Skip to main content

Catatan Ramadhan 1436H #2

- bismillah -

Masih hari pertama. Alhamdulillah. 

Pagi, waktu keluar rumah pergi kelas, saya terserempak seekor anjing liar. Hihu. Dah la lewat. Dia terkejut saya, saya terkejut dia. Dia siap terlompat ke belakang. 

Jantung dah laju. Kalau aku lari, sah sah kena kejar. Nak stay tak bergerak, serah diri namanya tu. Undur ke belakang, pelan-pelan, make it steady, lalalala, jangan gelabah....

Lintas jalan masuk simpang lain pun tak tengok kereta dah, tengok anjing tu ikut ke tak. 

Orang kata, kalau takut, dia tahu dan kejar.

Alhamdulillah. Allah lindung. Sumpah tak terjangka what will happen kalau anjing tu datang gigit ke apa ke. Nauzubillah min dzalik. Kena gigit kucing pun dah T_T. 

Berkat rahmat Allah, Allah izin masih selamat. Allah. Segala puji hanya bagi Allah. Sebaik2 pelindung. Sebaik2 yang maha Mengetahui. 

Jadi, balik tarawih saya minta tolong kawan murakibkan. Sebab kalau saya masih berdegil, makanya saya tidak mensyukuri nikmat keselamatan yang Allah izinkan. Allah. Lain perasaannya jalan sorang pada malam sebelumnya dengan malam balik ada teman. Alhamdulillah. Allah sebaik2 penjaga dan pelindung. 

Tadi dalam perjalanan ke masjid, budak2 baling mercun tengah jalan.
Grr. Marah pun ada. Tapi, ingatkan diri, nak buat baik pun bukan jaminan kau akan mudah2 dapat, melainkan dengan izin Tuhan. 
Manusia takkan terlepas daripada ujian. 
Tadi mercun bola kot. 
Semalam mercun yang gerak2 pusing2 atas jalan. Lagi scary. 
Hari ni, ada pakcik yang marah budak2 tu. Jangan kacau laluan saya. 
Alhamdulillah. 
Kalau pakcik tu tak muncul, saya dah ready nak sembur air mineral di tangan pada mereka. Hehs. 

Brutal plak. Pagi jumpa anjing, anjing terkejut. Huhu. 

Apa2pun, saya kena sentiasa ingatkan diri, bahawa segala upaya dan kekuatan datangnya dari Allah. Saya hanya insan yang Allah peringatkan berkali2 supaya terus memohon rahmat dan penjagaan-Nya. Terus memohon perlindungan-Nya. 
Jangan bongkak. Jangan rasa selamat dan berjaya sebab diri sendiri, tidak, melainkan dengan hidayah dan taufiq dari Allah. 

Tiada tempat yang selamat,
Tiada jaminan hidup akan sempurna,
Apa2 saja boleh berlaku,
Bahaya boleh muncul di mana-mana,
Tiada jaminan rehatnya waspada,
Melainkan dari Allah sahaja....

Hasbuna Allahu nikmal wakeel
Cukuplah Allah sebagai sebaik2 penolong kita semua...

Sabar. 
Allah sentiasa dekat. 
Allah sentiasa melindungi. 

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …