Saturday, September 5, 2015

membesar dalam kereta

- bismillah -

Alhamdulillah. masih berada di malaysia :)

minggu lepas sekitar merdeka, saya pergi kelantan. dari perlis. satu family. lalu lebuhraya timur-barat.

beberapa tahun lepas, jalan tu macam 'playground' bila setiap kali cuti sekolah mesti pergi pantai timur. kangar - kerteh then balik ikut genting karak-kl. dulu ayah drive sorang, lama2 abang join. and kali ni, abang drive sorang. how time flies.

sejak masuk sekolah rendah, selalu dengar kawan2 cerita pergi bercuti. jeles juga, sebab saya kampung mak ayah sama negeri, tak pernah merasa balik kampung. masuk darjah 3, kakak masuk universiti. lepas spm dia pergi kelantan, itulah first time jalan jauh. masuk u, dekat ipoh. so tak tipu almost setiap weekend ayah speed pergi ipoh. kangar-ipoh berulang. raya cina, deepavali, merdeka, lengang sesak semua dah rasa. siang malam hujan panas semua redah. paling best, beli kereta baru, service kereta pun cepat je sbb dah banyak kilometer travelled. sekali tu, balik service kereta around pukul 11 dekat alor setar, mak ajak ayah, jom pergi ipoh? ayah pun on. and kami pergi on the spot tanpa banyak songeh. baju memang tak perlu sbb pergi balik hari...kuat bertenaga waktu tu. boleh dikatakan, kami witness sesuatu kampung tu berubah jadi bandar....huhuhu

lepas kakak grad, dia duduk di kerteh, nu terengganu sana. perangai kami sekeluarga masih tak ubah, suka juga jalan2 pi melawat kakak. cuma kali ni jauh, tak boleh balik hari, kena bermalam. so, kami hanya pergi waktu cuti sekolah yang panjang sket... route baru, kangar - kuala terengganu - kemaman, tapi special sket sbb balik ikut kl. tak masuk kl, masuk genting. kadang pergi jalan karak, tak pergi ikut bukit (kelantan). singgah kuantan, singgah genting. jauhnya yang amat tak payah cerita. kalau nak pergi ambik kereta, pergi naik bas. balik pun pernah naik bas rasanya. sampai la kakak kahwin anak umur dua tahun baru dia pindah kl.

haha. kakak pindah kl, kami pergi kl pula. lol. begitulaa. sebenarnya 'kami' tu refer pada mak ayah la. anak2 ni ikut je. haha. semangat mak dengan ayah ni tinggi. alhamdulillah. Allah permudah mereka untuk jaga dan bela kami anak2.

sebagaimana route berubah, perjalanan hidup juga berubah. makin berusia, makin tak larat, makan pun kena ada pantang...

begitulah. hidup masing2 dinamik. tak sama. exposure tak sama.

so, orang ada checklist nak travel sana sini panjang2, saya senyum sendiri. tak travel manapun, duduk-duduk dalam kereta berjam-jam tu pun dah penuhi kelompongan hati ini.

in memories,
all along the routes.

i will treasure them in my memories.

throwback nak balik jordan dah...hihu. sebelum2 ni cuti hanya kurang sebulan, tak sempat nak jalan2 mana, hanya balik beli barang keperluan dan berkemas. cuti 2 bulan, merasalah hidup manja macam dulu2. hihi.

alhamdulillah alaa kulli hal. semua ini hanya pinjaman, dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

No comments:

Post a Comment

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...