Skip to main content

Why doctors are arrogant? Sentap commed.

- bismillah -

Hari ni kelas commed. Dr tunjuk satu truth, not just a myth. 

Medical students dan doctors mostly 'berlagak'. Rasa diri lebih baik daripada orang lain. Kalau orang lain tak ikut cakap dia, maka dia akan rasakan orang lain tu tak sebijak dia. 

Doktor tanya, why do u think so?

Macam2 jawapan, sebab itu, sebab ini, malah ada yg cakap sbb diorang kena work hard berbanding kursus dan kerjaya lain......
'Pengorbanan kerja keras' itulah yang menjadikan golongan ini rasa mereka layak jadi orang yang tinggi sikit daripada orang lain dalam social class. 

True, but ada underlying truth. 

Doktor kata, bukan sebab hard work sangat pun. 

Tapi sebab mostly, orang yang ambik medik dan jadi doktor ni, orang yang senang/kaya. They are already from high social class. 
How?

Doktor tanya, sapa sini mengaku daripada orang yang kaya?
Takda sapa angkat tangan. 
Siapa pula yang dari low social class? Sapa mengaku miskin?
Takda sapa juga angkat tangan. 
See, kamu semua bukan dari low social class, kata doktor. 

Doktor terang lagi,
- nak ambik medik, kena skor time sekolah
sbb entry requirement tinggi. 
- nak skor time sekolah, kenalah study

Doktor kata,
"Kamu rasa orang yang kena kerja bantu mak ayah lepas sekolah (susah) boleh ada masa study macam orang lain?
Kamu tengok budak senang/kaya, markah rendah boleh mak ayah hantar tuition untuk baiki."
Budak senang/kaya nak beli buku rujukan untuk tambah ilmu, tambah latihan, mak ayah boleh belikan.
Masuk universiti, yuran boleh dibayar. 
Nak sambung belajar, tak ada halangan. Akademik on, duit on, tempat jauh/dekat on. 

Peluang dan ruang sentiasa terbuka untuk orang yang senang/kaya. 

Yet, YET, 

Mereka kata, kejayaan mereka adalah kerana HARD WORK. 

DONT YOU REALISE THAT THE UNFORTUNATES ALWAYS (THEY HAVE TO) WORK HARDER THAN US?

tapi still budak medik/ambik kos professional dan doktor/pekerjaan mainstream cakap mereka lebih banyak kerja keras daripada orang lain yang kerja rendah/akademik tak pandai etc etc. 

"You have your life in order, you know what to do after this, you are organised, 
But those people (the lower social class) have to work, to earn for living even since they were in school."

Sentap. 

Aku tak serius dengan study juga kadang tu. Padahal orang lain berhempas pulas nak cari duit, nak duduk rumah selesa, nak bagi makan anak bini. 

Aku balik kuliah, rehat sambil mata kuyu tengok matahari menerobos sliding door. 

Orang lain berpanas direct bawah matahari untuk bekerja di usia aku, atau lebih muda lagi. On the way balik tadi pun, ada dua budak yang hitam manis (baca: hitam sebab terbakar panas dan tak mandi lama, serius i am a great judge) tengah wax satu kereta besar. Tengah hari sebelum zuhur. 

Allah boleh tarik bila2 masa saja nikmat yang dipersia. Allah boleh beri tambah apa2 saja nikmat yang disyukuri. 

Aku nak ramadan yang terbaik. Yang masa aku terisi dengan amal yang Allah redha. Aku tak nak jadi orang yang hanyut mengejar dan mencari apa yang nafsu mahukan. 

Moga aku jadi medical student dan doctor yang humble. Humble dengan Tuhanku. Doakan. 

Comments

  1. Assalamualaikum...

    Lama sgt sy x singgah blog kak nawwar. about ur post, sy penah jmpak doktor yg belagak. mmg kecik hati skit, tp sy pujuk diri. maybe doktor tu penat sgt ngan keja. yupp.. kena mengadap ramai patient, etc.

    btw, i know kak nawwar can be a great and humble doctor. i pray for u ;)

    selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam dear :)

    Amiin2...thanks for your thoughts and doa.
    Selamat hari raya <3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …