Monday, September 21, 2015

Berkelah di Songkhla

- bismillah -

Alhamdulillah. Minggu lepas saya dan keluarga ke Songkhla, Thailand. 

Passport saya tak digunakan, saya guna border pass. Pass ni hanya untuk orang yang tinggal di negeri sempadan. Special kan hehe. 

Pergi sana dengan kereta sendiri, alhamdulillah banyak urusan dipermudahkan oleh Allah. Abang drive, pakai gps tanpa internet, jadi waktu telefon pening kami pun pening. Tapi signboard di Thailand ada yg tulis roman, jadi tak susah sangat nak baca signboard. Dan malam sebelum tu saya dah study map, hafal nombor jalan, jadi familiar ja bila lepas satu jalan masuk jalan lain pula. Contoh, jalan nombor 4 ialah jalan utama yang hubungkan dengan pintu sempadan. So tak risau sesat bila masa nak balik dah masuk jalan 4. 

Sepanjang jalan, banyak perkara baru dan berbeza. Gambar raja Thai dipamerkan di tepi jalan dengan bingkai ukiran emas. Bendera2 juga dipacak di setiap divider menjelang traffic light. Bendera nampak baru, saya tak tahu memang ada sepanjang tahun atau baru je letak sempena apa2 event. Dan tiang letriknya lain macam. Hehe. 

Banyak unversiti kelihatan di sepanjang jalan di Songkhla. 

Destinasi pertama ialah Zoo Songkhla. Zoo ini besar dan special nya ialah boleh masuk dengan kereta untuk melawat kandang ke kandang. Ada canopy untuk berjalan, tapi lebih bahagia naik kereta sendiri sambil kena aircond untuk tengok binatang. Haha. 

Kami cari port bawah pokok, had a picnic! Ya, berkelah di zoo. Kakak ipar sediakan makanan semua, nasi dan lauk2nya, kami makan tengah hari sambil tengok zirafah. Hehe. Lapar yang amat selepas sarapan bihun goreng di rumah, jadi makan tengah hari tu sangatlah menyelerakan. Alhamdulillah. 
Mak dan ayah duduk atas kerusi kecik, kami yang lain bersila atas tikar. 

Selepas makan, sambung melawat lagi dan lepas tu terus ke destinasi seterusnya. 

Pantai Samila. Cantik, ombak kuat, angin kuat, tapi ada saja yang mandi. Ada gerai jual2. Hurm. Cuma kalau nak bahagia hidup, pergi melawat saja sini. Tak payah makan kat sana. Sebab banyak anjing berkeliaran. Kuda pun ada untuk sesiapa nak naik, dan bila ada kuda adalah tinggalannya. Mak kata dia nampak orang yang jaga kuda angkat sauk najis kuda, so pantai tu memang bersih dan terjaga daripada benda tu. Tapi najis berbentuk cecair tak dapat di sauk pi buang tang lain kan? Haha. So alhamdulillah kami berkelah dekat zoo dan bukan dekat pantai...

Pantai samila ada banyak tempat. Ada satu tempat ada kepala naga keluar air, macam singa di singapura, situ tak ada pantai sebab bertambak batu. Dekat roundabout ada pantai yang banyak anjing tu huhu. Ada patung kucing besar dan patung duyung. Kemudian dalam perjalanan balik, nampak satu kawasan pantai yang kurang anjing (masih ada), dan ramai peniaga yang pakai tudung. So mungkin la situ kot orang malaysia selalu pergi makan di pantai samila. Entahla. Kami beli air kelapa saja. Udang goreng, telur rebus dan lain2 tu tengok saja. Haha. Lain orang lain tekaknya. 

Seterusnya, kami pergi ke Pasar Terapung Klong Hae. Peniaga berniaga dalam sampan. Bezanya dengan pasar terapung dekat bangkok ialah mereka ni tak bergerak dan tunggu atas sungai je. Kita pergi beli perlu berdiri atas pangkin. Hanya ada satu row of boats, lebih kurang 20 buah agaknya, jual macam2 jenis makanan sejuk panas kering berkuah semua ada. Dan peniaga2nya muslim, pakai tudung, what a bless! Semua orang semua agama boleh makan tanpa banyak soal. Hehe. Ada meja tempat duduk, so basically boleh makan di situ segala benda yang beli dari sampan2 tadi. Di tingkat atas, ada pork congee dan grilled pork dijual terbuka. Haha. Be careful untuk yang beragama islam, jangan main serbu saja, Tuhan marah...

Oh ya, sepanjang jalan, akan nampak pokok2 lain macam besar dan di batangnya dililit kain berwarna merah dan lain2. Kakak ipar saya kata, kemungkinan itu salah satu bentuk pemujaan. So jangan buat hal dekat tempat2 ikat kain warna-warni tu. Huhu. Bacalah doa pelindung moga Allah pelihara daripada sebarang gangguan. 

Selepas makan, kami pun balik. Ya, hanya trip satu hari dan tak tidur. Jimat kos dan tenaga. Lagipun ini kali pertama, dan kemungkinan boleh pergi lagi lain kali. 

Ahha..tandas. Lain macam juga. Huhu. Kenal pasti tandas jenis duduk ke cangkung. Kalau terduduk atas tandas cangkung, habislaaaa yaaakk bekas kasut orang. Sebab tandas dia macam timbul dan tak tertanam dalam tanah. Haha. Entahlah. Dan ada satu tandas stesen minyak ni, air pakai air cebok kolah mini yang autorefill, tak ada paip. Kikikiki. Untuk saya yang hurmmm, saya tak pergi tandas tu. Dan kakak ipar yang ada exposure dengan bahasa dan budaya Thai, dia nampak satu signboard yang sedia toilet. Sebenarnya toilet rumah orang yang caj bayaran untuk orang nak guna. So, toilet macam tu bersih and tak rasa tandas awam sangat. Hihi. Tapi mata kenalah pandai tengok signboard. 

Jadi, keseluruhannya, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma saya berpesan pada diri dan semua, jagalah makan minum dan kebersihan. Kita nak solat, janganlah pergi cari pasal nak redah najis2 yang susah nak sucikannya. Makan minum, Allah suruh makan yang halal dan baik. Yg disediakan oleh orang islam dan (bukan atau) bersih. Bawalah hand sanitiser. Hahaha. 

Dan kalau rasa ragu (syubhah), jangan makan nanti menyesal bila ada side effect. Ngaji kurang, solat lambat... Mana tahu mungkin ada yang tak kena dalam makanan tu. Huhu. Nauzubillah. 

Solat. Masjid ada sekitar Sadao. Surau banyak. Di zoo ada. Di pasar terapung ada. Alhamdulillah, Islam masih dihormati di sini. Wat Siam amatlah banyak sepanjang jalan raya. Macam2 bentuk patung ada. Hehe. 

Alhamdulillah. Perjalanan yang tak dirancang awal. Hari khamis terfikir dan hari jumaat pergi buat border pass, hari sabtu pergi. Allah permudah. 

Moga Allah berkati masa kami. 
Moga Allah berkati kenangan ini. 
Moga deen islam terus subur terpelihara dalam diri walau di mana berada.  Amiin. 

No comments:

Post a Comment

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...