Wednesday, September 16, 2015

hujan hujan hujan

- bismillah -

Hujan rintik.
Hujan lalu.
Hujan lebat.

Air deras.
Penuh kampung.
Dedaun hanyut.
Sungai melimpah.

Hujan berhenti.
Datang kembali.

Kucing sembunyi.
Ketiduran seharian.
Burung sembunyi.
Kelaparan seharian.
Biasalah, hujan.

Ikan sembunyi.
Tiada kocakan.
Tiada perubahan.
Pemalu, macam tuan.

Aku tanam pokok terung.
Pasu di tengah hujan.
Mungkin kerugian.

Aku buat kerja lagi untung,
Aku cuci lantai porch depan.
Air percuma bertempayan!

Penyapu merah.
Kasut pijak tanah.
Pijak lantai.

Azan zohor.
Kepenatan.
Ketiduran.
Biasalah, hari ujan.

- Kampung Nisam, 16 September 2015. Hujan tak berhenti sejak subuh! Allahumma soyyiban naafi3a.

No comments:

Post a Comment

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...