Thursday, July 30, 2015

Iman

- bismillah -

Iman itu menjadi pagar dan benteng. Mengetuk rasa benci dan bersalah ketika melihat perkara yang haram. Menggerakkan jari untuk menukar siaran tv ketika adegan tidak suci ditayangkan, biarpun menonton berseorangan. Kerana ada iman. Jika iman kering, maka adegan itu menjadi satu kebiasaan, malah jika dirajai oleh kehendak nafsu, perkara yang dibenci ketika masih ada iman akan berubah menjadi ketagihan. Nauzubillah min zalik. 

Taqwa. Iman. 
Ingat Allah. 
Dia sebaik2 Penjaga. 

Thursday, July 23, 2015

Syukur di Jendela

- bismillah -

Alhamdulillah. 
Bunyi cengkerik 24 jam kedengaran. Sungguh aku terbuai. Ketenangan di bumi ini menggantikan hingar-bingar laungan penjual tong gas, lori besi buruk, bunyi kereta memecut... dan lain-lain yang aku dengar ketika di rumah di Irbid. Sekarang aku di kampung halaman.

Alhamdulillah. 
Suasana baru, cabaran baru, peluang baru. Moga kesyukuran tidak pudar lusuh. 

Allah Maha Mendengar segalanya. Gerak hati kita, niat kita, malah sesuatu yang kita sembunyikan dalam tangis air mata. Dia Maha Pemberi, Pemilik segala sesuatu. Allah sentiasa dekat kepada hamba-hamba yang mencari-Nya. 

Balik kampung. 
Julai 2015. 

Tuesday, July 21, 2015

Jemu dan Cinta; Kuncinya Kasih Sayang

- bismillah -

Wanita diuji ketika suaminya kehilangan segalanya. 
Lelaki diuji ketika dia mempunyai segalanya. 

Quoted lebih kurang daripada filem Cinta Paling Agung. ;)

Friday, July 17, 2015

Musafir berdoa

- bismillah -

Doa ialah kebaikan. 
Untuk menjemput kebaikan, diri tidak boleh dicemari dengan kekotoran. 

Perjalanan takdir Tuhan telah tentukan untuk kita. 
Segalanya adalah kebaikan, walaupun payah untuk diterjemahkan di sebalik kesusahan, kerisauan. 

Selagi belum mencapai kepastian, segalanya hanyalah angan. 

Hamad Intl Airport
15/7/15

Saturday, July 11, 2015

Catatan Ramadan 1436H #10 Cinta

- bismillah -

Kita tak boleh kawal siapa yang akan sayang kita, siapa yang akan kurang suka dengan kita. 

Bukan kuasa kita untuk menitipkan rindu pada diri sendiri dalam diri orang lain. 

Orang sayang kita, orang rindu kita, bukan atas kuasa dan kawalan kita. 

Kita hanya berusaha menjadi sebab. Yang menitipkan rasa ialah Tuhan yang maha Mengetahui. 

:) 

Terima kasih atas segala rasa yang ditabur. Hanya Allah mampu membalas. 

Kasih, kasihan, sayang, empati, simpati, jeles hehe dan segalanya. 

Dan saya yakin, perasaan saya pada yang lain juga, yang akan membalasnya ialah Allah. 

Jika baik, maka balasannya baik. Jika bukan dari manusia, maka Tuhan sentiasa ada.

Jika tidak baik perasaan ini, maka moga dipadamkan dengan istighfar dan kata2 maaf saya. Senang saja hati ini menghukum, namun sentiasa saya lembut lidah supaya segera menyalami dan bermanis muka. Rasa kurang senang itu cepat2 saya gantikan dengan rasa bersalah dan rendah diri. Bukan sifat mukmin untuk merasakan diri lebih baik daripada yang lain. 

Tidak beriman seorang daripada kamu jika Allah dan Rasul tidak dicintai melebihi sekalian manusia. 

Terima kasih Tuhan. 
Alhamdulillah rabbil alamin. 

Saya tak mampu nak balas segala rasa, dan saya juga berlapang dada atas segala rasa yang tak berbalas. Semua itu bukan kawalan kita :)

Alhamdulillah.

Apabila menyedari hakikat qadar yang mengajar erti iman, maka tiada apa yang lebih indah melainkan berusaha untuk mencari manisnya. 

Halawatul iman. 
Ada tiga tanda. 

Menginginkan qada' dan qadar yang manis, mungkin caranya ialah mendidik diri dengan mencari kemanisan iman. 

Tak apa jika rasa tak berbalas, cinta itu rezeki, dan rezeki kita bukan ditentukan oleh manusia dan makhluk lain. 

Cinta ialah, :) rezeki masing-masing. 

P/s in shaa Allah, esok final paper for forth year medical school. Moga murah rezeki dapat markah yg berkat dan cinta yang diredhai. Amiiinnnnnn. Hehe

Dan ini saya copy dr web lain.  
1- قَالَ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :  ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِِيْمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهَ وَرَسُولَه أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْء لاَ يُحِبّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَه أَنْ يَعُود فِي الْكُفْر بَعْد أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّه مِنْهُ كَمَا يَكْرَه أَنْ يُقْذَف فِي النَّار .
Maksudnya:
Sabda Rasulullah – sallalhu alyhi wasallam-: Tiga perkara, barangsiapa yang memilikinya, dia telah mendapati dengan tiga perkara itu kemanisan iman. (Iaitu) barangsiapa yang adalah Allah dan Rasulnya lebih dicintai olehnya dari selain kedua-keduanya. Dan bahawa dia menyayangi seseorang hanya semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kepada kekufuran setelah di selamatkan Allah darinya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka.
[HR Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan al-Nasa'ei]



2- قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :  ذَاقَ طَعْم الْإِيمَان مَنْ رَضِيَ بِاَللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلاَمِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَسُولاً .  [رواه مسلم]
Maksudnya:
Sabda Rasulullah – sallalhu alyhi wasallam-: Telah merasai kemanisan iman barangsiapa yang telah reda Allah sahaja sebagai Tuhannya, dan Islam sebagai peraturan hidupnya dan dengan Nabi Muhammad  – sallalhu alyhi wasallam- sebagai Rasul.       
[HR Muslim]                                                                                        

Friday, July 10, 2015

Catatan Ramadan 1436H #9

- bismillah -

Jujur dengan diri sendiri. Lakukan apa yang kita niatkan. Minta lindung dengan Allah jika orang salah sangka dan salah faham dengan perbuatan kita. 

Perkara paling saya tak suka ialah balik berdua. Walaupun bukan orang yang sama, bertukar2, tapi still tak best. Saya tak suka. Allah izin saya memang baca ayat kursi sepanjang perjalanan. Yang sedang ikut saya juga ialah manusia yang ada bolak-balik hati mereka. 

Tapi lagi tak suka kalau balik seorang. Walaupun Allah izin zikir lagi banyak meniti di mulut sepanjang berjalan. Takut dan rasa nak menangis tu kalau boleh bau, memang wangi la sepanjang jalan. 

Bila balik berdua,
Tak best bila terserempak dengan orang. Saya tak suka. Hanya berdoa moga yang memandang tak salah anggap bila berdua saja. Tak best tak best. Sebab saya pun tak suka jumpa orang yang balik berdua. Sebab i do judge people, so that's why i assume people will judge me the same too. What u give u get back. 

Tapi serious lah. 

May Allah pelihara daripada fitnah (ujian dan tohmahan). 

Dosa ialah apa yang kita tak mahu dan rasa bersalah kalau orang lain tahu. Ahh. What with this uneasy feeling? 

Wazan timbangnya, balik seorang ialah tindakan tidak berusaha utk menjaga diri. Menjaga diri ialah amanah ibu ayah. Moga tidak dihiasi bisikan syaitan. Amiin. 

P/s alhamdulillah. Situasi di tempat saya belajar, ada rakan lelaki akan jalan escort rakan perempuan jika pada waktu malam. Public transport hanya ada teksi waktu malam, tu pun tak boleh harap sangat pada pak cik dan bang cik teksi. Siang pun boleh buat hal, malam lagi lah. Moga Allah lindung. 

Alhamdulillah. Rakan2 saya bersenang hati dan senang langkah bila diminta pertolongan. Moga Allah berkati dan tolong mereka untuk segala kebaikan. Moga kami tidak disimbah fitnah dan pandangan dan dhon (sangkaan) yang tidak selayaknya diletakkan pada kami yang berusaha menjaga ikhtilat. Moga Allah tutup segala apa yang tak patut disingkap, moga Allah tundukkan hati dan pandangan ini, moga pergantungan pada Allah sentiasa kuat dan utuh biarpun diizinkan manusia membantu untuk menghulurkan pertolongan. 

Ar-rijaalu qawwamuna ala an-nisaa. 

Moga Allah tunjukkan batas2 yang sentiasa dalam redha-Nya. Amiin. 

23 Ramadan, Irbid Jo. 

Wednesday, July 8, 2015

Catatan Ramadan 1436H #8

- bismillah -

Alhamdulillah. Hari ni 21 ramadan. Terasa pantas masa berlalu. In shaa Allah, lagi seminggu aku bakal pulang ke Msia. 

Ramadan kali ini, tidak seperti ramadan tahun lepas. 

Ramadan kali ini, seperti Ramadan yang aku lalui dua tahun lalu. 

Moga Tuhan ampunkan aku. 

Monday, July 6, 2015

Catatan Ramadan 1436H #7 Apabila Tudung Bersuara

- bismillah -

Aku merenung lama ke dalam bebola kristal di atas rak. Segaja aku kocak airnya biar kristal-kristal itu berselerak, bergerak bebas berpusing mengikut arus air di dalam bebola itu. 

Cantik. Biarpun tidak tenang.

Aku teruja, tapi tak lama. Kristal-kristal tadi kembali mendap di bahagian bawah bebola. Aku goncang lagi, dan lagi. Seketika kemudian, keadaan kembali seperti asal. 

Tiada lagi keindahan kristal berkilau. Sekadar figura kaku dalam sebuah bebola berisi air. 

***
"Cantik awak hari ni!"
"Wah, dah tukar style..."
"Awak....nampak lain lah..."

Hati Aisyah berbunga. Dia menerima pujian daripada rakan-rakannya. 

Aina hanya mendengar. Dia kerisauan. Risau jika Aisyah terleka!

Keesokan harinya, Aisyah hadir ke kuliah dengan penampilan baru lagi. Lain daripada hari kebiasaannya. 

Pujian ditabur lagi. Hari ke hari. 

'Aisyah... Aku sampaikan ini untukmu.' Sebuah bungkusan diletakkan di atas meja Aisyah. 

"Dear Aisyah,

Suatu masa dulu, aku pernah melalui hari-hari seperti hari ini. Sebagaimana 4 musim berputar silih ganti, sebegitu juga ujian yang kita lalui. Kadang sama saja berulang, kadang bertukar orang yang diuji. 

Aku sekadar berkongsi rasa sambil menyulam benang nasihat paling halus agar tiada cela terlihat di atas kain dakwah ini. 

Apabila Tudung Bersuara

Tudung kita, bukan kain yang ada mulut untuk bersuara. Tapi Aisyah, tudung di kepala kita bagaikan pembesar suara yang membawa suara tuannya. 

Jika tuannya bersuara tegas, "jangan pandang aku dengan pandangan nafsu, malulah kepada Allah!", maka tudung itu tidak akan mengkhianati suara hati tuannya. 
Lelaki ajnabi akan tunduk daripada melabuhkan mata melihat tudung yang bersuara sedemikian. 

Lihatlah semula ke dalam cermin, apakah suara tudung kita?

Muslimah, tidak terikut-ikut mencuba fesyen baru. Tidak gusar menunggu akaun insta untuk jualan lelong. Tidak beratur panjang di hari pertama release mengorbankan waktu. Tiada resah, tiada gelisah dengan penampilannya. 

Muslimah, dia ada hujah kenapa dia memakai tudung.

Aisyah, lupakah akan janji kita pada Tuhan, hidup ini untuk mencari redha-Nya?

Muslimah, bahagia dengan catatan ikhlas berhijab, lebih bahagia daripada mendapat pujian dan perhatian.

Muslimah, menjadi qudwah. Mempunyai pendirian. Bukan menjadi mangsa fesyen dah trend semasa. 

Aisyah, tidak salah untuk cantik dan bergaya. Tapi, sedarlah, nak cantik nak tunjuk pada siapa? 

Malulah pada Tuhan...

Aku berkongsi lagi satu frasa, teori konsumerisme. Apabila kita sentiasa mencari jalan untuk upgrade dan update. Tidak pernah cukup dan berpuas dengan sesuatu keadaan. Al-Quran yang sedia suci bertulisan hitam putih, ditambah 'baik' menjadi versi perempuan, pelangi dan pelbagai hiasan. Begitu juga tudung. Sentiasa dicari jalan menjadi 'lebih baik'. 

Benar, lebih baik dari tampak fizikalnya, tapi masih kah ada ROHnya?

Sesuatu yang indah, andai tanpa roh, tanpa penghayatan, hanya akan mendahagakan jiwa. Pakai sekali cantik, mahu kelihatan cantik juga esok-esoknya. Ditambah bisik syaitan, ah, jadilah kita hamba konsumerisme. Selagi ada barang lebih baik, selagi itu mengejarnya. 

Aisyah, sentiasa doakan, hatimu tenang dengan redha Tuhan. 
Doakan, kecantikanmu ditambah hias dengan iman, terpelihara daripada hasutan syaitan. 
Doakan, kau diberi kesabaran, untuk terus menjaga kecantikan daripada menjadi tontonan. 

Sabarlah Aisyah, masanya akan tiba untuk kamu benar-benar terapung di alam pujian infiniti. 

Tinggalkan perkara haram, maka sesudah halalnya, moga ia menjadi milik kamu. 

Wahai anakku, bertakwalah kepada Allah dan usah kamu padamkan cahaya yang Allah kurniakan kepada kamu dengan melakukan maksiat. 
Ini nasihat iman Malik kepada imam as-Syafie, aku panjangkan kepada kamu. 

Semoga kita menjadi muslimah yang tudungnya membawa cahaya iman kepada wajah. 

Sahabatmu,
Aina."

Air mata mengalir dikesat perlahan. Betapa syaitan itu licik. Membuka jalan maksiat perlahan-lahan, topping maksiat di atas acuan syariat. 

Aisyah berdiri di hadapan cerminnya. Ayat-ayat Allah berputar di minda. Ayat peringatan yang dia dilupakan saat sibuk berhias diri mencuba tudung-tudung baru. 

"Dan pakaian taqwa adalah lebih baik..."
"Janganlah berhias seperti hiasan jahiliyah dulu..."

"Dan di antara manusia, ada yang menjual dirinya hanya untuk mencari redha Allah..."

"Wahai orang beriman, bertaqwalah kamu dengan sebenar-benar taqwa, jangan kamu mati melainkan dalam keadaan berserah diri..."

Benar, pakaian luar ini ada suara. Jika tuannya benar salim dan berserah diri pada Tuhan, maka andai tiba matinya dalam pakaian itu moga-moga kematian yang mententeramkan. Bukan yang menyakitkan mata dan menyesakkan nafas.

'Aisyah, ingat mati!' Dia berpesan kepada diri. 
***
Selamat hari 20 ramadan. 
Teguran demi teguran dari Tuhan. 
Hanya tinggal aku yang tenggelam timbul dalam mencari penghayatan. 

Saturday, July 4, 2015

Catatan Ramadan 1436H #6

- bismillah -

LGBT muslim
adakah kamu bersolat?

setiap perkara dalam dunia ini ada batasnya.
infiniti itu tidak ada.

suka, kasih, sayang, biarlah berpada-pada.
benci, jijik, dendam, biarlah berpada-pada.

ukhwah islamiyah itu terlalu dalam maknanya, lebih dalam daripada mengikat tali perkahwinan dan mencium orangnya.
cinta, biarpun tidak memiliki, tetap satu cinta.

Nabi kata, tidak ada iman seseorang itu jika tidak mencintai  Allah dan Rasul lebih daripada manusia lain.
Allah... iman kita nipis, naik turun dengan ujian dan cabaran.

janganlah sedia mengikis sesuatu yang memang sedia nipis, kerana senipis-nipis iman itu, jika dibaja akan membuahkan taqwa. dan hanya taqwa ialah bekalan untuk dibawa ke alam infiniti...

di syurga, minta lah apa saja yang kamu mahu
cintalah apa saja
makanlah minumlah dan bersenanglah
dengan siapa saja yang kamu mahu
segalanya diberikan oleh Tuhan

hanya akhirat alam infiniti
nikmatnya tiada kesudahan.
sakitnya pula di azab juga tiada kesembuhan.
kulit yang dibakar akan diganti baru 
liyazuuqu alazab....supaya mereka merasa azab itu...

moga Allah memelihara kita semua,
di alam sementara ini, moga segala keinginan kita yang infiniti ini dipagari iman dan doa.

mengadulah kepada-Nya akan segala perasaanmu....

P/s ramadan kali ini, menyaksikan masyarakat dunia yang semakin ketandusan cinta. 
Undang2 perkahwinan sesama jantina diluluskan di sebuah negara kiblat... 
Hendak aku katakan negara itu kiblat kepada kekafiran, journal perubatan yang aku rujuk juga berkiblatkan negara itu...perubatan bukan pula satu benda yang membawa pengamalnya kepada kekafiran. 

Membenci amerika, biarlah berpada. Ada perkara yang tidak rugi jika mencontohi. 
Mengikut jejak langkah amerika, biarlah juga berpada. Ada perkara yang hanya merosakkan diri jika diikuti. 

Mencintai rakan sejenis, biarlah berpada. 
Membenci seseorang, biarlah berpada. 

Saya membaca luahan hati seorang gay, katanya kenapa harus dihalang dan dibenci mereka yang saling mencintai?

Ketahuilah, aku membenci perbuatan kalian yang terang2 menjemput kemurkaan ALLAH, aku tak membenci perasaan kalian untuk saling mengasihi, selagi rasa kasih itu diterjemahkan dengan amal yang sohih. 

Matlamat tidak menghalalkan cara. 

Kasih kan rakan?
Biarlah bukan kerana nafsu. 
Jika benar kasih dan cintakannya, banyak lagi cara utk membuktikan cinta. 
Tak perlu mencium bibirnya!!!

Hadir ke majlis jemputannya. 
Ziarah ketika sakitnya.
Hantar dia ke kubur di hari kematiannya. 
Jelaskan hutang2nya jika mampu. 
Tegur jika dia tak solat semasa hidupnya. 
Marah jika dia mabuk. 
Benci ketika dia berbuat dosa kepada Tuhannya.
Doakan kesejahteraannya. 
Bantu dia keluar dari kesusahan. 
Itulah cinta. 
Itulah hak2 yg digariskan dalam islam. 

Selagi ada iman, selagi itu akan nampak garis halus yang memisahkan cinta kepada makhluk dan cinta kepada Pencipta. 

No other excuse. Just find where the faith in Allah has gone?

Thursday, July 2, 2015

Struggles

- bismillah -

All people have their own struggles.


Kawan2 saya kebanyakannya ialah manusia yang 'sempurna'. 

Saya tahu, saya tak patut pandang rendah pada diri sendiri. 

Tapi hati ni hanya Tuhan saja yang tahu. 

Zaman sekolah, saya mampu be on top of my academic. Co-curricular activities pun alhamdulillah balanced.

Tapi life after school, it is a very hard struggle for me. 

Have u ever met those like these below?
Laundry basket should be empty. 
Cooking is should be satisfying all. 
Baking is fun and easy. 
House chores, mopping, vacuuming etc are well kept. 
Baby sitting friends' baby is the first thing people would rush and race to do.  

One day, all my friends who do well with all the above matters will get married and live happily, despite their lacks in breaking down electrical appliance, no idea at all about fuse and electricity, forgetting to switch off the light every now and then, talking unconfirm ideas confidently. 

Truthfully speaking, i dont know how to buy kasut raya on my own. 

Life is sad when u have weakness in what other call as strength. 

Allah gave me passion in computer stuff and the media, but can that make me happy?

Actually i have this break down when my friend said,
"You have to do that on your own, later on when you are living in your own house, who is going to do that for you??"

She left me being speechless and hating to live for future. 

I do better if i live alone on my own. 
I depend on others if i live with them. 
I depend on my parents to make decisions on my life when i live with them. 
They decide and plan everything. 
So does when it i live with my friends. 
I have never planned when we should go out and buy groceries, when and where is the outing gonna be,
It was just all their decision. 

Whenever i want to buy personal stuff, i will go on my own. Nobody is going to follow me. 

I can do A, but i cant do B. 
And they just dont get it how can it is hard for me to do B...
I would be blamed for not trying. 

Allah gives me strength to walk far and do what i want to do, all alone without help of others. If i want to go to a religious classes, i will have to go alone. 
There were bad people on the streets, but Allah grants me the courage to make me independent of my friends in these areas. 

I have no problem talking and dealing with syabab, if i am alone and on my own. 
But whenever i have my friends around, i would be the one who do the lesser job and talk the least. 

Like i said, i have my strength only if i am living alone by myself. 
I will tag and depend on others if they are around me. 

So, maybe this is an answer why my friends are all engaged and i am still single. Because i live my life the fullest if i am to live independently alone!

T_T

I am sorry for not being positive in this post. 

But i believe, when i am willing to change my attitude and be more mature, 
Everything will turn out just fine. 
People can complaint and look down on me, 
It just that my view is important. I should not look down and downgrade my self. I may have what others dont and they are envying that without me knowing. 

All i have to take care is my faith in Allah, to keep believing in Him, that He bestows me with His blessings, and so does my lackings, so that i dont stop praying for His care upon me. And so that those who are not happy with my weaknesses can just leave and get away from me. 

I have weaknesses, but i also have my Lord, Allah s.w.t who is very close to me, He is the one who give and take, who has the Power on top of all powers, who is the Strongest on top of all types of strengths, and never did He had any weakness despite all types of weaknesses created by Him. 

Allahu akbar. (Allah is the Greatest of all)
Subhan Allah. (Never He has the lacks and never He is the wrong of which they are saying about)
Alhamdulillah. (All praises to Allah)

My Prophet once taught his daughter Fatimah to repeat the zikir, to keep remembering Allah all the times. In was recorded in hadith that at that time, Fatimah was complaining to her father that she was facing hardship with the house chores. 

T.T

Allah is kind. He is the one who calm me and coax me. He wipes His servants' tears each time they turn to Him for consults. 

Allahu akbar. 
Subhana Allah. 
Alhamdulillah. 

Perempuan berkalung serban

- bismillah - Because i believe marriage is about growing each other's potential, Creating independence over dependence, Tolerance, p...