Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Angin winter bawalah kebaikan datang

- bismillah -
Mesti awak tak rasa apa yg saya rasa kan? Kalau boleh saya nak lari jauh daripada bayangan awak, walaupun itu perlukan saya berlari sekuat hati dengan jantung yang berdegup kencang. Bukan sebab awak jahat, tapi sebab awak baik sangat. Awak menghidupkan tanah yang merekah, hingga subur hijau tumbuhnya rumput dan bunga liar. Awak sentiasa beri harapan. Awak yang banyak agenda  dalam setiap tindakan dan kata-kata. Awak yang tak pernah muncul depan saya tapi sentiasa ada. Awak yang buat saya sengal-sengal (otot dan minda). Huhuhu. 
Mungkin tamat pengajian nanti, maka tamatlah hubungan kita yang tak pernah wujud ini.  #kenyataan 
Awak= angin kencang time ubah musim
P/s dan sesiapa saja yg nak terasa pun boleh. 
#winterblues #angin

I touched a heart!

- bismillah -
(The aorta. And the lungs too.)
For the sakes of learning. Mainly of curiousity. 
Not for fun, or else i'll be very guilty. 
I pray for Allah's mercy on their souls. 
Currently i am in the forensic rotation. 
The rest is history. 
#keepsecret Jaga rahsia pesakit.  Jaga rahsia manusia lain.  Hidup atau mati.  Doakan Allah rahmati. 
Markaz Tibb Syar'i Irbid (Kompleks Rumah Mayat)

Reflections on Forensic 5th year rotation

- bismillah -
Repair your relationship with Allah, He will repair everything. 
Hati dan jiwa ni perlu sentiasa alert dan peka, bahawa Allah itu Tuhan kita. Sentiasa ada, involve dlm segala aktiviti kita. 
How to achieve this constant rememberance? With zikrillah. 
Zikir dgn lafaz.  Zikir dgn ingatan.  He is watching, hearing, knowing. 
Dlm bahasa arab, zikr Allah itu pun bermaksud 'ingat kepada Allah'. 
Dlm bas, gantung dekat pokok, ada saja tulisan 'la tansa zikrullah' yg bermaksud, jangan lupa zikrullah, jangan lupa ingat Allah. 
Itulah suasana sini yang sentiasa mengetuk iman. Alhamdulillah. Moga farhana tak sedih2, tak ingat dunia lebih dari akhirat, tak ingat kepada manusia lebih daripada Tuhan. Amiin. 
Well, today is my first day for forensic rotation. Dua autopsi sempat tgk hari ini. Segalanya hanya aku adu pada Tuhan. 
Bila baca slide, apa yg jadi dekat badan kita bila kita mati, sayu dan sebak sbb tahu kita takkan terlepas daripada perkara fitrah itu. Physiology selepas …

Along, acik rindu.

- bismillah -
Along, acik rindu.  Rindu pada masa yang kita luangkan, Nasihat yang mengetuk iman tapi penuh sinar harapan, Perhatian dan kesabaran waktu acik perlukan. 
Along, acik belajar untuk melihat kekuranganmu sebagai ruang untuk mendidik ukhwah ini.  Apatah lagi segala kelebihanmu.  Semuanya mengajarku bahawa, kasih Allah itu sangat dalam dan meluas, diterjemahkan melalui manusia. 
Along, Acik rindu lontong.  Rindu untuk pulang ke kampung,  Pada pagi hari raya di sini.  Along tak kecik hati walaupun acik pakai tak labuh. Acik risau along tak boleh terima dengan pakaian itu sebenarnya. Hehe.  Terima kasih menerima seadanya. 
Along tunjukkan jalan keluar kepada masalah acik. Saat itu acik masih buntu.  Saat orang lain mendesak, along memberi ruang.  Along kata tak apa kalau tak bersedia lagi.  Kalau betul ikhlas mahu, mereka akan menunggu.  Kalau sekadar mengisi tempat kosong dalam hati,  Mereka sudah ada pengganti. 
Masa itu dunia sangat lapang dan mententeramkan.  Hingga sampai masa acik diuji deng…

senja irbid

- bismillah -
Alhamdulillah.  Kelas 9 pagi hingga 12.30 tgh hari. Keluar sejam awal dan pulang sejam lewat. Lebih kurang. 
Makan tengah hari. Solat zuhur. Study. Tidur.  4 lebih. Bangun. Solat asar. Masak untuk makan malam serumah.  6 pm. Keluar rumah sebelum maghrib (6.15pm). 
Saya rasa saya tengah emosi tak stabil. Sambil masak pun sedih. Hampir nak menangis. Dalam kelas okay, tapi perjalanan pergi dan balik mula rasa tak happy. Stress kah saya? Oh ya, exam lagi dua hari. Huhu. 
So, menapak la saya ke masjid untuk solat maghrib. Ada urusan di tempat lain, singgah ke masjid. Jika sengaja mahu ke masjid, elok lagi solat di rumah. Terpulang pada situasi masing2.
Berjalan. Rasa hanya kuasa Tuhan yang menggerakkan langkah. Saya sungguh rasa kosong di tiup angin. 
Saya jalan hanya tunduk bawah. Bukan alim atau warak, tapi sungguh tak ada semangat. Entah kenapa hati ini rasa kosong dan memberontak untuk diisi. 
Ada dua orang akhowat jalan depan saya. Mereka juga sedang berjalan ke masjid. Saya tidak…

Allahuakbar

- bismillah -
Allahu akbar.  Imam mengangkat takbir dalam solat berjemaah. 
Allah maha besar.  Lebih besar daripada segala-galanya. Tumpuan dan fokus kita pada Allah sepatutnya melebihi segala kekusutan masalah yang ada dalam minda, hati, perasaan mahupun penyakit yang hinggap dalam tubuh badan. 
Rasa bertuhan, rasa perlukan Tuhan, rasa hanya mahu fikir pasal Allah, sepatutnya menghuni fikiran saat kalimah 'Allahu akbar' diungkapkan. 
Allah lebih besar daripada orang yang singgah dalam hati.  Allah lebih besar daripada fikir bila nak lega penyakit yang ditimpa.  Allah lebih besar daripada exam dan materialnya. 
Walau sebagaimana besar dan penting dan signifikan sesuatu perkara itu,  Allah yang patut occupy the most of our living. 
Apabila ada sesuatu yang menghuni fikiran, hingga menganggu fokus dan tumpuan, cepat cepat istighfar dan ingat Tuhan. Zikir. Tak mudah, tak teringat, jadi buatlah bila teringat. Kerana saat hati rasa terjentik dengan ketenangan ketika berzikir, akan membuatkan …

allergic bronchitis

- bismillah -

sudah hampir 3 minggu saya batuk2. demam datang dan pergi. demam pun tak kuat sangat. diagnosis??

err. doktor cakap ni allergic bronchitis. (bronchitis - batuk2 berkahak)
cumanya, bukan sebab bacteria atau virus, tapi reaksi dari badan sendiri yang menghasilkan kahak dan demam2. sebab saya memang ada allergy, history of sinusitis and dah tentu allergc rhinits. dulu resdung, bersin2...sekarang dan melarat, resdung + batuk2 bila makan/terdedah pada benda gatal2/allergen.

kalau masih tak lega, boleh berlanjutan jadi asthma. nauzubillah.

doktor bagi inhaler. walaupun saya cakap saya tak pernah sesak nafas.

bila malam tidur tak berselimut, pagi esok akan bangun dengan batuk dan selsema. zaman sekolah, seronok sebab sakit so tak payah pergi sekolah. zaman universiti ini, tak seronok sebab sakit dan tak boleh fokus dalam kelas! kelas tetap tak boleh ponteng, rugi dan susah nak cover nanti.

samalah macam kerja nanti. walaupun diri sakit, kena pergi kerja juga (selagi tak membah…

Berita mereka

- bismillah -
"Tahniah atas perkahwinan kalian berdua. Saya doakan saya bahagia."
Inilah doa paling ikhlas untuk orang yang ada sangkut dengan salah sorang pasangan tu. Haha. Serius. Doa supaya xda hasad dengki dan adik beradiknya. Nak doa org lain bahagia, nanti bertambah hitam pula hatinya dimamah cemburu. Doakan hati sendiri bahagia, bahagia dengan iman laa..so bila ada iman yang membahagiakan, pasangan tu bahagia kita pun bahagia. Pasangan tu cerai berai kita pun susah hati. Begitulah. 
Konon2 persediaan untuk mendengar berita daripada orang sekeliling. U know, bila dah masuk umur ni, surprise of iman is anytimeeee.... Iman yang tak tahan kejutan tu akan collapsed...zzz.

Balik lewat

- bismillah -
Ada hikmah di sebalik semua ini.  Saya sudah dilatih sejak kecil untuk menanti.  By time, akan terpujuk sendiri. "Nanti kalau kereta cikgu semua dah balik baru mula nangis." Siapa sangka, pujukan itu bergema hingga kini. 
Seiring berlalunya masa, penantian akan termanfaat juga.  Masa yang berkat,  Masa yang dalam rahmat.  Hanya masa yang diisi dengan taat.  Taat pada Tuhan. Taat pada ibu ayah. Dalam menunggu, akulah ulat buku.  Tika itu, segalanya aku tahu.  Maka boleh jadi, Barakah ketaatan itu penyuluh hidupku.
Siapa tahu apa akhirnya semua penantian ini? Yang pasti, untuk yang sabar dan cekal, yang dicinta dan dikasihi akan muncul juga.  Persis anak kecil yang menunggu ayahnya menjemput pulang dari sekolah.  Dalam tangis, dalam rajuk, ada kasih sayang dan didikan yang tidak terungkap. 
Pasti, Yang Dikasihi itu Tuhanku, yang aku sedang menanti untuk bertemu dengan-Nya.  Mungkin, dalam penantian ini, yang bakal dikasihi juga akan muncul. 
Cukuplah, doaku moga penantian ini akhirnya…

hanya Tuhan mampu sayang kita

- bismillah -

hari ni buat pertama kalinya layan perasaan dengar suara cerita. no komen. bagi saya, benda tu lagha.
tapi tulah, lagha tu la yang buat orang layan.

tak nafikan, macam kena je perasaan dan kisah 'dia' 'aku' bagai tu dengan hidup sendiri. hurmm. tipikal kot hidup saya.

dan terpandang hadis di pintu almari yang sudah 2-3 tahun di situ.

"may Allah show mercy on man who wakes up at night and prays and wakes up his wife, and if she refuses he splashes water on her, and may Allah show mercy to woman who wakes up at night and prays, and wakes up her husband, and if he refuses she splashes water on him."

hanya Tuhan mampu sayang kita,
bila manusia yang sayang kita benci/marah kita.

yelah, air dan tidur ialah musuh ketat sejak zaman kanak2 lagi, apatah lagi orang dewasa. tapi demi sunnah qiyamullail itu, pasangan yang taat tu bersungguh2 kejutkan pasangannya.

walaupun pasangan dia mungkin marah, tengking, buat tak hirau, atau apa2 reaksi negatif,
 tapi …

mee goreng tak pedas untuk orang gerd

- bismillah -

Gerd, atau orang selalu cakap gastrik. bila perut masuk angin, berlarutan, sampai perut selalu sakit 'gastrik' bila masuk makanan pedas dan seangkatan. selalu gastrik ni orang cakap masuk angin, gerd pula bila lepas makan rasa seram sejuk dan pedih di bahagian tengah perut dekat tulang rangka tu.

Orang sakit gerd ni, tak boleh makan banyak sekali gus, tak boleh makan pedas, masam, panas...minum pun. tapi bergantung juga, kalau dah boleh tahan, gerd sikit2 tu pejam mata saja...bedal jugak makanan yang terhidang depan mata.

contoh makanan yang sedap di mulut tapi perit di perut,
tom yam, sambal, masak lemak cili api, jus oren, kari... kopi dan teh pun... ikut perut sesetengah orang.

Mee Goreng Bo...


rebus spageti untuk 3-4 orang makan.sebijik bawang besar, 3 ulas bawang putih, sebijik tomato ranum, separuh lada bengala hijau, potong ala kadar dan blend. masuk air sikit je sebab tomato dah berair.tumis atas api kecik dengan minyak tak banyak dan tak sikit sbb nanti …

5th year dah

- bismillah -

Moga Allah terus beri saya kekuatan. Untuk menghabiskan masa yang berbaki dengan iman dan amal.

Saya terbuat satu kesilapan, kata mak, Allah tahu saya tak sengaja. Moga ada hikmah yang mulia di sebalik kesilapan yang buatkan saya rasa kurang mulia. apa-apapun, Allah paling tahu. niat saya, perbuatan saya, semua Allah tahu.

sungguh, saya percaya bahawa Allah tahu dan dengar segala isi hati ini.

moga dikurniakan sabar dan segala kebaikan di dunia dan akhirat.

in shaa Allah lusa exam Ortho!
:) 1/11 rotations

alhamdulillah atas segalanya.
way to go. may Allah ease :)