Monday, September 7, 2015

Checkpoint

- bismillah -

Macam tak percaya, tapi puan seri dah bagi green light. Masalahnya anak puan seri ni pula masih tak nak masuk gear jalan. 

Come on, lampu dah hijau! Kenapa takut nak drive ke depan?

T_T

Hidup perlu diteruskan. Untuk bertemu next checkpoint. Haha gelabahnya. Checkpoint baru, maka cabarannya baru, soalan baru, denda dan hukuman pun baru jika ada tersalah langkah. Pernah tengok cerita 'survival' dekat ntv7 dulu2 tu? The Amazing race lagi tepat. 

Dalam 'amazing race' kehidupan ini, penamat setiap orang tak sama. Apa yang penting adalah untuk menguasai dan mendapat yang terbaik di setiap checkpoint. Untuk lepas checkpoint dan tak tergendala untuk sampai penamat masing2. 

Persoalannya, sudahkah panda ini bersedia? Haha. Tepuk dada tanya siapakah panda itu..

***
Saya baca artikel ust Juanda, bekas mufti perlis. Katanya, kalau hati tak ikhlas, kita akan susah nak buat penilaian. Beliau bercakap bab memilih jodoh. 

Soalan sedia ke tak sedia tu, jawapannya akan datang sendiri dengan ikhlas. Ada keikhlasan, iaitu niat dan fokus yang benar, hanya utk Allah, nak balasan dan redha Allah, maka persediaan tu akan teratur dalam petunjuk Allah. He is the best wedding planner after all kaannnn! 

So cheer up! Jangan runsing fikir bilakah nak matang buat keputusan. Cari makna untuk kehidupan di stage 'berkahwin'. Cari bushra (berita baik) yang Allah bukakan untuk kehidupan di checkpoint ini. Apabila sudah jelas matlamat, in shaa Allah alatnya mendekat.

Er. Goodnight from malaysia. 

P/s sejak tahun 3 saya di'sumpah' menjadi orang yang pertama kahwin dalam batch. Alhamdulillah 'sumpahan' itu terpelihara daripada khurafat kerana tidak terjadi. Lagi dua minggu nak masuk tahun 5. ;') cepatnya masa berlalu. Dulu sikit2, "ah tahun lima nantila aku fikir."
Lols. Now the time has come! Embrace! 

***
Di sebuah persimpangan jalan, traffic light sudah hijau. Panda dalam gear N. Dah tukar masuk gear D, tapi masih break! ohemji ohemji...

No comments:

Post a Comment

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...