Skip to main content

Allahuakbar

- bismillah -

Allahu akbar. 
Imam mengangkat takbir dalam solat berjemaah. 

Allah maha besar. 
Lebih besar daripada segala-galanya. Tumpuan dan fokus kita pada Allah sepatutnya melebihi segala kekusutan masalah yang ada dalam minda, hati, perasaan mahupun penyakit yang hinggap dalam tubuh badan. 

Rasa bertuhan, rasa perlukan Tuhan, rasa hanya mahu fikir pasal Allah, sepatutnya menghuni fikiran saat kalimah 'Allahu akbar' diungkapkan. 

Allah lebih besar daripada orang yang singgah dalam hati. 
Allah lebih besar daripada fikir bila nak lega penyakit yang ditimpa. 
Allah lebih besar daripada exam dan materialnya. 

Walau sebagaimana besar dan penting dan signifikan sesuatu perkara itu, 
Allah yang patut occupy the most of our living. 

Apabila ada sesuatu yang menghuni fikiran, hingga menganggu fokus dan tumpuan, cepat cepat istighfar dan ingat Tuhan. Zikir. Tak mudah, tak teringat, jadi buatlah bila teringat. Kerana saat hati rasa terjentik dengan ketenangan ketika berzikir, akan membuatkan kita fokus kembali, apa tujuan hidup dan nak capai apa dalam hidup. 

Menjadi seorang pelajar perubatan, perlu bersabar dan bermotivasi. Di tahun 5 pengajian, orang sekeliling sudah grad, kahwin, ada anak, kerja, sambung masters, masuk gua, bertanding mpp dan menang, they become somebody! ...sedangkan kita masih berbaki 22 bulan (in shaa Allah) untuk grad dan bina kehidupan selepas alam degree, dan tempoh lebih kurang mengikut jangkaan protokol 6 tahun untuk sambung masters...apakah perasaan ini apabila melihat rakan2 dah advance melangkah selepas degree.....hanya Tuhan saja yang tahu. 

Pujuk hati untuk fokus, i have to become somebody di sisi Allah despite i am feeling that i am nobody here in this world.....

Moga Allah thabatkan langkah dan sentiasa menjadi hamba yang berjaya di dunia dan akhirat. 

Moga farhana terus ikhlas. 

Saya dihidangkan dengan kisah dua orang yang berpengaruh dalam hidup saya. Kedua2nya pun sama perangai. 
1) beliau diberikan tawaran, untuk diisi untuk kenaikan pangkat. tetapi ditolak sebab beliau tidak mahu berpindah tempat kerja. sampai akhir kareer beliau (pencen) beliau kekal di tempat sama. dan sebagai penghargaan, beliau ditawarkan pingat kebesaran, kesinambungan daripada pingat sebelumnya. Simply he refused. beliau tolak! Katanya, berilah kepada orang lain, yang lebih muda dan selayaknya.  T-T betapa habuan dunia ini bukan satu perkara paling besar dalam hidupnya........(bukankah dihujung kerjaya lah last chance kita nak dapat anugerah yang tinggi2 tu kan?)
2) dia ni semua orang kenal. kawan semedik. dia boleh capai taraf paling tinggi dalam mpp, kalau ikut percaturan manusia konfem menang orang kata. simbolik dan tebus kekalahan yang lalu. Tapi dia beri jalan kepada yang lain. saya tak pernah tanya sebab kepada tindakannya, tapi saya simpulkan, perjalanan kareer dalam hidup ini bukan hanya tumpu untuk jawatan tertinggi dan habuan yang paling lumayan. ada sesuatu yang lebih utama daripada menjadi presiden. 

Mungkin. 

Yang pasti,
Dalam hidup, kareer adalah ibadah. Ibadah menuntut kepada ihsan, berbuat sebaik2nya. Tapi kareer bukanlah segala-galanya. Kena tahu thin line yang bezakan, hamba kepada kerja, atau kerja sebagai hamba, atau hamba bekerjaya. 

Allah lebih besar daripada segalanya. 

Dan katakanlah, "bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui (perkara) yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. 
Surah at-Taubah:105

Moga Allah berkati mereka. 
Moga Allah sentiasa guide jalan dan mudahkan urusan saya. 
Amiin. 

Allahuakbar Allah maha besar. 
Allah lebih besar daripada segalanya. 


Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …