengan pilihan acik. 

Satu petang itu, sejam lebih along tunggu acik datang. 
Kalau acik di tempat along ketika itu, dah lama acik pulang. 
Sekarang apabila menunggu adik2 acik yang lambat datang, acik sentiasa ingat qudwah along. 

Kata along, naqibah yang baik akan melahirkan naqibah yang lebih baik daripadanya. 
Acik berusaha nak realisasikan bahawa along adalah naqibah yang sangat baik. 

Kini,
Nasihat dan 'warning' dari along, 
Masih terngiang-ngiang di telinga acik. 
Dan sungguh, acik tak pernah ada kekuatan untuk mencari jalan cinta itu. 

Mungkin segala itu hanya tinggal memori. 
Mungkin acik masih di takuk lama.
Sungguh acik mahu keluar dari takungan hiba ini, dan senyum gembira seperti yang lain, tapi acik masih tahu, setiap fasa kehidupan itu ada pengajarannya dan keindahannya. 

Mungkin Tuhan rindukan tulus doa dari lubuk hati yang paling dalam tersimpan. 
Sebab itu, Dia pisahkan acik dan along di bumi ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …