Wednesday, September 9, 2015

Kenapa tudung mahal?

- bismillah -

Kenapa tudung/pakaian yang menutup aurat tu dijual mahal? 

Apa tujuan butik dibuka?

Kenapa makin hangat dan galak mengajak muslimah jadi musalmah (artis?)..huhu

Makin hari, muslimah ditarik tarik menjadi mangsa fesyen. Dikejar kejar menjadi buruan. 

Dalam kata lain, kalau kau diam berdiri setempat, kau dikatakan ketinggalan. Atau kolot. Hehs. 

Sungguh, tepuk dada tanya kenapa pakai tudung? Kenapa jual tudung?

Nak capai niat paling tulus sempurna itu tidak mungkin senang. Tapi janganlah kian hari kita kian longgar pegangan hingga lari dari niat asal. 

Nak mengajak orang rasa supaya fesyen islamik itu tidak bersifat dan beragenda konsumerisme. Itulah perniagaan terbaik. Berlari ke akhirat. Bukan semakin menyeret muslimah hinggap melekat di dunia. Attached. 

2 comments:

  1. sya suka psal post anda brkaitan hal nie.stengah kita mgkn prasan trmsuk sya yg gemar dgn tdg labuh.kdg hrga kata berpatutan,but rm49 utk 1 tdg tu,brpatutan ka?bg sya tak brpatutan..mgkn ada stengah peniaga berniat lillaitaala,tapi stgh tak taw la bila tdg tu smpi nak dkt rm70 keatas,kita tak bole nak ckp bnyk tkut plak tmbh dosa kan.so,just pndpt kita msg msg.sya stuju pnpdt anda.sgt sgt stuju.kdg trfkr,mgkn mhal sbb kualiti kain ataw sbb upah jahitan.kita tak taw.tapi hrap mreka pham niat mreka sbnrnya...maaf andai komen nie khilaf dan salah.
    mhon tegur...
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) terima kasih.

      biarpun jika kita punya duit yang lebih dari cukup, islam tak mengajar kita utk spend lebih2 kan? :')

      nah hadiah..dari fb,,,
      Noraslina Jusin
      Walau merasa syurga itu masih jauh, namun, mari kita terus berusaha, semoga khitam hayat kita terukir ikhtiar untuk menjadi mukminah solehah oleh Yang Maha Pengasih....
      Beroleh cinta kerana akhlak dan agama, bukan cinta kerana kecantikan serta fizikal yang menawan heart emoticon

      Zaharuddin Abd Rahman
      Bagi seorang mukminah solehah, fesyen pakaiannya BUKAN hal penting yang perlukan perhatian yang banyak masa dan wang.
      - Yang penting baginya adalah KUALITI diri, ilmu yang padat & minda segar.
      - Pakaiannya cukup sekadar yang kemas bergosok dan rapi dengan warna sederhana.
      - Keyakinan dirinya TIDAK terletak pada ranggi pakaiannya.
      - Dia juga BUKAN hamba kepada fesyen dan kecantikan pakaian.
      - Dia Hamba Allah dan hatinya sentiasa ditumpu untuk diisi dan dibersihkan mencapai redha Allah.
      - Justeru fesyen tudung, jubah, blaus, kain etc BUKAN bicara hidupnya & prioriti, itu semuanya sampingan sama sekali

      <3

      Delete

Catatan ramadan 1438H #4

- bismillah - So, right there in front of the kaabah i was standing as a poor girl. No phone, no money, nothing. I only had a bottle of zam...